Part 21

273 16 0
                                    

TaeYeon pulang ke rumah dengan perasaan yang hampa. Tak sangka perasaannya disakiti buat kedua kalinya. Dia melangkah masuk ke rumah dan ditegur oleh ommanya.

"TaeYeon ! Macamana di sekolah tadi ? Meriah ? Bagus la.. Nanti kamu boleh ikut appa kamu ke New York. " cerita ommanya panjang, tetapi TaeYeon buat tak endah saja. Dia mula menaiki satu-satu anak tangga untuk ke biliknya.

"Aik ? Pelik sungguh budak ni. Orang gembira habis sekolah, dia masam muka." bisik hati ommanya.

Setelah sampai di bilik, TaeYeon terus mencampakkan badannya atas katil. Terasa penat hari ini.

Dia mula berjalan ke arah meja belajarnya dan mengambil butang baju YoonGi yang dia dapat semasa kem bersama geng YoonGi kerana pada masa itu TaeYeon hendak terjatuh dan secara tidak sengaja dia tertarik butang baju YoonGi. TaeYeon merenung lama pada butang itu. Sedih. Sedih yang teramat sangat ! Lama kelamaan dia tertidur.

***

- di rumah YoonGi -

"Andwae ?!! Apa yang aku sudah buat ? Macamana kalau Kris tahu dan dia marah yang aku sudah melukakan hati orang yang dia sayang dulu ? Arghh !! Aku lupa hendak beritahu TaeYeon yang Irene cuma kawan baik aku sahaja di sekolah ! Bukan couple betul-betul pun. Aku ingat dia pura-pura percaya. TaeYeon-ssi, mianhae !" jerit YoonGi.

Secara tidak sengaja, Kris mendengar apa yang dikatakan oleh YoonGi di luar bilik. Kris terus menolak kuat pintu bilik YoonGi dan terus meluru ke arah YoonGi dan memberikan 'buku lima' di pipi YoonGi.

"Apa yang kau sudah buat pada TaeYeon hah ?! Aku suruh kau jaga dia baik-baik dan kau.. kau !!" marah Kris dan memegang kuat kolar baju YoonGi kemudian memberikan sebiji lagi di sebelah lagi pipi YoonGi.

"Tunggu ! Biar aku bagi penjelasan dulu !" kata YoonGi sambil terbatuk-batuk.

Kris terus melepaskan tangannya di kolar baju YoonGi kemudian duduk di sebelahnya.

"Macam ni.. Tadi aku pergi melawat sekolah sebentar untuk melihat TaeYeon memandangkan mereka sudah nak habis sekolah. Kebetulan Irene pun ada datang. Dia kata kat aku yang dia nak tulis kat baju aku. Aku bagi la. Aku ingat dia nak tulis apa. Rupanya dia tulis 'Irene ♥ YoonGi'. Aku terkejut la. Aku baru nak cakap yang aku suka TaeYeon, dia dah tutup mulut aku dan lari. Lepastu aku pergi ke ruangan kolam renang untuk ambil gambar sebagai kenangan tiba-tiba TaeYeon datang dan meluahkan perasaan dia pada aku. Aku cuba la tipu dia dengan menunjukkan apa yang Irene tulis kat baju aku ni, dia terkejut dan kemudian pergi. Tak sempat aku nak cakap yang aku tipu dia. Kris, tolonglah aku. Aku tipu dia ja." jelas YoonGi panjang lebar dan menangis.

"Petang ni kita pergi ke rumah dia. Ok ?" Cadang Kris.

"Kalau dia tak mahu keluar ?"

"Ikut dia la. Tu la kau, aku dah cakap. Jaga dia. Kau lagi menyakitkan hati dia."

"Hmm..." keluh YoonGi.

***

-di luar rumah TaeYeon -

"Yeobseyo ? Kim TaeYeon !" YoonGi mengetuk pintu rumah TaeYeon. Lama. Tiada siapa yang menyahut. Tiba-tiba..

"Nae ? Cari siapa ?" Omma TaeYeon membuka pintu.

"Err, TaeYeon ada ?" soal Kris.

"Kamu berdua siapa ?

"Kami senior TaeYeon di sekolah."

"Ohh, maaf ya. TaeYeon kata dia tidak mahu jumpa sesiapa buat masa ni."

"Kenapa ?" soal Kris.

"Molla. Dari balik sekolah tadi dia tidak bercakap dan tak turun makan." jelas omma TaeYeon.

"Oh begitu ya ? Err, tak pa lah. Kami pulang dulu. Kamsahamnida."

"Nae."

"Oh my. Macamana ni ?" YoonGi gelisah.

"Macam tu la. Kau yang buat, pandai kau tanggung."

'Hi readers ! Thank you for read my ff. Saya akan buat yang terbaik memandangkan cerita pun akan sampai ke penghujungnya.'



#SHZLINLOY

[C] My First Love in High School [Suga ff]Where stories live. Discover now