MISTERI (1)
"WEH!" Azril menegur rakannya yang sedang duduk di kedai makan.
"Kau tak reti bagi salam ke bro? Dah la janji pukul 4, pukul 6 baru sampai." Perli Haikal. Azril hanya berwajah selamba. Seolah tidak membuat salah.
"Lek ah... Assalamu'alaikum ustaz Haikal.... Sorry la bro! Faham-faham je la aku kalau nak keluar lepak macam mana. Mak aku mesti soal banyak gila punya!" Sengaja Azril mereka cerita. Haikal menjeling tajam. Bukan dia tidak kenal sikap Azril.
"Menipulah kau mak kau soal. Kau sah pergi mengorat lagi kan? Hei, dah la. Asyik mengayat perempuan je kerja kau. Suruh buat kerja, pemalas!" Tempelak Haikal. Azril hanya tersengih.
Memang tepat pun tekaan Haikal. Mereka ni berkawan baik sejak daripada zaman sekolah tadika lagi. Tahu-tahu je, sampai dah kerja masih lagi rapat. Sorang duduk Pahang, sorang duduk Perak, tapi rajin melepak sama. Tempat utama, Kuala Lumpur semestinya.
Sejak berada di Universiti, Azril rajin mengorat. Playboy terkenal di tempat mereka belajar. Tapi, yang peliknya, Azril cuma mengorat peremuan yang dia tahu pernah satu sekolah menengah dengan dia. Sebaya, lebih tu, lebih muda, semua dia pikat. Dengan rupa paras yang agak kacak, memang ramai yang terpedaya.
"Kau tahu tak? Perempuan yang aku jumpa kali ni pelik sikitlah." Azril mula ingin bercerita.
"Apa yang lainnya? Dia tak makan pujuk ratu kau ke? Setahu aku budak sekolah kita dulu semua sama je. Berlagak macam dorang je pandai tapi, ayat sikit, jatuh tersungkur." Balas Haikal.
"Ha, itulah yang aku pelik. Dia tak berlagak macam perempuan lain. Dia tak sombong, tak jual mahal. Dia jugak tak sangkut dengan aku yang kacak ni." Sempat Azril memuji dirinya.
"Perasan la kau! Ha, ceritalah lagi. Macam menarik je. Macam mana kau jupa dia, dekat mana, macam mana tegur and bla bla bla... Semuanyalah!" Haikal berminat untuk mendengar lebih lagi.
"Aku jumpa dia dekat kedai makan kejap tadi. Aku nak minum kejap, sekali, aku lupa pulak bawak wallet. Duit pun tak spare dalam poket. Tiba-tiba, dia tolong bayarkan..." Haikal gelak mendengar cerita Azril.
"Hei la kau ni! Hahahaha.... Playboy lupa bawak duit? Perempuan pulak tu tolong bayar. Inilah paling lawak aku pernah dengar...." Haikal menyampuk.
"Ha ha. Sukalah kau kan. Cuba bagi aku habis cerita." Azril gelak sepatah-sepatah. Gaya bengang.
"Okey... Okey... Teruskan." Haikal menahan tawa.
"Then, aku duduklah dekat meja yang sama dengan dia. Kau tahu tak apa yang lain dekat dia? Budak sekolah kita, habis sekolah mana ada pakai tudung dah. Tapi dia pakai tudung labuh kot! Siap handsock bagai. Tapi, aku tak tahu nama dia sampai sekarang." Azril menyambung cerita.
"Aku rasa aku tahu siapa yang kau maksudkan." Haikal bersuara setelah berdiam diri 45 saat.
"Siapa?" Azril cepat menyoal. Tak reti sabar.
"Nama dia ....."
*bersambung..