Misteri(3)

1.7K 21 0
                                    

MISTERI (3)

AZRIL resah sendiri. Entah mengapa, sukar benar dirasakan untuk melupakan gadis yang dijumpainya semalam. Azril memang terasa lain saat teringatkan gadis itu. Ada aura yang memikatnya. Azril keliru dengan perasaan sendiri.

'Azril! Ingat! Kau tu playboy! Ayat je la lagi! Dia mesti layu punya!' Hatinya bersuara.

'No! Kau tak boleh, Azril!' Di sisi lain, hatinya keliru.

'Kau boleh! Percayalah!'

'Tak boleh! Dia nak ke lelaki macam kau, ha?!'

'Alaa.. Chill... Kau boleh je pura-pura baik!'

'Mana boleh!'

'Boleh!'

"Arghhh!" Terbit sebuah jeritan akibat stress bila hatinya sendiri berperang. Azril buntu.

Nak makan, teringat gadis itu. Nak tidur, teringat lagi. Nak buat kerja, teringat. Paling teruk, nak solat pun teringat. Azril benar-benar stress. Dia hanya perlukan seorang pendengar saat ini. Haikal! Laju tangannya mendail nombor sahabatnya.

"Assalamu'alaikum. Weh, aku perlukan kau sekarang. Kau tunggu aku sampai office kau. Okey, Assalamu'alaikum!" Talian terus dimatikan.

Azril mengambil cuti kecemasan. Dia benar-benar gelisah. Hatinya tak tenang. Fikirnnya hanya pada gadis itu. Tiara Alisya namanya. It apa yang diberitahu oleh Haikal semalam. Gadis paling baik di sekolah kami dulu sebelum gadis itu berpindah ke sekolah lain.

Kereta dipandu laju, namun tetap cermat. Dia rasa ingin terbang agar cepat sampai ke pejabat Haikal. Tak tertahan rasa hati dengan bebanan perasaan. Hatinya tak keruan. Segalanya hanya kerana seorang perempuan!

Inilah bila cinta bertunjang nafsu semata. Langsung tiada rasa bersalah bila melebihkan manusia daripada Allah. Padahal, cinta Allah yang jauh lebih indah dan abadi tak sudi dipandang. Allahu. Bila hati jauh dari Allah, ketenangan itu sungguh takkan dikecapi.

Azril sampai ke pejabat Haikal dan terus mengajaknya ke restoran berdekatan. Azril meluahkan segala yang terbuku di hati. Meminta pandangan dan nasihat dari seorang rakan yang paling memahami.

"Aku tak tahu macam mana nak cakap, tapi bagi aku, kau kena ubah diri kau dulu. Kau berubah baik, yang baik akan datang sendiri bro! Tak susah." Nasihat Haikal untuk yang ke-1009 kali. Berbuih mulut. Namun, bagai mencurah air ke daun keladi, Azril membantah lagi.

"Ni masa untuk enjoy la bro!. Tak pe, terima kasih atas nasihat kau. Aku hargai. Aku berlakon je la jadi baik nanti." Azril membuat keputusan sendiri. Haikal sendiri pelik. Tadi mintak nasihat, sekarang ikut kepala sendiri jugak.

"Kalau kau tengah enjoy, tiba-tiba mati macam mana? Berlakon? Lantak kau la! Kau memangpakar dah kan berlakon depan aweks kau. Okey la, aku chau dulu. Banyak kerja bro! Nanti jumpa lagi." Haikal terus berlalu balik ke pejabatnya. Dalam hati sedikit benagang. Namun, disabarkan.

Ayat terakhir yang ditinggalkan Haikal, menyentap tangkai hati Azril. Namun, bila hati gelap dengan maksiat, tak cukup sekadar 'basuh'. Tapi, perlukan clorox untuk mecucinya. Biar bersih-sebersihnya. Haikal tak pernah berhenti berdoa agar sahabatnya itu berubah. Moga Allah makbulkan satu saat nanti.

*bersambung

MISTERIWhere stories live. Discover now