short chapter.sorry
Sudah sebulan tengku imran tidak pulang bertemu cempaka.tengku imran sengaja tidak mahu menemui isterinya itu.dia tidak mahu tengku huzair bertambah curiga.
jam sudah menunjukkan jam 11 malam namun tengku imran masih tidak dapat melelapkan matanya.penat dia bergolek di atas katil mewahnya.setiap kali dia melelapkan mata dia nampak wajah cempaka.dia terlalu rindu akan isterinya namun dia ego untuk mengakuinya.
Setelah agak lama termenung di atas katil terus tengku imran bangun dan mencapai telefonnya.
"haikal kau dekat mana"Tengku imran terus bertanya saat suara tengku haikal menerpa telinganya.
"Aku dekat rumahlah,kau ni kan dah malam ni,aku kan dah nak kahwin minggu depan"Pelik tengku haikal dengan sepupunya itu semenjak berpisah dengan cempaka,tengku imran kelihatan tidak terurus.
Tengku imran menggaru kepalanya
"Alah jomlah keluar malam ni,aku bosanlah,aku nak ajak zul tapi dia honeymoon"Tengku imran seakan merayu,dia mahu menghapuskan bayangan cempaka namun tidak mampu.ini sahaja caranya.
"Hummm kau ni ,mama aku membebellah,kau ajaklah herman ke zairul ke"Tengku haikal bukan tidak mahu keluar,mamanya kata seri pengantin akan hilang kalau asyik berkeliaran di malam hari.entah betul entah tidak.
"Humm oklah kalau macam tu.ada sepupu pun tak guna"Terus tengku imran memutuskan talian.
Tengku haikal agak terperanjat namun dibiarkan sahaja.orang tengah kecewa macam tulah.ego sepupunya itu tinggi melambung,pasti suatu hari nanti dia akan sedar
Tengku imran terus bangun dan mencapai kunci keretanya.sebelum itu dia menukar pakaian yang lebih kasual.
tengku imran memandu dalam keadaan yang sepi.kepekatan malam membuatkan dirinya bertambah sunyi.dia tidak tahu apa yang diamhukan hatinya,dia terus memandu tanpa arah tujuan.
Agak lama memandu terus dia menghentikan keretanya di bahu jalan dan menghentak stereng keretanya.dia tidak dapat berfikir dengan betul,lama dia termenung.dia menarik nafas panjang dan terus memandu ke apartmentnya.dia tidak peduli apa yang akan terjadi,dia hanya mengikut kehendak hatinya.
Sampai sahaja di depan pintu apartmentnya jam sudah menunjukkan jam 1 pagi namun tengku imran teragak agak untuk membuka pintu.setelah agak lama berdiri di muka pintu akhirnya tengku imran membuka pintu dengan menggunakan password yang telah ditukar supaya cempaka tidak lari dari situ.
Masuk sahaja ke dalam apartmentnya,hatinya tiba tiba berubah menjadi tenang.seakan kali ini dia bertindak dengan betul.dia terimbas kembali kenangannya dengan cempaka.namun cepat cepat diusir gambaran itu.dia perlu kuat,dia tidak mahu kalah dalam perasaanya.dia perlu kuat untuk menjadi pemimpin kepada syarikatnya dan tunjang kepercayaan daddynya.
langkah diatur perlahan menuju ke bilik tidurnya yang menyimpan seribu satu kenangan antara dia dan cempaka.entah mengapa jauh di sudut hatinya dia berharap cempaka menyambutnya pulang seperti dahulu,namun semua itu tidak mungkin terjadi lagi cempaka benci dengan dirinya.perit namun itu hakikatnya.
Berada di hadapan biliknya membuatkan rasa rindunya semakin kuat,ditolak pintu bilik itu perlahan dan betapa hatinya sayu dan tanpa dia sedar senyuman kecil terbit di bibirnya.dia lihat cempaka yang sedang lena tidur.wajah itu yang dirinduinya,wajah yang sering muncul di dalam mimpinya.
Terus dia bergerak mendekati katil empuk itu sambil membuka jaketnya.perlahan dia memanjat katil dan terus ditarik isterinya rapat ke dalam pelukannya.betapa dia rindu akan wangian cempaka.cempaka berkutik sedikit namun kemudian isterinya itu terlena kembali mungkin isterinya itu penat.tetapi jika isterinya sedar pasti dia akan dimarahi.
YOU ARE READING
CEMPAKA (UNEDITED )
Romance* A REALLY SLOW UPDATE DAN JANGAN BACA JIKA ANDA TIDAK SUKA MENUNGGU. SAYA CUBA HABISKAN BUKU INI.. MAAF * Tengku imran yang dingin Cempaka yang pemalu,perkahwinan yang penuh tanda tanya namun dipenuhi dengan keindahan,penyatuan dua jiwa yang baru...