"Sa-sarah"
Hisyam?
Aku terus mengumpul segala tenagaku dan berdiri disebelah katilnya. Begitu juga Farah. Ceh, Baru ja nak berjejak kasih dengan Hisyam. Ada pulak Farah dekat sini. hm hm
Sisa tangisan yang tertinggal di pipiku terus aku lap, dan tudungku yang agak serabai ku betulkan sedikit.
"Aku kat mana ni?" Hisyam melihat sekeliling dengan pandangan yang pelik. Matanya juga terkebil-kebil, baru menyesuaikan diri dengan cahaya lampu yang menerangi bilik.
"Kau kat hospital sekarang. Jap aku panggilkan Mama okay?"
Langkahku terhenti setelah Hisyam memegang lenganku yang berlapik.
Tertera di mukanya seperti dia mahu mengatakan sesuatu.
Farah yang tercegat disebelah ku seakan-akan faham dengan tindakan Hisyam lalu beredar untuk memanggil doktor dan Mama Hisyam dengan segera.
Meninggalkan kami berdua di dalam keadaan yang agak janggal. Apa tak janggalnya, kami dah lama tak jumpa.
Aku tak tahu nak cakap apa ngan dia. Dahlah lama terpisah kan. Jadi aku cuma mendiamkan diri seperti patung cendana.
Setelah beberapa minit, akhirnya dia memulakan bicara.
"Sarah? Macam mana aku boleh masuk dalam hospital ni?"
"Kau tak ingat apa apa ke? Dah dekat 2 minggu kau kat hospital. Kau jatuh kat tangga sebelah Secret Recipe malam tu."
"Haa? Aku pergi Secret Recipe? Buat apa? Aku tak ingat pun. Aku ingat, sebelum aku tak sedarkan diri. Aku dirotan oleh Sir Kapor time kelas dia. Sebab tak sempat buat kerja sekolah yang dia bagi ! Hahahahha ." Dia ketawa seperti peristiwa itu masih segar di dalam ingatannya.
Dirotan oleh Sir Kapor?
Biar betul otak dia? Dah 2 bulan lebih dah peristiwa tu berlaku!
Belum sempat aku membalas, terus Farah, Mama Hisyam diiringi oleh Doktor dan dua jururawat tiba.
Tertera nama Doktor itu di tag namanya yang dipin kemas di poket kotnya yang putih.
Doktor Adam.
"Ingat lagi siapa nama?" Doktor itu bertanya sambil membelek-belek rekod pesakit di tangannya.
" Mohd Hisyam." Dia menjawab ringkas.
Aku terlihat, Mama Hisyam menguntum senyuman lega.
"Do you remember anything before the accident happened?"
Hisyam mengerutkan dahinya. Seperti ingin mengingati semula kejadian malam itu.
"Don't force yourself. Tell me comfortably. Bagitahu saya apa yang awak ingat." Doktor itu berkata dengan nada yang tenang. Seperti sudah biasa dengan keadaan itu.
"Saya ingat, saya pulang dari sekolah pada 1 Februari. Saya ingat tarikh tu sebab masa tu, kami sambut hari jadi ayah kat rumah ." Dia tersenyum, sekilas memandang Mamanya yang mula berkerut wajahnya.
"Kamu langsung tiada memori mengenai Secret Recipe ke? Lorong gelap?" Doktor Adam bertanya lagi.
"Takda . Ehh , malam tu kami beli kek ayah kat situlah. Cheese cake hehe. Saya makan 4 potong malam tu. Sedap gila ."
Doktor Adam dan jururawat lain hanya tersenyum sumbing dengan gaya Hisyam.
Hmm , Hisyam hisyam . Masa sekarang ni pun boleh kau buat lawak lagi? Hhaahaha.
Eh, jap. Kalau macam tu . Mesti dia tak ingat pasal Adrian kan?
"Hisyam, kau kenal tak Adrian?" Giliran aku pulak bertanya.
"Adrian?" Mukanya terus berubah, matanya penuh dengan kebencian dan kemarahan.
"Adrian yang permainkan adik aku tu?"
Permainkan adiknya?
"Apa yang kamu cakap ni Hisyam? Adrian ke orang yang permainkan Arwah Hisya tu? Hah?" Mama terus menyelit.
"Ya, Ma. Dialah orangnya." Terdapat sedikit nada kecewa di ayat Hisyam.
"Arwah Hisya? Tapi, malam tu. Kau dengan Adrianlah yang pergi Secret Recipe sama sama."
"Aku dengan Adrian? " Dia seakan-akan tidak percaya apa yang telah didengarinya.
"Ya, disitulah kau dijumpa, kau macam ditolak dengan kuat. Menyebabkan kau terhempas kat tangga . Sebelum jalan tu, kau ada whatsapp aku . Yang kau nak jalan dengan Adrian."
"Budak yang bernama Adrianlah yang saksi terakhir yang berhubung dengan Hisyam kan?" Doktor Adam pun menyelit. Tetapi, kali ini, nadanya sedikit tegas. Ceh, doktor tu doktor lah. Jangan pulak action nak jadi detective. HAHA.
"Sebenarnya, malam tu. Adrian ada call aku. Dia cakap, dia akan balas dendam. Dan keesokan harinya, aku terdengar yang Hisyam dah masuk hospital. Maafkan aku, sepatutnya aku bagitahu awal." Farah yang mendiamkan diri, kini bersuara.
Takkanlah.
Adrian yang buat semua ni?
"Ya allah, sudahlah dia bunuh anak perempuan aku, takkanlah dia nak sakiti anak lelaki aku lagi?" Mama pun terus terjatuh diatas lututnya. Airmatanya pun turun, lebat di pipinya tanpa disuruh.
Adrian pernah bunuh adik Hisyam?
HEYYO, Fast update!
(❁´▽'❁)
p.s no edit, excuse the mistakesBTW, VOTE AND COMMENT.
Thankyou for reading my sucks story. Ayy, I'm sucks at writing. Well, I know I know. LOL LOL
Oh heyy, add my id wechat.
here ※
mieyzaaamyr ! kbye !Jom benci Adrian ramai-ramai ! Kamikaze. Mengarutsssss -

ANDA SEDANG MEMBACA
"Kawan" ✔
Genç KurguStatus: [Completed] Malay short story. #44 teenfiction Kawan [ ka- wan ] کاون Sinonim 1. Sahabat 2. Teman 3. Rakan "Aku kawan kau. Tapi, Aku pun lelaki juga, Sarah. Ingat tu." -Hisyam "Dia, aku suka dia. Tapi aku tak nak persahabatan kita musnah...