Petang mula melabuhkan tirai,memberi laluan untuk malam mengambil alih warna langit pada hari itu .
Diwaktu senja yang sepi,BTS sedang berjalan menuju ke Blok B dimana bilik pingpong berada .Kaki mereka mengatur langkah menaiki satu persatu anak tangga yang sudah separuh usia itu .
Sesampai mereka didepan bilik pingpong,terus daun pintu itu ditolak,sebaik sahaja mereka masuk,gypsom door itu tertutup dengan sendirinya .Pandangan dikerling kearah pintu itu sekejap sebelum anak mata memandang tepat kehadapan .
"Junior mana yang Hanbin cakap tu ?" V mencari kelibat junior itu .
"Entah,dia tak ada cakap nama apa" Jimin membalas sambil matanya melilau mencari .
Tiba-tiba bahu Rap Monster ditepuk .
"Eomma !!" Rap Monster melatah,matanya dijeling kearah empunya tangan .Dadanya diurut menghilangkan debar .
"Kau Hanbin,apesal kau ada kat sini ?" Jin bertanya .Kelibat B.I secara tiba-tiba juga mengejutkannya .
"Tak,Bobby yang suruh untuk pastikan hyung semua datang" B.I tersengeh .
"Bobby ke yang mintak tolong tu ?" Jungkook bertanya .
"Haah" B.I menjawab sepatah .
"Mana dia ?" Jhope bertanya .
"Kejap lagi dia sampai,ok la pergi balik dulu" B.I berkata sambil keluar dari bilik itu .
"Eii budak Hanbin tu macam hantu,kejap ade kejap tak ada" Suga berkata.
"Hantu2 jangan sebut" V menunjukkan reaksi berkerut .
"Eyy,dia yang terhegeh bercerita petang tadi,dia yang takut" Jimin menyakat .
"Aku cerita je,lagipun bukan semua orang yang suka cerita benda2 'alah' ni berani" V mengeluarkan fakta yang entah dari mana dirembatnya .
"Salah satu darinya kau" Jimin menyindir,malas mahu melayan kata-kata V yang susah mahu diterima logik akalnya .
"Dah2 jangan bertekak,nanti kongsi isteri" Jhope memandang V dan Jimin serentak .
"Perghh ...ni lagi teruk" Jin menghamburkan tawa dengan kenyataan Jhope .
"Shuuh,Bobby dah datang" Jungkook memberitahu sambil jari telunjuknya ditekapkan ke bibir .
Bobby mengatur langkahnya kearah mereka bertujuh .Bobby,rakan sekelas B.I yang juga junior kepada BTS yang menetap di kelas 4 YG.Bobby seorang yang senyap dan senyapnya sangat luar biasa,tidak bercakap mahupun mengerling kearah rakannya,hidupnya hanya setia dengan sebuah buku yang bagaikan rakan karib disisinya .
"Kau nak kitorang tolong apa ni ?" Rap Monster menyilang tangannya sambil melihat tepat kearah Bobby.
Pertanyaan Rap Monster tidak dijawab sebaliknya pergerakannya lincah mengambil 'itu' dan 'ini' .BTS hanya memerhati dengan 1001 soalan namun hanya dibiarkan .
Kain merah bersaiz sederhana besar dihampar keatas meja pingpong itu,tulisan A sehingga N ditulis pada aras atas dan O sehingga Z dibahagian bawah,nombor 0 sehingga 9 ditulis,seterusnya perkataan 'Yes' dan 'No' ditulis kerah melintah dan 'Start' serta 'End' ditulis kearah kebawah.
Sebatang lilin dinyalakan lalu dipacakkan betul-betul ditengah kain itu.Bobby bergerak kearah suis lampu lalu punat itu ditekan,suasana menjadi gelap,hanya cahaya samar daripada lilin itu kelihatan .
"Keliling kain ni" Bobby mengarah sambil jari telunjuknya menunjuk .
BTS hanya mengikut,lidah mereka kelu daripada berkata-kata .Bobby mengeluarkan sekeping syiling berwarna silver lalu diletakkan keatas tulisan start .
"Jari" Bobby berkata kepada Rap Monster .Rap Monster hanya menurut sudah seperti dikawal pergerakan badannya .
"Dia nak buat apa ?" Jhope berbisik ketelinga Suga .Soalannya dibalas dengan jongketan bahu oleh Suga .
Bobby mendapatkan sebatang jarum lalu dicucuk kedalam jari Rap Monster,erangan kecil kedengaran .
Tap !
Setitis darah jatuh keatas syiling itu,terus jari Rap Monster ditekap keatas duit syiling itu .
"Baca dan Tanya 'benda' tu macam dalam ni" Bobby memberi sehelai kertas yang tertulis perkataan yang tidak difahami kecuali soalan .
"Ni ....mantera ke ?" Rap Monster bertanya .Bobby hanya mengangguk seraya keluar dari bilik itu .Pandangan mereka bertukar sambil dahi berkerut seribu .
"Hyung nak buat ke ?" V bertanya dalam nada gagap .
Belum sempat Rap Monster menjawab,Bobby masuk.
"Korang kene seru roh family aku " Kenyataan Bobby disambut dengan pandangan terkejut mereka .
"Kenapa ? Takut ?" Bobby tersenyum sinis .
"Tak !! Kitorang berani la ! We're the kingka of this school" Kata-kata Rap Monster kedengaran berani mati .Matanya tajam memandang Bobby.
"Then ? Just do it" " Bobby seperti mengarah .
"Fine" Sepatah dijawab Rap Monster.
"Korang tolong aku" Bobby berkata.
"Ye,Kitorang tolong" Jin membalas .
Bobby keluar tanpa bersuara,gerak-gerinya menakutkan BTS .
"Hyung,ni permainan Spirit Of The Coin" V memberitahu .
"So ? Kita main je" Rap Monster berkata dalam nada tegasnya .V ingin menghalang tetapi lengannya ditahan kuat oleh Jimin .
Pemujaan dan penyeruan mereka bermula tanpa mengetahui tujuannya.Setiap gerak syiling itu membentuk perkataan yang sukar difahami .Mereka hanya menolong .
A/N:Annyeong ! Episode 2 published !! Hehehe sorry hantunya masih belum dikeluarkan .Bila dah sedia Author keluarkan 'Dia' eahh ..Ngeee
Enjoy Reading !!
YOU ARE READING
Helper | BTS |
Horror[Horror] Pertolongan yang dihulurkan tidak bermakna sama sekali jika bayarannya dengan satu tragedi. Sekumpulan Pelajar sekolah yang terjebak kedalam satu tragedi yang hanya berlandaskan pertolongan . Can They Ask For A Helper ? //Do Not Plagiarize...