Misteri(10)

467 15 0
                                    

MISTERI (10)

SYIFA' diam menemani rakan sekerjanya ke sebuah restoran mewah. Katanya ada perjumpaan dengan bekas teman lelakinya. Syifa' ingin menolak awalnya, tapi rasa kasihan pula. Perempuan ni kan hati bukan kuat sangat. Sekali di ayat lagi dengan ex dia nanti, maunya lentok balik.

Rakannya tiba-tiba menggenggam tangannya. Sejuk. Pasti sedikit takut. Perasaan bercampur baur. Semakin lama makin sejuk. Syifa' menggenggam seolah mengalirkan sedikit kekuatan.

Restoran pula semakin dipenuhi oleh perempuan-perempuan. Ada yang datang dengan kawan, abang, adik, dan suami pun ada. Syifa' bersalaman dengan semua wanita yang datang. Semuanya dia kenal. Senior dan junior semasa zaman sekolah menengah. Mengapa ya?

Tak lama selepas itu, terdengar suara seorang lelaki dari pentas dalam restoran itu. Syifa' kenal sangat dengan suara itu. Azril! Oh, jadi mereka semua berkumpul kerana seorang lelaki bernama Azril? Apa lagi yang dia nak sebenarnya?

"Err... Awak semua bolehlah duduk tenang-tenang dulu." Kata Azril. Semua mengambil tempat duduk masing-masing.

"Saya..." ayatnya sedikit tergantung saat terlihat kelibat Syifa'. Haikal menepuk bahunya menyedarkan.

"Saya memanggil anda semua agar berkumpul di sini adalah kerana ingin meminta maaf secara berhadapan dengan semua yang telah saya sakiti hatinya. Maafkan saya. Saya jahil. Saya tahu sekarang ada yang dah bersuami. Tapi, saya mohon maaf sangat pernah mengganggu wanita yang kini menjadi milik anda. Saya berani bersumpah, tak pernah bersentuh kulit dengan mereka.

Saya juga manusia biasa. Tak lari dari kesalahan. Tapi, bila Allah beri hidayah, takkan saya nak biarkan? Jadi, kalau saya nak Allah ampunkan dosa saya, pastinya saya perlu memohon maaf dari anda semua dulu.

Sekali lagi, maaf." Azril menitiskan air mata. Bukan pura-pura. Kta maafnya dari hati.

"Saya maafkan awak, Azril. Kami ujian buat awak sebelum ini, dan awak juga ujian buat kami. Allah yang menguji. Saya maafkan. Mungkin dengan memaafkan awak, saya juga dimaafkan oleh Allah." Seorang gadis bersuara.

"Terima kasih..." Azril masih menangis. Sungguh, dia sedih terkenang dosa lalu. Dia juga terharu bila dimaafkan.

"Saya pun maafkan."

"Saya pun."

"Saya jugak."

Berselang-seli disahut kata maaf. Semua bersepakat memaafkan. Semua tu pastinya dengan keizinan Allah. Azril begitu bersyukur. Sujud syukur disaksikan semua. Haikal di sebelahnya turut sama mengalirkan air mata. Sungguhlah, mujahadah seorang sahabat. Dia yang melihat terasa ringan bila semua wanita memaafkan sahabatnya, apatah lagi Azril yang bersalah dan menerima kemaafan.

"Terima kasih Ya Allah atas nikmat maaf dan tenang ini!" Lafaz Azril tanpa mikrofon.

Tanpa sedar, Syifa' menangis. Sungguhlah, bila Allah campakkan hidayah dalam hati seorang hamba, taufiq menemaninya, tiada yang akan mampu menjatuhkannya. Kerana dia telah merasa peritnya kejahilan, dia pasti akan menghargai penghijrahan.

Moga Azril tabah menghadapi liku-liku perubahan.

MISTERIWhere stories live. Discover now