Misteri(12)

399 13 0
                                    

MISTERI (12)

DI sepertiga malam yang sunyi, Azril asyik dalam munajatnya. Sudah bertahun dia tak merasai nikmat kemanisan beribadah ini. Terlalu lama. Air matanya mengalir mengenangkan betapa baiknya Allah bila sudi menerimanya lagi. Bila Allah beri ketenangan yang dicari selama ini. Azril khusyuk bersujud.

"Ya Allah, aku telah lama jauh dari-Mu. Ampunkanku Ya Allah. Aku sering meyakiti hamba-hamba-Mu, amunkanku Ya Tuhan. Aku sering terlupa untuk bersyukur. Ampunilah aku Ya Allah. Terima kasih atas hidayah ini."

Doanya penuh tangisan. Istighfarnya dilafaz tak henti. Hatinya benar-benar dipaut rasa cinta pada Ilahi. Tangisnya hanya kerana takutkan Ilahi. Tiada lagi cinta lain yang didambakannya. Cinta Allah sudah cukup indah bagi dia. Ibadahnya diteruskan hingga saat subuh menjelma.

Azril bersiap ingin ke surau untuk berjemaah. Biarlah apa orang nak kata, dia peduli apa? Dalam hatinya kini hanya Allah. Azril mengejutkan Haikal yang bermalam di rumahnya.

"Haikal... Bangun. Jomlah subuh jemaah." Haikal terpisat-pisat membuka mata mendengar suara Azril. Setelah dapat mencerna tiap patah kata Azril, dia terduduk dari pembaringannya.

"Tak payahlah pandang aku macaam tu!" Azril bengang. Haikal ketawa kecil.

"Okey... okey... Aku siap kejap..." Haikal membalas. Azril keluar dari bilik Haikal. Menanti sahabat di sofa ruang tamu.

Haikal tersenyum sendiri. Senyuman yang menggambarkan rasa gembira di hati. Gembira dapat kawannya yang lama. Azril yang dulu dah kembali! Haikal terus cepat-cepat bersiap bila menyedari dirinya telah agak jauh ke langit.

Selesai sahaja, mereka berdua ke surau dengan menunggang motor. Bukan jauh mana pun. Mereka masuk ke surau. Sedihnya melihat umat zaman ini. Satu saf pun tak penuh. Padahal di kawasan itu, kesemuanya Muslim.

"Haikal, jom dakwah?" Azril bersuara tiba-tiba. Haikal terpinga-pinga.

"Jom!" Nampanya, Haikal sudah faham.

Langkah penuh semangat dan azam membara. Tekad dua hati ingin menjalankan satu misi. Menghidupkan kembali Islam di bumi ini. Membina rijal berkualiti dan syabab berpotensi. Demi umat, kerana Allah!

*bersambung

MISTERIWhere stories live. Discover now