########################################################################
First of all i just want to say sorry for abondoned this story for such a long time.. saya mula menulis novel ini sewaktu umur saya sangat muda iaitu 18 tahun kerana minat saya yang sangat mendalam terhadap dunia penulisan dan karya seni penulis yang lain.. tapi saya terlalu sibuk membina masa depan dan masa juga berjalan pantas tanpa saya sedar umur saya meningkat dan karya imaginasi saya ini seakan lupus dari ingatan saya buat seketika.. few weeks ago i open this apps yang saya ingat saya dah lupa.. saya terharu sangat still ada yang menunggu dan berharap.. i barely remember what i wrote back then and the storyline semua.. so i decided to baca balik (lots of grammar mistakes and wrong spelling aka typo psst how can you all tahan baca 😅) and faham what my inner child back then berimaginasi and decided to continue (inshaAllah.. please dont put too much hope on me ) this story but this will take time.. and i dah sambung few chapter up to 35 parts and i ubah sikit storyline first and second chapter sebab i rasa macam cliche sangat the beginning.. BUT i will completed the story first THEN i will take down for a while and correct all the mistakes ..
Thank you and sorry for all the penantian 🙏🏻############ENJOY AND HAVE FUN##############
Cempaka memandang wajahnya yang seakan tidak berdarah ditoreh itu, bibir merahnya pucat tanpa senyuman dan tanpa dia sedar air mata yang mengalir dari mata sembamnya itu yang telah menjadi peneman dirinya sejak kebelakangan ini semakin laju turun membasahi pipi. Satu jam sudah dia termenung memandang cermin besar yang tergantung di wad VVIP itu, Mengenang nasib diri yang tiada arah tuju dan nasib malang yang tidak berpenghujung menimpa dirinya. Apa yang perlu dilakukan olehnya ,semakin hari semakin dirinya berasa jauh dirinya dan Tengku Imran .
Saat menangkap susuk tubuh tengku Imran yang melangkah masuk kedalam bilik wad vvip itu pantas dia melarikan matanya semula ke arah sudut bilik . Hatinya saat itu tidak sakit tetapi hancur yang teramat sangat sehingga tidak dapat digambarkan perasaanya. Seakan ditusuk tusuk sembilu namun dia tahu bahawa jauh di sudut hatinya rasa sayangnya pada Tengku Imran masih bersisa namun semua itu seakan dilitupi dengan rasa kecewa yang teramat seakan sudah mati rasa dan sekarang ini yang hanya dia inginkan hanylah ketenangan buat dirinya dan anaknya.
Cempaka menarik nafas dalam, dia harus berani untuk menerima kenyataan bahawa tak semua mimpi indah akan menjadi kenyataan. Dia tidak mahu Tengku Imran terus mempermainkan hati dan perasaannya dan dia harus kuat untuk menyatakan isi hatinya yang tersirat. Tangannya digenggam kuat cuba mengumpul kekuatan diri untuk menyuarakan pendapatnya sekarang walau bukan ini jalan yang dia mahu namun hanya ini jalan yang dia harus lalui.
Tengku Imran sayu melihat cempaka yang tidak langsung memandang dirinya sejak dari isterinya itu sedar dari tidur."sayang dah bangun, do you want me to bring anything?" , Tengku Imran bertanya untuk menghidupkan suasana yang kelam di dalam wad vvip itu. Dulu kehadiran mereka berdua di ruang sempit akan menjadikan ruang itu luas dan bercahaya namun sekarang sebaliknya. dipandang ruang vvip yang luas itu namun seakan sempit menghimpit dirinya.
Dia tahu pertanyaannya hanya sia sia namun digagahkan dirinya juga untuk memastikan ada sinar kembali di mata wanita yang dicintainya itu . Dia tahu betapa besar salahnya kali ini, kerana ego dirinya yang segunung langit dia hampir kehilangan keluarga kecilnya. Tidak dapat dia bayangkan jika perkara itu benar benar terjadi.
Kalau dahulu perkataan keluarga sangat jauh dari dirinya namun sekarang perkataan itu seakan sebati dalam dirinya. Impiannya hanya mahukan keluarga kecil yang bahagia bersama cempaka walaupun sekarang perkara itu seakan mustahil untuk dicapai.
Dia mendekati Cempaka yang mengalihkan pandangan kearah sudut bilik, dia tahu cempaka cuba mengelak bertentang mata dengan dirinya, hakikat yang amat sukar diterima namun terpaksa dihadapi olehnya.
YOU ARE READING
CEMPAKA (UNEDITED )
Romance* A REALLY SLOW UPDATE DAN JANGAN BACA JIKA ANDA TIDAK SUKA MENUNGGU. SAYA CUBA HABISKAN BUKU INI.. MAAF * Tengku imran yang dingin Cempaka yang pemalu,perkahwinan yang penuh tanda tanya namun dipenuhi dengan keindahan,penyatuan dua jiwa yang baru...