Misteri(19)

395 10 1
                                    

HARI Khamis telah tiba. Hari terakhir bergelar bujang. Syifa' dan Tiara banyak meluangkan masa dengan Abi dan Ibu. Macam-macam dikongsikan. Pelbagai nasihat dilontarkan dan diterima. Begitu banyak yang diajarkan.

Ibu yang paling banyak memberi tips keharmonian rumah tangga. Antaranya ialah, selalu berbincang sebelum membuat keputusan, saling bantu membantu menyelesaikan setiap masalah, tidak meninggi suara pada suami, hormati suami, menyatakan pendapat dengan cara yang baik dan bermacam-macam lagi.

Sedang sibuk mereka berbual di dapur, telefon rumah menjerit minta diangkat. Belum sempat diangkat, panggilan telah mati. Berbunyi pula telefon bimbit milik Syifa'. Segera diangkat tanpa melihat nama si pemanggil.

"Assalamu'alaikum..." sapa Syifa'.

"Syifa' ke ni?" Tanya seseorang di talian.

"Ya saya. Siapa ya?" Syifa' menyoal kembali.

"Syahida. Ingat lagi?" Jawabnya. Syifa' terdiam cuba mengingati.

"Kak Syida! Ya Allah... lama tak berhubung... akak sihat?" Ceria suara Syifa' bertanyakan khabar seniornya.

"Tak berapa nak sihat. Syifa', boleh tak akak nak jumpa Syifa' hari ni?" Tanya Kak Syida.

"Boleh kak. Di mana ye?" Tanya Syifa' pula.

"Di rumah Syifa' sajalah. Nanti Syifa' bagi alamat ye." Jawab Kak Syida dan kedengaran dia batuk agak keras.

"InshaaAllah kak... akak okey tak ni?" Tanya Syifa' lagi. Risau pula mendengar suara batuknya yang agak teruk.

"Akak okey. Jumpa kejap lagi. Assalamu'alaikum." Panggilan dimatikan.

Syifa' segera menghantar alamat rumahnya kepada Kak Syida. Kak Syida membalas dengan ucapan terima kasih dan meminta Tiara ada bersama nanti.

"Tiara... nanti Kak Syida nak jumpa kita." Ujar Syifa' memaklumkan.

"Kak Syida? Bila? Di mana?" Tanya Tiara tidak sabar.

"Dekat sini je. Nanti kejap lagi, Kak Syida sampai." Serentak itu, terdengar dua suara lelaki memberi salam. Abi melihat tetamu yang datang.

"Haikal... Azril... masuklah..." jemput Abi.

"Terima kasih pak cik..." balas Azril.

"Ish... apa ni bakal menantu panggil pak cik. Panggil abi." Kata abi. Azril hanya mengangguk dan tersengih.

Tidak lama menunggu, Kak Syida sampai. Dia memberi salam dan mengetuk pintu. Syifa' membuka dan menyambut kehadiran Kak Syida lalu menjemputnya masuk ke dalam rumah.

"Saya ada sesuatu nak beritahu pada semua." Kak Syida memulakan bicara.

"Sebelum tu, saya nak minta maaf pada semua atas apa yang akan saya perkatakan ini." Kak Syida mula sebak. Syifa' mengusap bahunya menenangkan.

Kak Syida memandang kepada Tiara yang duduk di sebelah kirinya dengan air mata yang bergenangan. Dipegang tangan Tiara. Dia tunduk.

"Maafkan akak Tiara sebab menyakiti kamu bertahun-tahun." Mendengar pengakuannya, semua terkejut kecuali Syifa'.

Tiara Alisya memandang tidak percaya. Dipandang wajah Syifa'. Syifa' mengangguk meyakinkan. Syifa' sudah mengetahui lebih lama megenai insan yang cuba menyihir Tiara dan dia. Tidak ketinggalan, Azril.

"Tapi kenapa kak? Apa salah Tiara?" Tanya Tiara. Jujur, dia kecewa.

"Syifa' maafkan akak jugak..." mula terdengar esakan dari Kak Syida. Syifa' menganggukkan kepalanya dan memeluk Kak Syida.

MISTERIWhere stories live. Discover now