Bab 5

910 21 0
                                    

"Tak faham betul aku Miss Dira tu mengajar. Ada ke..."Aku hanya mendengar sesi luahan rasa Jess ibarat angin lalu. Tangan gadis berkulit putih cina itu tergawang-gawang sambil bercerita. Aku hanya tersenyum sahaja mendengar cerita Jess.

"Tak patut sungguh la dia tu. Kan Belle?"Tanya Jess menutup sesi luahan rasanya. Kening dan dahinya yang tadi berkerut mulai normal kembali.

"Hmm..."Respon aku ringkas, dengan anggukan.

"Aku rasa nak komp..."Jess sambung lagi bercerita ketidakpuasan hatinya. Aku sebagai pendengar yang setia, hanya mampu mendengar. Hendak komen lebih-lebih, Miss Dira itu pensyarah aku. Bukanlah nak kata aku ni baik sangat tak mengumpat orang. Tapi semenjak umur menghampiri 'siri ketiga' ini, aku dah malas nak cakap-cakap pasal orang. Diri aku sendiri pun bukannya baik sangat, nak mengata orang pula.

Kecuali Aunty Astrid. Itu aku tak boleh lari nak cakap pasal dia.

"Weh aku lupa nak beritahu kau Belle!"Jess terjerit kecil. Matanya agak membulat memandangku.

"Apa dia?"Air muka Jess agak mendebarkan. Jess memandang ke sekeliling sebelum menarik aku duduk di kerusi depan makmal komputer.

"Kau tahu, hari tu Faris tak datang kelas tiga hari jugak lah."

Jantungku terasa direntap sekejap bila Jess menyebut nama Faris.

"Jadi? Kenapa dia tak datang kelas?"Soalku ingin tahu. Patutlah sejak kejadian malam itu, aku tak nampak kelibat Faris langsung.

Mata Jess melilau ke sekeliling lagi.

"Katanya mc. Tengok gaya macam kena belasah."Jess bersuara rendah.

Sekali lagi aku terasa jantungku direntap.

"Kena belasah?"

Jess mengangguk. Maksudnya malam itu teruk juga lah Dennis membelasah Faris sampai kena mc tiga hari?

"Aku tak tahu pulak kenapa dia kena belasah. Housemate dia si Naufal tu kata, demam jugak lah si Faris tu kena. Teruk juga la eh kalau sampai demam?"

"Teruk lah kut."Komenku acuh tak acuh. Aku terasa gatal mulut nak cerita pada Jess kenapa Faris dibelasah. Tapi rasanya macam nanti saja lah.

"Eh Belle, kau balik macam mana ni?"Tanya Jess.

"Naik public. Terasa nak naik public pulak hari ni, sebab dah lama tak naik kut"Jawab aku. Honda Jazz aku masuk 'hospital'. Tayar dah botak dan harus diservis. Aku tak sedar pun yang tayar dah botak, sehinggalah selepas petang semalam Pak John menegur keadaan tayar kereta aku selepas dia menolong mencuci keretaku yang sudah berdebu macam baru lepas masuk ladang sawit saja gayanya.

Biasalah. Perempuan kadangkala hanya tahu memandu sahaja. Maintenance kereta, buat acuh tak acuh.

"Kalau macam tu biar aku hantar kau aja lah?"Pelawa Jess. Aku membalas dengan senyuman segaris.

"No it's okay, Jess. Lagipun rumah kita lain arah. Menyusahkan kau aja."Alasan aku. Villa Khaleeda dibahagian selatan bandar, manakala rumah Jess terletak di utara bandar.

"Eh, aku tak kisah pun. Jom lah aku hantar kau balik."Pelawa Jess lagi. Aku menggaru pelipis yang tidak gatal. Memikir alasan terbaik untuk mengelak agar Jess tidak terasa hati.

"Tak apa Jess. Nanti kau sampai rumah lambat pula. Tak apa, lagipun kan public tu kenderaan kedua aku."Aku menyedapkan hati Jess. Lagipun, jalan pastinya sedang sesak kalau Jess balik dari menghantar aku nanti. Lagipun, aku nak ke satu tempat dahulu sebelum pulang ke rumah.

"Kalau kau berkeras juga, aku hantar kau sampai stesen aja. Okey?"Ujar Jess. Aku tak menolak pelawaan Jess yang itu sementelah stesen lrt satu arah saja dengan rumah Jess.

