Malam itu,. TaeYeon menangis. Dia kecewa. Kecewa dengan perubahannya ke atas rakannya.
"Apa aku sudah buat ?! Aku lupa kawan aku ? Aku lupa hari jadi ? Sedarlah TaeYeon !! Tsk.. tsk.. " *tampar pipinya*
"TaeYeon-ahh !! Mari turun makan !!" Ommanya menjerit dari bawah kerana dari balik sekolah tadi dia tidak turun makan.
TaeYeon memekakkan telinga. Dia terus menangis. Tidak menghiraukan keadaan sekeliling.
'Bicheul sodneun sky.. geu arae seon ai.. ikkumkkudeusi fly.. My Life is a Beauty..'
Bunyi telefon TaeYeon berbunyi menandakan mesej masuk. Dia mengambil telefonnya yang berada di atas meja.
"Eoh ? Kris ?"
Lantas dia membuka mesej itu.
"Annyeong ?! Awak tidur belum ? Esok cuti kan ? Saya nak bawa awak untuk menyambut hari lahir YoonGi."
"Mwo ? Esok hari lahir YoonGi ?"
Lantas TaeYeon membalas mesej itu.
"Annyeong. Nae ^^ Esok ambil saya. Pukul berapa ?"
Tidak lama selepas itu..
"Esok malam. Pukul 8. Nae !"
"Lebih baik esok aku gembirakan hati sendiri. Mana tahu esok lusa aku boleh kuatkan diri untuk meminta maaf pada kawan aku ? Hmm.." bisik hati Taeyeon.
TaeYeon terus terlelap selepas dia membaca mesej Kris.
** esoknya.. -pagi-**
TaeYeon bersiap-siap untuk turun sarapan. Matanya bengkak akibat menangis seharian. Dia perlahan-lahan menuruni anak tangga itu.
Omma TaeYeon menyidai baju di ampaian ternampak TaeYeon dengan wajah lesu menuju ke meja makan.
"Eoh ? TaeYeon ! Kamu buat apa semalam ? Petang sampai malam kanu tak makan. Kenapa ?"
"TaeYeon tak lapar."
Dia menuju ke meja makan. Omma nya datang ke meja makan.
"Kamu kenapa ni ? Cuba cerita pada omma.."
"Takda apalah."
Omma nya merenung muka TaeYeon lama. Melihat mata anaknya bengkak.
"Kenapa dengan mata kamu ni ? Bengkak. Kamu menangis semalam ?"
"Anni !" TaeYeon cuba untuk menutup matanya.
"Kenapa ni ? Beritahu omma."
"Se.. semalam saya lupa hari jadi kawan saya. Dia marah kerana mengabaikannya." airmata TaeYeon menitis perlahan-lahan.
Omma nya memeluk TaeYeon sambil menepuk bahagian belakangnya.
"Sudah lahh. Nanti kamu cuba memujuk rakan kamu itu. Dah, jangan menangis."
"Nae. Omma, malam ni rakan senior saya ada sambutan hari jadi. Boleh saya pergi ??"
"Baiklah."
** malam itu.. **
Kris sampai di rumah TaeYeon.
"Ok. Awak dah siap ?"
"Dah."Kris terus membawa TaeYeon ke rumah YoonGi.
***
YoonGi terkejut melihat kehadiran TaeYeon.
"Ni mesti Kris jemput." detik hatinya.
YoonGi meluru ke arah TaeYeon sementara Kris pergi mengambil makanan.
"Annyeong." YoonGi menegur.
"Annyeong ^^ Selamat ulang tahun Min YoonGi ^^ "
"Eoh ? Kamsa..""TaeYeon, nah air awak. Ni saya bawakan sedikit makanan." Kris menghulurkannya kepada TaeYeon.
"Eoh, aku ?" YoonGi buat aegyo.
"Oh ? Tadi kau takda sini. So, aku amik kat dia je la. Mianhae -,-""Ahh, gwaenchana. Aku bergurau je. Haa, satgi ada tari menari."
"Nae ?? TaeYeon, sudi awak menari dengan saya ?" soal Kris.
TaeYeon teragak-agak untuk memilih sama ada Kris mahupun YoonGi. YoonGi seperti berharap TaeYeon menari bersamanya. Kris pula menunggu jawapan dari TaeYeon dengan perasaan gembira.
"Ya." TaeYeon terpaksa. Dia menyukai YoonGi tetapi terpaksa memilih Kris.
"Yeayy !!"
Acara tari menari dimulai.
Ramai yang hadir menari bersama pasangan.
TaeYeon dan Kris menari bersama. Akibat terlalu gembira, Kris mencium pipi TaeYeon. Kris senyum melihat TaeYeon malahan TaeYeon kaku.
*Acara sudah berakhir.*
"TaeYeon, terima kasih kerana hadir." ucap YoonGi.
"Nae ^^ "
Perasaan geram kepada Kris semakin membuak-buak akibat menciumnya tadi.
Kris menghantar TaeYeon pulang. Sampai sahaja di rumah TaeYeon..
TaeYeon ingin terus masuk ke rumah tetapi Kris panggil..
"TaeYeon. Terima kasih kerana sudi menari dengan saya tadi."
"Saya rasa lepas ni kita tidak perlu berjumpa lagi." kata TaeYeon.
"Ehh, awak ni kenapa ?"
"Sebab saya tak suka dengan awak lagi."
"Tapi kenapa ?"
"Keputusan saya muktamad ! Saya tidak mahu dengan awak lagi ! Terima kasih untuk semua ! Bye !" TaeYeon terus meluru masuk ke rumah.
"TaeYeon ..! Taeyeon ..!!!" Kris menjerit memanggilnya.
• Slow Update. Mian ..
° Vote [√]
° Comment [√]#SHZLINLOY
YOU ARE READING
[C] My First Love in High School [Suga ff]
RastgeleTaeYeon, seorang murid yang tidak disukai dengan beberapa orang murid. Akan tetapi dia menyukai YoonGi. Senior nya. Dalam diam, YoonGi pun menyimpan perasaan terhadap TaeYeon. Mampukah mereka bertahan untuk bersama suatu hari nanti ? Nantikan ! M...