Misteri(2)

3.1K 24 0
                                    

MISTERI (2)

TIARA Alisya duduk di kerusi taman sambil menunggu kehadiran sahabatnya. Ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz, diulang-ulang agar tidak lupa. Kedatangannya ke Kuala Lumpur hari ni adalah untuk bertemu dengan sahabatnya. Sudah hampir 6 tahun mereka tidak bertemu sejak Tiara berpindah ke sekolah baru 5 tahun lalu.

"Assalamu'alaikum..." satu suara memberi salam dari arah belakang. Tiara menoleh ke belakang sambil menjawab salam. Dipeluk sahabatnya seerat mungkin.

"Tiara sihat?" Sahabatnya bertanya khabar.

"Sihat, alhamdulillah. Terima kasih sudi luangkan masa jumpa Tiara." Tiara tersenyum manis.

Bukan mudah untuknya berjumpa sahabat karib. Bukan calang-calang orang. Bekerjaya. Berpangkat tinggi juga. Anak orang berada. Kalau tak kerana dia anak tunggal, pasti dia bekerja di tempat lain. Namun, apakan daya. Dia anak tunggal yang hanya tinggal dengan bapa. Ibunya telah lama meninggal selepas melahirkannya. Siapa lagi yang diharapkan mengurus harta dan syarikat andai bukan dia.

"Untuk Tiara, seminggu pun boleh!" Gurau sahabatnya. Mereka ketawa serentak. Namun, hanya buat seketika. Wajah Tiara mula hilang senyuman, diganti air mata. Di hatinya menyimpan beban yang begitu berat.

"Kenapa ni Tiara? Kenapa menangis?" Tanya Syifa'.

"Tiara tak kuat. Tiara... Tiara tewas dengan nafsu... Hati Tiara tak sesuci dulu... Mula melekat cinta buat ajnabi... Hari-hari Tiara tatap gambarnya, stalk segala laman sosialnya... Tiara tak kuat... Tolong... Tolong Tiara... Tiara tak nak terus macam ni... Tiara rasa berdosa..." luah Tiara dalam esakan.

"Tiara bawa gambar lelaki tu?" Soalan dari Syifa' dijawab dengan sebuah anggukan.

"Okey, bagi sini...." pinta Syifa'. Tiara menghulurkan sekeping gambar.

Syifa' melihat gambar itu. Dahinya berkerut. Seperti pernah dilihat wajah lelaki itu. Gambar kemudiannya dipulangkan semula. Teragak-agak Tiara menyambut. Dia takut sebenarnya. Takut perkara ini membuatnya terjerumus ke neraka.

'Oh, ya! Lelaki tadi!' Bisik hati Syifa'.

"Tiara kenal dia macam mana? Sikap dia?" Tanya Syifa'.

"Kalau Syifa' nak tahu, dia dulu satu sekolah dengan kita. Dia senior kita. Tiara suka dekat dia sejak pertama kali jumpa dia. Sejak pindah sekolah, Tiara cuba lupakan dia. Tapi, bila terserempak 5 bulan lepas, Tiara lemah. Syifa' tahu? Dia yang Tiara kenal seorang lelaki yang sangat baik. Tiara suka bacaan dia bila jadi imam." Tiara bercerita ringkas.

"Hmm... Macam ni, Tiara tahu kan Syifa' macam mana? Cara tengok orang, sikap seseorang?" Soalan Syifa' dijawab dengan anggukan.

"Syifa' ada terjumpa lelaki tu tadi. Apa yang Syifa' nampak dan rasa, tak seperti apa yang Tiara sangka. Mungkin zaman sekolah, dia memang baik. Tapi, sekarang dia dah lain Tiara." Syifa' memberi penjelasan.

"Macam ni la Tiara. Tiara duduk sebulan dengan Syifa', nak? Cari balik kekuatan hati Tiara. Cari balik di mana Allah di hati Tiara." Ayat Syifa' begitu mengusik hati Tiara. Tiara mempersoal diri dengan soalan yang sama. Di mana Allah di hatinya? Di mana Allah di hatiku? Kamu? Di mana Allah di hati kita?

"Betul ke ni, Syifa'?" Tiara bertanya.

"Yes, dear.... Sampai bila-bila pun tak apa." Jawab Syifa'.

"Okey. Terima kasih, Syifa'. Tiara datang rumah Syifa' esok pagi ye? Nak ambil segala keperluan." Setelah meminta diri dan berpelukan, masing-masing membawa haluan sendiri.

'Bantu aku untuk membantu sahabatku, Ya Allah... Lembutkan hatinya. Kembalikan kemanisan ibadah padanya. Aamiin Ya Rabb...'

Syifa' memanjat doa sambil memandu pulang ke rumah. Abi pasti sudah menunggu di rumah. Untuk makan bersama satu-satunya anak yang Allah anugerahkan. Bukti cinta Abi dan Umi, dialah insannya.

*bersambung

MISTERIWhere stories live. Discover now