Selesai mengucapkan selamat tinggal kepada Jess, aku melencong sekejap ke gerai yang menjual pisang goreng. Zaman sekarang, terlalu banyak modifikasi dilakukan pada pisang goreng. Paling aneh, pisang goreng oreo mozarella. Ada ke patut pisang goreng yang sesuci embunan pagi itu dicemari dengan bahan-bahan yang aku rasakan tak kena tu? Pisang dan biskut oreo? No!

Yang sudah berevolusi dengan zaman kini, pisang goreng salut apa pun mereka kata sedap. Kadangkala, tak sedap pun tapi hype nya saja lebih. Lagi-lagi sekarang, ramai yang mudah terpengaruh dengan hype di media sosial.

Menurut aku, pisang goreng cuma sedap dimakan dengan sambal kicap. Diulang sekali lagi, sambal kicap. Jadinya aku meminta kakak yang menjual agar curahkan saja sambal kicapnya, tak perlu yang dipeket.

Bercerita soal sambal kicap, katanya hanya orang dari negeri Johor sahaja yang makan pisang goreng dengan sambal kicap. Itu pun Husna sahabat baik aku waktu di asrama yang cerita dulu.

Husna. Di mana dia sekarang ya? Mungkin sudah jadi manusia berjaya, tak seperti aku yang terkebelakang. Tanpa sedar, aku mengeluh mengenang nasib sendiri. Umur sudah hampir 28 tahun, tapi belajar tak habis lagi. Apa lah nasib.

Lamunanku pada Husna terhenti apabila kakak yang menjual pisang goreng itu memanggil.

"Dik? Ini pisangnya."Ujar wanita berbaju t-shirt biru gelap itu sebelum menghulurkan beg kertas berisi pisang goreng kepada aku.

Selesai membayar dan berterima kasih dengan kakak yang menjual pisang goreng, aku melangkah masuk ke dalam stesen lalu mendekati mesin menjual air. Not satu ringgit dan lima puluh sen dimasukkan lalu sebotol air mineral keluar dislot bawah mesin.

Lrt seterusnya dijangka tiba dalam masa satu minit lagi. Aku cuma terpacak berdiri sahaja memandangkan tren bakal tiba sekejap lagi. Sedang aku ingin fokus mahu mencucuk potongan pisang goreng, terasa ada seseorang yang berdiri di sebelah aku. Tanpa memandang siapa di sebelah, aku meneruskan agenda aku untuk melantak pisang goreng.

Bila potongan pisang goreng itu dikunyah, sensasi rasa karamel pisang dan bater yang rangup tu sangatlah menyelerakan. Satu kunyahan akan buat kita rasa nak kunyah untuk berkali-kali lagi. Saat aku sedang enak mengunyah, tren semakin menghampiri platform. Aku bergerak selangkah ke hadapan. Orang sebelah aku juga bergerak sama, beratur di belakang aku.

Masuk-masuk sahaja ke dalam perut tren, nasib aku baik kerana ada banyak lagi tempat duduk yang kosong, kerana jam baru pukul 3 setengah petang. Warga pejabat tak pulang lagi.

Duduk berhadapan dengan tingkap, lebih syahdu makan pisang goreng sambil menjamu mata dengan pemandangan di luar sana.

Dari ekor mata aku perasan, orang yang berdiri sama dengan aku masa menunggu tren tadi juga duduk di sebelah aku. Aku tahu kerana tadi terpandangkan kasut manusia itu. Sneakers warna navy blue. Tiba-tiba, aku jadi seram sendiri. Dari saat menunggu tren, sampai sudah duduk dalam tren, orang sebelah ini asyik ada di sebelah. Padahal, terlalu banyak lagi tempat kosong. Jangan-jangan, orang sebelah aku ni ada agenda nak ragut pisang goreng aku tak?

"Hai."Tegur orang di sebelah aku tiba-tiba. Aku tak mempedulikan, malah makin enak mengunyah pisang goreng walaupun dalam hati ada rasa insecure sedikit. Tapi aku rasa macam pernah dengar suara yang baru menegur ini. Siapa ya?

"Hai, Dhamirah."Ucap orang sebelah aku sekali lagi. Aku menelan lambat-lambat pisang goreng yang sudah lumat dikunyah.

Dhamirah? Dia panggil aku Dhamirah? S

Aku menoleh ke kiri. Terkesima sebentar.

Dia rupanya! Patutlah macam pernah dengar suara. Jumpa lagi akhirnya.

CulikWhere stories live. Discover now