Kedengaran deringan telefon bimbit milik Tengku Imran saat dia sedang mengelamun jauh di sudut apartmentnya.
Pantas Tengku Imran menjawab saat melihat nama yang tertera dia skrin telefonnya.
"Assalammualaikum Imran , daddy nak cakap sikit dengan Imran" . Jelas kedengaran suara Tengku Huzair.
Kata kata dari daddy nya itu membuatkan hati tengku Imran mula gundah gulana. Apa lagi yang ingin ditanya oleh daddy nya.
'Waalaikumsalam daddy , ya daddy nak cakap apa'". Tengku Imran memasang telinga berharap semoga tiada lagi dugaan untuknya dirinya kerana dia sudah cukup tersiksa dengan apa yang terjadi antara dirinya dan juga cempaka saat ini.
"Daddy nak kamu bawa isteri kamu tinggal dirumah keluarga kita,Daddy tak nak apa apa berita tak elok lagi tersebar selepas apa yang terjadi kelmarin". Tengku huzair menyatakan hasratnya yang sudah beberapa hari terpendam setelah agak lama memikirkan hal ini dan akhirnya dia merasakan ini keputusan yang terbaik untuk keluarganya.
Tengku Imran terdiam mendengar permintaan daddy nya atau mungkin lebih kepada arahan itu. Sedikit terkejut dengan apa yang didengari olehnya. Pelbagai persoalan bermain dimindanya namun tidak terkeluar segala persoalan itu dari bibirnya.
Apa lagi yang boleh dilakukan olehnya dia hanya mampu menurut sahaja apa yang diingini daddy nya . Mungkin ini juga langkah terbaik untuk menenangkan hati cempaka.
"Baiklah daddy nanti Imran akan bawa Cempaka ke rumah". Tengku Imran menuruti permintaan daddy nya.
mengetahui bahawa daddy nya seakan dapat menerima kehadiran Cempaka sahaja sudah membuatkan dirinya bahagia dan segala yang ditakuti olehnya tidak akan berlaku.Suasan hening disekitar hospital swasta itu kelihatan sunyi petanv itu. langkah kaki Tengku Imran melangkah laju menghala kebilik VVIP yang menempatkan isterinya. Terasa berat rindu didada setelah lebih tiga hari tidak melihat wajah isterinya itu. Sebelumnya ini dia hanya melihat dari luar kerana dia takut jika Cempaka melihat wajahnya dengan keadaan yang masih marah akan mengeruhkan lagi keadaan dan menjejaskan kandungan isterinya itu.
Hari ini dia mendapat khabar gembira bahawa isterinya itu sudah sihat dan kandungannya sudah stabil dan dibenarkan keluar. Oleh itu pantas dia datang untuk menjemput isterinya itu.
"Assalammualaikum".
Tengku Imran melangkah perlahan memasuki bilik yang diduduki Cempaka. Dia dapat menangkap mata bundar cempaka yang penuh dengan kekecewaan dan kemarahan saat melihat dirinya di muka pintu namun terus diabaikan.
Langkah kaki digagahkan mendekati isterinya.
'sayang abang nak minta maaf sebab berkasar dengan sayang semalam'.
Tengku Imran tidak berniat untuk memperlakukan cempaka sedemikian rupa . dia tidak dapat mengawal emosinya saat mendengar permintaan cempaka.
Tengku Imran kecewa melihat reaksi cempaka yang seakan memilih untuk membisu."anak abang sihat hari ni". Tengku Imran cuba menarik perhatian Cempaka dengan mengubah topik kepada kandungan Cempaka.
Walaupun dia tahu yang kandungan Cempaka sudah kembali stabil setelah dia berjumpa dengan doktor yang merawat isterinya tadi tapi hanya itu yang mampu dia fikirkan saat ini.
Cempaka memandang sepi wajah Tengku Imran , senang benar lelaki dihadapannya ini mengungkapkan perkataan maaf, dia lelah dengan semua ini. Dia ingin melepaskan diri dari semua ini tetapi hatinya berbelah bahagi.
Tengku Imran mengusap perut cempaka perlahan, dia sedar cempaka yang membeku saat dia menyentuh perut isterinya itu, jauh disudut hatinya dia terluka namun dia memendam semua itu, apa yang dilakukannya lebih besar impaknya kepada emosi Cempaka.
YOU ARE READING
CEMPAKA (UNEDITED )
Roman d'amour* A REALLY SLOW UPDATE DAN JANGAN BACA JIKA ANDA TIDAK SUKA MENUNGGU. SAYA CUBA HABISKAN BUKU INI.. MAAF * Tengku imran yang dingin Cempaka yang pemalu,perkahwinan yang penuh tanda tanya namun dipenuhi dengan keindahan,penyatuan dua jiwa yang baru...