Misteri(5)

933 16 0
                                    

MISTERI (5)

SUDAH hampir lima hari Azril turun ke Kuala Lumpur. Hanya dengan dua sebab. Pertama, kerja. Dan kedua, mencari bidadari yang telah mencuri hatinya. Lima hari ini juga dia makan di restoran yang sama. Namun, hampa. Bayang Tiara Alisya langsung tak kelihatan.

Azril duduk menunggu pesanannya tiba. Sambil itu, dia memandang pelanggan-pelanggan yang sedang makan di situ. Diperhati seorang demi seorang. Akhirnya, mata terhenti pada seorang gadis. Tiara Alisya! Hatinya menjerit gembira.

Dilihatnya Tiara Alisya sedang duduk bersendirian. Tiada makanan. Hanya minuman. Mungkin Tiara sudah makan tengahari tadi. Fikir Azril. Azril bangun dari duduknya dan berjalan mendekati meja Tiara Alisya.

"Assalamu'alaikum..." Azril menyapa. Nak dapat kena guna cara baik sikit. Tak boleh hai.

"Wa'alaikumussalam..." Gadis itu menjawab perlahan. Kepala yang dari tadi tunduk menghadap laptop diangkat. Mata ditalakan ke arah insan yang memberi salam. Sekilas cuma, kemudian menyambung kerjanya lagi.

"Cik ni, Tiara Alisya kan?" Azril bertanya.

Gadis itu tersentak. Sedikit kaget. Mengapa nama sahabatnya yang disebut? Dan kenapa perlu tahu nama sahabatnya? Dari mana dia memperoleh maklumat yang tidak sahih ini? Gadis itu kembali memandang Azril. Tajam.

"Encik ni siapa ye? Encik salah orang ni. Saya bukan Tiara Alisya." Gadis itu berura-ura mahu pergi dari situ, namun segera ditahan oleh Azril.

"Maaf. Tapi, boleh saya tahu nama cik?" Azril masih tak berhenti mencuba. Gadis itu hanya diam. Azril terus duduk di hadapan gadis itu.

"Encik Azril bin Nizam. Maaf, taktik awak tak berjaya. Berubahlah! Sampai bila nak jadi kasanova?" Azril terkejut mendengar tuturan gadis itu. Dari mana dia tahu?

"Err... Tapi, sebab nak berubahlah saya cari awak. Saya tengok awak ni baik. Mesti boleh bimbing saya." Azril tidak berputus asa.

"Encik Azril, saya tahu awak berpura-pura. Lagipun, saya tak terlalu dungu untuk mempercayai kata-kata manis seorang lelaki. Saya tidak begitu bodoh untuk membimbing seorang yang sebenarnya tak mahu pun berubah. Kalau benar pun encik nak berubah, carilah bimbingan dari para ustaz. Bukan saya." Gadis itu membalas.

"Tapi, lepas kahwin kan lebih senang kalau isteri bimbing suami." Azril tidak mahu kalah.

"Saya tidaklah terlalu jahil untuk menerima seorang lelaki yang ketika bujangnya tidak pernah mahu pun taat pada Allah. Andai Allah yang Maha Memiliki Segalanya itu pun dia tidak taat, inikan pulak nasihat seorang manusia bernama isteri. Perempuan yang fitrahnya lemah. Sebelum kahwin, boleh la cakap. Lepas kahwin, entah apa jadi. Saya pergi dulu. Assalamu'alaikum." Gadis itu berlalu pergi. Azril terkedu. Dia tak menyangka gadis itu tidak mempercayainya langsung. Malah tahu apa yang dia buat.

'Macam mana dia tahu nama aku?' Bisik hati Azril. Baru tersedar gamaknya.

"Aku akan kejar kau wahai bidadari. Sampai aku dapat!" Tekad hati Azril.

Bila tidak disandarkan kepada Allah, itulah yang terjadi. Mengejar manusia yang bakal menjadi jenazah, hingga lupa kejar redha Allah. Mengejar kekayaan dunia, hingga lupa bersedekah. Mengejar kejayaan dunia, hingga lupa melakukan persediaan di alam akhirat.

*bersambung

MISTERIWhere stories live. Discover now