Misteri(20)

796 15 0
                                    

HARI Jumaat telah tiba. Hari yang begitu medebarkan buat buat dua pasangan. Azril dan Syifa' serta Ustaz Akhtar dan Tiara Alisya. Awal pagi lagi, suasana di rumah Syifa' sudah sibuk. Mana yang kerja di dapur, kerja menghias, kerja di bahagian cuci pinggan, kecoh pagi-pagi. Dengan telatah Mak Teh yang mencuit hati.

"Mak Teh!" Syifa' mencuit pinggang Mak Teh, jirannya yang membantu membuat persiapan.

"Eh, Hang Tuah jatuh tanah masuk kubur...." latak Mak Teh sambil mengacukan pisau di pegangannya. Gayanya seperti henda bersilat.

"Ewah... ewah..." Syifa' mengambil pisau dari tangan Mak Teh dan diletakkan ke tempat yang selamat. Dibuat pula tarian di dapur. Terikut-ikut Mak Teh dengan gerakannya.

Gamat seketika ruang dapur dengan gelak tawa yang melihat. Syifa' memang begitu bila dengan jiran-jirannya. Gemar bergurau. Paling gemar diusiknya, Mak Teh. Syifa' ketawa melihat telatah Mak Teh menari.

Tiara Alisya masuk ke dapur dan turut serta menari. Dipegang tangan Mak Teh seolah mengajak mengikut gerakannya. Makin haru suasana di dapur. Mak Teh yang sedar dirinya diusik dua orang anak dara yang bakal menika itu, menepuk kuat bahu Syifa'. Geram dirasakannya.

"Hahahah.... ampun Mak Teh... ampun... hamba janji tak buat lagi...." Syifa' sengaja menggunakan bahasa istana.

"Ampunkan Tiara juga Mak Teh...." Tiara mengikut rentak.

"Ha, dah... dah... meh sini duduk kejap. Mak Teh nak cakap sesuatu...." ajak Mak Teh. Syifa' dan Tiara berpandagan sesama sendiri. Akhirnya menurut ajakan Ma Teh.

"Menanti waktu untuk berlabuh...
Pulang ke rumah di kala senja...
Dua puteri ayu bersimpuh...
Menunggu menanti datangnya si Raja..." Mak Teh berpantun.

"Izinkan patik membalasnya...." pinta puteri Tiara.

"Silakan Tuan Puteri..." bicara Mak Teh.

"Darah merah warnanya pekat...
Mengalir darah kerana dilukakan...
Majlis diadakan cuma adat...
Kami pohon doa dan restu kalian..."

Semua bertepuk tangan mendengarkan jawapan Tiara. Sambil bekerja, pantun yang sedang diadakan secara spontan tetap menarik perhatian.

"Bagaimana dengan Puteri Jelita?" Tanya Tiara pada Syifa'.

"Pergi ke pasar menaiki kereta...
Mencari permata dari kayangan...
Hanya keampunan yang dipinta...
Kiranya pernah membuat kesilapan..." kata Syifa'.

"Dari pekan pergi ke kota...
Dari pagi ke tengahari...
Untungnya kalian menjaga mahkota...
Hingga diambil menjadi permaisuri...

Setiap awal ada pengakhiran...
Puteri berdua apa pengharapan..." Mak Teh meyambung lagi.

"Pergi ke majlis tari-menari...
Tersergam indah hiasan mewah...
Impian buat suami menjadi bidadari...
Mendidik zuriat soleh solehah..." balas Syifa' pula.

"Sakit pedih kerana disengat...
Diubat segera menghapus bisa...
Sudikah kiranya memberi nasihat...
Buat pedoman hidup sentosa..." tanya Tiara pada Mak Teh.

Semua sudah asyik menonton berbalasan pantun di sudut dapur itu. Seolah sedang berada di alam lain. Seronok mendengar bicara spontan. Bukan semua anak muda punya jiwa Melayu tradisi.

"Dalam pada belayar di lautan...
Jangan pernah lupakan Tuhan...

Dalam melayari bahtera kehidupan...
Takkan lari dari ujian...

Dalam lelah membina istana...
Perlulah bijak mengawal suasana...

Dalam duka masalah menimpa...
Cari penyelasaian usahlah lupa...

MISTERIWhere stories live. Discover now