Bab 7

854 17 0
                                    

Aku dan Dennis turun di stesen Bukit Damai. Dennis berkeras mahu menumpangkan aku. Lelaki itu sudah bersedia hendak menukar gear sebelum menoleh memandang aku di sebelah kirinya.

"Kita nak ke mana?"Tanya Dennis.

Aku memasangkan tali pinggang keledar lalu membetulkan juraian rambutku.

"Rumah mae dan papa saya."Beritahu aku lantas senyum segaris. Dennis mengangkat keningnya. Mungkin sedikit keliru.

"Awak jalan aja. Saya guide."Tambah aku lagi. Dennis mengangguk faham.

Gear di masukkan, brek tangan di lepas lalu Ford Ranger Dennis meluncur laju dan tenang di atas jalan raya. Sesekali, Dennis menoleh memandang aku di sebelahnya. Aku tak tahulah Dennis sengaja memandang pemandangan di luar atau memandang aku. Tapi aku rasa dia memang sedang memandang aku. Sekali lagi, jangan cepat perasan Isabelle.

"Lebih kurang lima ratus meter lagi, ada satu simpang sebelah kiri. Awak masuk simpang tu."

Selepas kereta Dennis memasuki simpang di sebelah kanan, aku menyuruhnya untuk meneruskan pemanduan sehinggalah terjumpa satu kedai bunga di bahagian kiri jalan.

'Vee Garden.'

Kedai bunga yang akan aku singgah kalau aku ke rumah mae dan papa. Ford Dennis sudah pun diberhentikan di kawasan parkir kereta Vee Garden.

"Saya nak beli bunga. Awak tunggu kejap ya? Ke awak nak ikut sekali?"Ajak aku. Manalah tahu lelaki itu mahu turun sekali.

"Saya ikut lah."Kata Dennis lalu mematikan enjin kereta. Kami berjalan beriringan ke pintu masuk Vee Garden.

Masuk sahaja ke dalam kedai, aku terus di sapa Aunty Vee, pemilik Vee Garden. Bunga di tangannya terus diletakkan di atas meja kaunter lalu dia menghampiri aku.

"Icha! Apa khabar? Dah lama nya Icha tak datang kedai aunty..."Tanya Aunty Vee ramah. Pipi aku dan Aunty Vee berlaga.

"Saya sibuk sikit, aunty. Aunty apa khabar?"Tanya aku kepada wanita pertengahan umur itu. Seingatku, Aunty Vee aku kenali sewaktu umur aku lapan tahun. Aunty Vee merupakan sahabat karib mae di universiti dahulu. Wanita kacukan Cina-Portugis itu putih, berambut ikal, sedikit rendang dan berisi orangnya.

"Aunty sihat aja. Icha? Kenapa aunty tengok makin kurus? Astrid tak bagi Icha makan ke?"Ujar Aunty Vee berseloroh sambil menilik badan aku kiri dan kanan. Aku makin kurus? Iya ke?

"Eh, sama aja macam dulu Aunty. Mungkin perasaan aunty aja sebab dah lama tak nampak saya."Jawab aku. Aunty Astrid tak adalah kejam sangat sampai tidak beri aku makan.

"Icha nak bunga biasa?"Tanya Aunty Vee bila melihat mata aku yang melilau ke rak yang menempatkan pelbagai bunga-bungaan segar.

"Hmm... macam biasa. Tapi tambah baby breath lebih sikit ya, aunty?"Pintaku kepada Aunty Vee. Wanita berblaus lengan panjang warna hijau sage itu mengangguk dengan senyuman sebelum berjalan menuju ke deretan bunga hidup yang kelihatan segar bugar.

"Dah biasa datang sini?"Tanya Dennis secara menerjah dari belakang tiba-tiba. Aku mengurut dada kerana sedikit terkejut ada suara lelaki yang tiba-tiba menegur dari belakang. Terlupa sekejap yang aku datang ke Vee Garden bersama Dennis.

"Awak buat saya terkejut."Aku memandang Dennis dengan mata yang sedikit terjegil. Dia senyum segaris. Lucu agaknya bila melihat aku terkejut dengan sergahannya yang tiba-tiba.

"Maaf..."Dia senyum lagi. Kali ini lebih manis. Ya tuhan, ciptaan manusia di depan aku ini memang agak manis.

Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan pada deretan pameran bunga-bunga segar yang terletak di sebelah kanan aku, menghilangkan rasa gelora yang sedang berkocak dihati.

"Saya boleh dikira sebagai pelanggan tetap kedai ini. Setakat ini, saya tak pernah lagi pergi kedai bunga lain."Ujarku sambil mendekati deretan bunga-bunga. Vee Garden adalah kedai bunga yang pertama yang aku pergi, dan mungkin akan selamanya membeli bunga di sini.

