MISTERI (15)
AZRIL benar-benar pening kepala. Benarkah apa yang didengarnya tadi? Kalau benar, mengapa baru hari ini dia mengetahui? Azril buntu. Perasaannya bercampur baur. Ada sedih, ada marah, ada geram, ada bersalah dan bermacam perasaan. Azril teringat kembali perkara yang berlaku di restoran tadi.
Sebelum sampai, Azril memberitahu ibunya bahawa dia ingin mempertemukan ibunya dengan calon menantu. Dia bergurau, tapi ibunya mengambil serius. Siapa sangka, dia benar-benar jumpa bidadarinya. Saat gadis itu memperkenalkan dirinya, hati segera berbunga. Syifa'. Begitu indah namanya.
"Ha, Ril... ni aku kenalkan, isteri aku, Syifa'." Ayat yang didengari dari Haikal membuatkan Azril benar-benar terkejut.
Diangkat kepala memandang ke wajah Syifa'. Nampak tenang. Benarkah? Dipandang Haikal tanda bertanya. Haikal mengangguk. Bersungguh. Azril menundukkan pandangannya lagi. Hatinya sakit. Remuk.
'Mungkin inilah balasan untuk aku kerana telah banyak menyakiti hagi perempuan. Kini, aku pula merasa sakit apabila mengharap pada seorang wanita yang tak mungkin menjadi milik aku.' Hatinya berbicara.
Ya, mungkin ini balasan buat dia. Terlalu mengharap pada manusia hingga terlupa cinta Yang Esa. Selalu menyakiti manusia hingga diri sendiri terkena. Namun, Azril belajar redha. Dulu dia kehilangan seorang ayah yang amat disyangi. Kini dia kehilangan bidadari.
"Jadi, apa yang urgent kau cakap tadi?" Azril bertanya sambil mereka menikmati makanan.
"Oh yang tu. Aku saja je. Nak pancing kau datang sini. Kira umpan la tu." Jawab Haikal selamba.
"Kau ingat aku ikan?" Azril juga membalas selamba. Tak seperti orang kecewa. Pandai betul sembunyikan rasa.
"Abang..." suara halus Syifa' memanggil Haikal. Dia membisikkan sesuatu di telinga Haikal.
Azril hanya pandang sekilas. Hatinya kalau tak cemburu, itu tipu. Syifa' adalah satu-satunya wanita yang berjaya mencuri hatinya. Beruntung Haikal memiliki Syifa'. Tapi, bila mereka berkahwin?
"Haikal... aku nak tanya sikit ni...." Azril terpaksa mengganggu pasangan yang sedang seronok bergurau senda.
"Apa dia?" Haikal memandang Azril. Fokus. Dia tahu Azril cemburu. Tapi, nak buat macam mana, kan?
"Korang kahwin bila ye? Sampai hatinya kau kahwin tak jemput aku." Tanya Azril. Direct. Tak payah belok-belok. Tak payah kiasan.
"Dah lama weh. Masa zaman universiti. Kitaorang nikah gantung." Jawab Haikal setelah meneguk air.
"Oh." Azril membalas sepatah.
"Jangan risau. Majlis tak lama lagi. Aku mesti jemput kau. Duduk sebelah aku." Haikal berkata. Azril cuma tersenyum nipis.
Setelah agak lama berborak, Azril meminta diri untuk pulang ke rumah bersama ibunya. Biarlah bidadarinya bahagia bersama pemuda baik seperti Haikal. Azril hanya mampu berdoa buat insan yang disayangi. Sahabat dan bidadari.
Azril tersedar dari lamunan saat terdengar laungan azan maghrib dari surau berhampiran. Segera dia mengambil wudhuk dan bersiap untuk ke surau. Dia bernasib baik sempat tiba sebelum solat berjemaah dimulakan.
Kekecewaan ini mungkin adalah kerana Allah ingin dia kembali dekat dengan-Nya.