Misteri(17)

392 12 0
                                    

TIARA Alisya dan Syifa' sama-sama sibuk menyediakan persiapan pernikahan pada Jumaat ini. Majlis diadakan serentak bagi menjimatkan kos. Lagi pula, hanya saudara mara terdekat dan sahabat yang dijemput untuk majlis pernikahan ini. Masing-masing berkongsi rasa yang sama.

Syifa' keluar dari bilik membawa sehelai jubah putih. Kebetulan, Tiara juga keluar dari bilik dengan jubah nikahnya berwarna krim. Mereka berbalas senyum. Berjalan seiringan menuju ke bilik khas untuk menggosok.

"Syifa' diam-diam je eh..." usik Tiara. Syifa' tergelak sendiri.

Memang pun senyap-senyap. Bukan rancangan dia pun. Rancangan Allah semuanya. Dia hanya bergerak menurut kehendak Allah Yang Maha Kuasa.

"Tiara pun senyap-senyap je dulu masa Ustaz Akhtar lamar. Kan... Kan...." Balas Syifa'.

"Tapi, Syifa' tahu jugak..." akhirnya tawa bersatu.

"Suka Syifa' tengok Tiara macam ni. Bahagia je." Ujar Syifa'.

"Mestilah... Ustaz Akhtar tu anugerah tau. Syifa' pun bahagia jugakkan?" Balas Tiara.

"InshaaAllah, bi iznillah..." jawab Syifa'.

Syifa' menggosok jubah putihnya yang kosong. Langsung tiada sebarang manik. Memang dia tak gemar bajunya dihias dengan manik, renda, mahupun sulaman. Rimas katanya.

Berbeza dengan Tiara. Jubah krimnya tidak terlalu kosong kerana dihiasi dengan sulaman tangan yang halus bercorak bunga mawar. Paling menakjubkan sulaman itu dibuat sendiri oleh Tiara. Sebab terlalu sibuk menghias baju, lambatlah dia menggosoknya.

Baju yang telah siap digosok, digantung kemas. Tudung dari kain satin bidang 60 berwarna putih dan krim diambil dan digosok oleh Syifa'. Manakala, purdah warna sepadan digosok oleh Tiara. Permintaan dari Ustaz Akhtar kepada Tiara. Kemahuan bakal mak mertua Syifa'

"Tiara... mari duduk sekejap." Syifa' mengajak Tiara duduk di sofa yang terdapat dalam bilik itu. Tiara mengambil tempat di sebelah Syifa'.

"Ye, Syifa'? Kenapa? Ada yang tak kena ke?" Tanya Tiara. Syifa' tersenyum dan menggeleng. Syifa' meraih kedua tangan Tiara. Digenggam perlahan.

"Tiara... Kita dah kawan lama sangat... Dah banyak kita luang masa bersama... dah banyak kenangan yang kita bina...." Syifa' berjeda. Tiara hanya diam menumpukan perhatian pada bicara Syifa'.

"Tak lama lagi, Tiara bakal ada seorang suami, Syifa' juga. Kita sama-sama akan ada keluarga sendiri. Tiara... Syifa' nak pesan pada Tiara, jangan tinggal amal Mathurat. Kita tak tahu apa akan terjadi akan datang. Cuma, Syifa' dapat rasa ada sesuatu bakal terjadi. Jadi, sebelum berlaku apa-apa, kita cuba cegah sedaya upaya." Bicaranya masih belum tamat.

"Nanti, bila dah nikah... Tiara jadilah isteri yang terbaik buat Ustaz Akhtar. Jangan jadi isteri nusyuz. Jangan lawan kata Ustaz Akhtar selagi tak bercanggah dengan syariat. Taat pada dia. Dapatkan redhanya. Syifa' tahu, Tiara mampu. Yang paling penting, cintakan dia setulus hati Tiara, seperti layaknya seorang suami beroleh cinta dari isterinya." Panjang pesanan Syifa'. Genggaman di tangan Tiara dikuatkan.