"Awak suka bunga apa?"Tanya Dennis bila melihat aku yang agak asyik mencuci mata dengan bunga-bunga yang berderet tersusun. Aku menoleh memandang Dennis.

"Daisy, dan baby breath ."Aku senyum setelah memberitahu dua bunga kesukaanku itu. Kelopak bunga daisy aku sentuh dengan hujung jari. Kelopak bunga yang lembut membuatkan aku seperti sedang disimbah satu perasaan yang tenang.

"Macam mana dengan rose? Semua perempuan sukakan rose."Aku terhenti dari menyentuh kelopak daisy lalu memandang Dennis.

"Mana awak tahu semua perempuan suka rose?"

Dennis mengangkat bahunya.

"Hentam."

Aku tertawa kecil dengan jawapan Dennis.

"Saya kurang suka rose. Tapi, masih dalam kategori suka, sebab dia wangi."Aku kemudian berjalan mendekati deretan mawar yang beraneka warna. Dennis mengekori langkahku.

"Kenapa kurang suka rose? Kan baunya wangi."Dennis mendekatkan pucuk hidung mancungnya pada kelopak mawar merah. Ya, benar mawar berbau wangi. Sensasi harumannya memang satu keajaiban.

"Sebab rose berduri. Dia wangi, tapi berbisa. Kalau salah sentuh, boleh terluka."Wah. Aku rasa nak bertepuk tangan dan sekalian tergelak  dengan ayat aku sendiri. Macam orang sastera pula rasanya.

"Tapi, entahlah. Saya tetap suka pada daisy. Dia simple, tapi cantik."Aku memang suka pada daisy. Terlalu suka sampai kalau dia ada anak perempuan, mungkin akan akan menamakannya Daisy.

"Selain daisy dan baby breath, bunga apa lagi yang awak suka?"Tanya Dennis lagi. Aku dan dia sama-sama memandang deretan mawar, sekaligus menikmati wangiannya yang semerbak menerjah deria bau kami.

Belum sempat aku menjawab, Dennis memintas dahulu.

"Biar saya teka. Melur kan?"Tebak Dennis, dengan kedua kening yang sedikit terangkat memandang aku. Aku terdiam sekejap, lalu tersenyum automatis.

"Mana awak tahu saya suka melur?"Aku masih tersenyum kagum. Dennis ikut tersenyum.

"Hmm, mungkin instinct."Ujarnya.

"Icha, bunga dah siap!"Panggil Aunty Vee di kaunter pembayaran. Dua jambangan bunga eden rose dan juga daisy serta baby breath sudah siap terletak di atas meja. Cantik berbungkus kertas warna coklat muda dan berikat tali coklat halus di tangkai jambangan.

Aku baru mengeluarkan kad untuk membayar sebelum Dennis terlebih dulu menghulurkan kadnya kepada Aunty Vee. Aunty Vee pula sedikit ragu-ragu hendak mengambil kad kepunyaan aku atau Dennis.

"Biar saya yang bayar."Ujar Dennis kepada Aunty Vee. Aunty Vee senyum simpul memandang aku dan Dennis silih berganti. Dia kemudian mengambil kad Dennis. Aku jadi serba salah.

"Ada orang nak belanja, Icha. Tak baik tolak rezeki."Aunty Vee tersenyum mengusik.

Keluar sahaja dari Vee Garden, aku memberhentikan langkah Dennis dengan berdiri di hadapan lelaki itu.

"Dennis kenapa awak bayarkan? Kan bunga saya, jadi saya lah yang patut bayar."Kata-kataku menghentikan langkah Dennis. Dia melorotkan sedikit kaca mata hitamnya dibatang hidung, lalu tersenyum tipis.

"Saja."Jawab Dennis pendek, lantas terus melangkah mendekati keretanya. Aku jadi terpinga-pinga sekejap. Jawapan Dennis tak memuaskan hati aku langsung. Aku cepat-cepat masuk ke dalam kereta, mengikuti Dennis yang sudah masuk terlebih dahulu.

"Dennis, awak tak patut bayarkan. Lagipun bunga ni untuk mae dan papa saya."

"It's okey Dhamirah. I don't mind."Ujar Dennis lembut lalu memakai tali pinggang keledarnya.

Nama itu lagi. Kenapa Dennis suka memanggil aku Dhamirah?

"Tapi..."Aku tak sempat meneruskan ayat yang aku mahu ungkapkan, Dennis memotong dahulu.

"Anggap saya share bunga tu dengan awak. Okey? Noktah."Kedengaran agak diktator. Tapi diktator yang budiman... dan kacak. Dia tak meninggi suara, tapi hanya bercakap seperti biasanya. Nada nya tenang tapi tegas.

Kereta mulai bergerak ke jalan besar.

"Dalam lima ratus meter lagi, awak masuk simpang kanan."

Dan akhirnya aku pun kalah dengan Dennis. Pasal bunga sahaja pun padahal.

CulikWhere stories live. Discover now