Misteri(14)

372 10 0
                                    

MISTERI (14)

"KENAPA tak pesan awal-awal? Mana orang tau...." Haikal bersuara. Dipandang dua insan di hadapannya dengan pandangan bersalah.

"Ingat abang dah dapat tangkap bila orang cakap tadi. Ish!" Gadis di hadapannya pula membalas.

Memang kedua-duanya salah. Tapi, apa boleh buat. Dah berlaku. Haikal terdiam memikirkan cara menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi saat ini. Fikir punya fikir, akhirnya muncul mentol di kepalanya. Terang menyala. Call aje la. Apa susah?

Telefon bimbit di atas meja makan diambil. Laju tangan mendail nombor seseorang. Telefon dilekapkan ke telinga setelah butang call ditekan. Beberapa saat kemudian, panggilan dijawab.

"Azril, kau kat mana sekarang?" Tanya Haikal sambil diperhatikan dua insan di hadapannya.

"Kau datang Hill sekarang. Ada emergency. Datang dengan mak kau pun tak ape." Haikal bersuara sambil mata terarah pada gadis di hadapannya.

"Okey. Aku tunggu. Bye." Panggilan dimatikan.

Sepuluh minit kemudian, Azril tiba di Restoran Hill. Seorang wanita berusia 40-an dibawa bersama. Pasti ibunya. Walau sudah berumur, tetap cantik dan lembut sekali perwatakannya. Azril berjalan masuk dan mencari-cari kelibat Haikal. Dipimpin tangan ibunda menuju ke sebuah meja. Entah kenapa, dia rasa berdebar.

Teringat kembali ketika dalam panggilan tadi. Kalau diikutkan hati, malas mahu melayan. Dah la bagi bluetick. Azril berjalan ke arah Haikal bersama ibunya.

"Assalamu'alaikum..." Azril memberi salam.

"Wa'alaikumussalam..." Azril bersalaman dengan Haikal dan seorang Pak Cik yang ada bersama.

Azril perasan ada seorang gadis, tapi dia segan untuk memandang. Baginya, cukuplah dia pelihara cintanya hanya untuk bidadarinya. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Haikal manakala ibunya duduk di sisi gadis itu.

"Siapa nama ni?" Suara ibu Azril memecah sunyi mereka.

"Syifa', mak cik." Azril mengangkat kepala mendengar suara halus itu. Dia kenal suara itu. Bidadarinya. Apakah hubungan Haikal dengan si bidadari? Suami isterikah?

MISTERIWhere stories live. Discover now