"Syifa' nak Tiara jujur. Adakah Tiara masih cintakan 'dia'?" Tanya Syifa' dengan lembut. Tiara menunduk. Tewas. Dia tak mampu menipu diri. Benar, dia masih cinta. Sukarnya menduga rasa hati sendiri.

"Tiara...." Syifa' memanggil lembut. Dia faham rasa hati sahabatnya. Perasaan itu bukan mudah hilang. Tiara memandang Syifa'.

"Sekarang, Tiara letakkan tangan di dada." Arahan Syifa' dituruti. Sebelah lagi tangan masih dalam genggaman Syifa'.

"Pejam mata...." arah Syifa' lagi. Tiara memejamkan matanya.

"Ikut dan hayati apa yang Syifa' baca." Tiara menganggukkan kepala tanda bersetuju.

Sejujurnya, dia sendiri serba salah. Tarikh pernikahan semakin hampir. Namun, rasa cinta pada seorang lelaki yang langsung bukan miliknya, masih tak hilang dari hati. Kerisauan menjalar dalam diri. Mencengkam sukma. Resah memikirkan bagaimana perasaan suaminya andai mengetahui ada lelaki lain bertakhta di hatinya.

"Hasbi rabbi jallallah ma fi qalbi ghairullah..." Tiara mengikut bicara Syifa'.

"Sekarang, Tiara kosongkan fikiran dan fokus. Hayati dengan hati." Pesan Syifa'.

"Cukuplah Allah bagiku, Tuhanku. Tiada di hatiku selain Allah
." Syifa' menyebut lembut.

"Cukuplah Allah bagiku, Tuhanku. Tiada di hatiku selain Allah." Tiara menurut.

Syifa' mengulang lagi dan lagi. Tiara juga menurut berkali-kali. Hingga akhirnya, saat hati benar-benar menghayati. Allah campakkan satu rasa. Memenuhi ruang di hati.

"Cukuplah... Allah... Bagiku... Tuhanku.... Tiada di... hatiku... selain... Allah...." sebak menguasai diri. Air mata jatuh berderai di pipi.

Segalanya dengan izin Allah. Tiada lagi rasa buat lelaki asing di hati Tiara. Buat pertama kali dia merasa hatinya terlalu tenang. Seperti tenangnya air di kali. Bahkan lebih lagi. Tiara memeluk Syifa'.

"Jazakillahu khair ya habibati... Syukran... Alhamdulillah... Syukran Ya Allah... Syukran 'ala nikmat..." tak putus bibir melafaz syukur dalam tangisan.

Tiara bangkit dari duduknya dan berdiri menghadap kiblat. Dilaksanakan sujud syukur penuh khusyuk. Air matanya menjadi saksi betapa dia syukuri nikmat ini. Nikmat bebas dari cintakan makhluk selain yang layak. Hanya Dia di hati.

"So, Tiara dah lega?" Tanya Syifa' setelah Tiara tenang dari tangisan. Sebuah tangisan bahagia, bukan duka.

"Alhamdulillah. Kalau Syifa' tak bantu, mesti sampai lepas nikah, ada yang makan hati..." balas Tiara dalam senyuman.

Terakhir dia melafaz sepenuh hati, fikiran, dengan mudah dia menghapus segala rasa pada insan yang tidak sepatutnya. Dengan izin Allah Yang Maha Kuasa juga.

Itulah. Terkadang, kita terlalu pandang pada cinta manusia yang kita belum tentu miliki. Padahal, cinta Allah yang setia, kita tak sambut. Kerana terlalu asyik dengan yang ada di depan mata, lupa pada Pencipta. Bila ditinggalkan terkapai-kapai oleh manusia, baru sibuk menagih belas kasih-Nya. Layakkan bergelar hamba? Allahu.

MISTERIWhere stories live. Discover now