Bab 1

2.8K 40 2
                                    

MATAKU terbuka perlahan. Silau yang memancar dari arah hadapan sedikit menganggu pandangan aku untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Mata yang silau aku gosok perlahan. Apa yang aku lihat menimbulkan ketakutan.

Aneh. Sejak bila bilik tidur aku ada pintu gelangsar yang besar gedabak macam ni? Aku di mana? Ni bukan bilik aku!

Dalam separuh mamai, aku berusaha mengingat semula perkara terakhir yang aku lakukan sebelum tidur.

Tiada. Nol.

Semalam aku tak bersiap untuk tidur macam selalunya.

Tapi semalam aku keluar ke McDonalds dan berjumpa. Ya, itu yang aku ingat! Jumpa Faris, kemudian...

Kepala terasa pening lalat. Rambut yang agak serabut aku raup kebelakang. Baru aku teringat.

Semalam, Faris cuba untuk mencumbui aku di tepi lorong restoran makanan segera. Kurang ajar punya lelaki! Dia fikir aku sejenis perempuan murahan apa?!

Alasannya untuk bertemu malam semalam kononnya nak beri pinjam novel thriller nya. Waktu novel bertukar tangan, tangan Faris mulai merangkul pinggang aku pantas, rapat dengan tubuhnya. Faris cuba memujuk aku untuk pulang bersamanya, dengan riak wajah yang nampak betul tengah terangsang. Jijik!

Aku cuba menolak tubuhnya, tapi sia-sia. Faris bukan lawan aku. Mana mungkin untuk aku lawan Faris, si atlet ragbi kampus. Dengan tubuh yang tinggi tegal begitu, apa saja lah dayaku nak melawannya.

Novel yang tak berapa tebal di tangan aku hayunkan laju mengenai pipi Faris. Sakit ditampar dengan novel, Faris berang lalu cuba untuk mencumbui aku secara paksa di tepi parit. Memang kurang akal mamat tu. Tepi parit pun ada hati mahu cuba mencabul.

Aku meronta-ronta dan tidak memberi kerjasama, akibatnya Faris telah menolak aku ke atas jalan. Geram aku kerana sakit punggung terhentak pada jalan tar yang berbatu kerikil. Kerana geram, aku campak novel kesayangan Faris masuk ke dalam parit yang mengalirkan air beraroma busuk dan menusuk rongga hidung. Baru puas sikit hati aku. Padan muka dia!

"Sial! Novel aku!"Faris berang.

Novel yang aku baling tu novel kesayangan Faris walaupun novel tu Faris beli guna elaun buku tahunan oleh kerajaan. Faris kemudian mendekati aku dengan wajah yang bengis. Aku yang masih terduduk di atas jalan tar apa lagi, terus bangun dan hadiahkan sepakan percuma pada senjata lelaki Faris, biar dia tahu rasa! Biar bengkak seminggu lagi bagus!

Faris menjerit kesakitan. Pastilah. Punyalah kuat aku sepak. Kemudian aku cuba lari dari Faris, tapi kerana luka di kedua lutut, aku tak dapat berjalan dengan betul dan tanganku direntap kuat dari belakang.

Papppppp!!!

Pipi kanan aku ditampar. Berdesing telinga, berdenyut pipi.

Papppppp!!!

Pipi kiri pula. Aku dalam tak stabil kerana hentakan di atas tar tadi cuba untuk berlari lagi, tapi Faris memegang kuat tanganku.

Mataku melilau-lilau kalau ada orang yang boleh aku meminta tolong. Tapi malang betul, lorong itu kosong tiada orang. Cuma beberapa kucing jalanan yang sedang duduk bersantai di tepi jalan.

Aku rentap tangan aku kuat dan pegangan Faris terlepas. Dan entah macam mana, Faris berjaya memintas aku, dan papppppp!!!

Aku cuma ingat pipi aku ditampar dengan kuat lagi, sehinggakan aku tersembam ke atas jalan.

Dan ketika itu dengan pandangan yang berbalam, aku ternampak Faris sedang dibelasah oleh seseorang dan mata aku terus terpejam, pengsan.

Dan pagi ini, aku ada di dalam bilik yang asing dan ianya berbau rose. Bilik aku juga berbau rose. Tapi mana mungkin ini bilik aku? Bilik ini jauh lebih ringkas dari bilik tidur aku.

CulikWhere stories live. Discover now