Bab 8

778 16 0
                                    

Lima ratus meter dari Vee Garden, ada satu simpang di sebelah kanan. Dari simpang itu, tiga ratus meter lagi, terletaknya 'rumah' papa dan mae.

Aku berjalan dahulu, di ikuti Dennis di belakang aku. Dari kejauhan, aku tiba-tiba terimbas akan memori aku, mae dan papa yang tersenyum riang ketika kami bersama-sama bermain layang-layang di Pulau Redang. Sampai sahaja di hadapan dua blok batu itu, aku tersenyum segaris.

"Mae, papa... Icha datang."Ucap aku perlahan.

"Oh, hari ini Icha bawa kawan. Namanya Dennis. "Aku memperkenalkan Dennis. Aku tahu perbuatan aku tak relevan berbicara dengan kuburan. Aku menoleh memandang Dennis.

"Dennis, ini lah rumah mae dan papa saya."Senyum. Tapi senyum itu terasa kelat.

"Saya ingat awak memang nak pergi rumah. Rupanya... "Aku tahu pasti apa yang Dennis fikirkan. Dia pasti ingat aku akan membawanya ke sebuah rumah.

"Ini rumah mereka sekarang."Aku melabuhkan punggung pada blok batu di antara kubur papa dan mae.

Dah lama rasanya aku tak melawat kubur mae dan papa. Terakhir kali aku datang ke sini ialah pada enam bulan yang lalu. Lepas itu, aku sudah mula sibuk dengan pembelajaran di kampus. Terkadang sampai terlalu sibuk, aku terlupa pasal mereka berdua di sini.

Jambangan eden rose aku letakkan di kubur mae, manakala jambangan daisy dan baby breath aku letak di kubur papa . Aku terbayangkan mae yang suka dengan jambangan bunga pemberian aku. Eden rose, ataupun Rosa 'Eden' merupakan bunga kegemaran mae. Kerana itulah, setiap kali aku datang ke sini aku akan memesan bunga yang sama dengan Aunty Vee.

"Maafkan Icha sebab sibuk sampai terlupa pasal mae dengan papa."Aku mulai berbicara sendiri walaupun hakikatnya mereka tak akan pernah dengarkan bicara aku. Sudah berbeza alam, mana mungkin untuk kami berbicara seperti dulu lagi.

"Icha okey, villa pun okey. Northern, nampaknya macam okey."

The Northern. Syarikat papa yang kini diambil alih oleh Aunty Astrid. Dalam surat wasiat papa, The Northern sepatutnya diserahkan kepada aku pada hari jadi aku yang ke dua puluh tujuh. Tapi kerana kejadian hitam itu, aku terpaksa dan 'dipaksa' menangguhkan rancangan untuk mengambil alih syarikat.

"Aunty Astrid macam biasalah, sibuk kerja. Icha harap dia tak ada rancangan apa-apa untuk Icha."Entah kenapa, aku dapat rasakan yang Aunty Astrid ada merancang sesuatu berkaitan dengan aku. Tapi itu mungkin perasaan aku sahaja.

"Icha rindu... Kadang-kadang Icha doa supaya mae dan papa muncul dalam mimpi Icha. Tapi mae dengan papa tak pernah muncul."Bicaraku hampir berbisik, tersenyum pahit. Mulalah mata terasa panas tiba-tiba. Tanpa sedar, mata sudah bergenang. Tak mahu rasa sedih berlarutan, aku putuskan untuk beredar segera dari kubur.

"Mae, pa... Icha balik dulu. Nanti Icha datang lagi..."Batu nisan mae dan papa aku usap perlahan sebelum mengangkat punggung untuk berdiri. Tanpa menoleh ke belakang seperti selalunya, aku terus berjalan meninggalkan kawasan perkuburan.

Sampai di tepi Ford Dennis, pipi yang dah basah dengan air mata aku kesat cepat-cepat. Tapi, malangnya air mata aku tak mahu berhenti pula. Kenapa aku terasa sedih sangat ya? Mungkin kerana sudah lama tak mengunjungi pusara papa dan mae.

"Isabelle? Are you okey?"Suara Dennis di belakang. Pipi aku kesat laju-laju, mahu menghilangkan kesan basah air mata. Tiba-tiba sahaja, susuk tubuh Dennis sudah pun berdiri di depan mata.

"Awak okey?"Tanya Dennis lagi bila soalannya yang pertama tadi aku tak jawab. Aku mengangguk perlahan.

"Saya okay aja. Kenapa?"

"Awak pasti awak okay? Because you seems not."Ujar Dennis sambil matanya merenung segenap wajahku. Aku berpaling ke kiri sedikit.

"Saya okey."Jawab aku dengan suara yang bergetar sedang menahan sebak di dalam dada. Aku berdehem, cuba menutup getaran suara aku tadi. Dada rasa sebak, mata kembali hangat.

Tapak tangan kanan cepat aku bawa menutup mata. Kenapa dengan aku hari ini? Dah bertahun aku latih diri aku supaya tidak akan menangis. Hari ini aku kalah? Di depan lelaki pula tu?

"You're not okay."Tanganku yang menutup mata di alihkan Dennis lembut. Mata yang basah tak dapat lagi aku sembunyikan. Orang terakhir yang nampak aku menangis ialah Mak Jah, setahun yang lalu ketika ulang tahun aku yang ke dua puluh tujuh.

"It's okay to cry."

Aku ketap bibir. Dennis secara tidak sengaja telah membuat hati aku bertambah hiba.

Ya memang benar, aku tengah bersedih. Tak pun, sebenarnya air mata aku dah terlalu lama tersimpan dalam kilang air mata. Dan hari ini, kilang air mata aku banjir kerana tak dapat menampung air mata aku yang dah lama terpuruk.

Aku rasa lebih tepatnya, bukan air mata. Tapi hiba yang sudah lama tersimpan dalam dada. Dan hari ini hiba itu meletus.

"Rindu?"Tanya Dennis gemersik.

Angguk. Ya, aku rindu. Rasa sepi itu datang lagi. Sebelum ini aku dapat tepis jauh-jauh perasaan itu kalau dia datang. Tapi, hari ini aku gagal sepenuhnya.

Aku dapat rasakan hidung aku semakin panas. Begitu juga dengan pipi. Rasanya mungkin pipi dan hidung aku sudah bertukar kemerahan. Dada rasa ketat dan berat, seperti di letakkan satu bebanan.

Dan sekelip mata, aku dipeluk erat. Bau perfume maskulin jelas menerjah deria bau aku. Sejurus itu, aku dapat rasakan belakang kepala aku digosok lembut.

"Let it out. Kalau pendam, nanti makin sakit."Ucapnya. Kata-kata Dennis memang benar. Tahan diri dari menangis itu sangatlah sakit. Dada rasa nak pecah. Dan sakit itu hanya boleh dikurangkan dengan hanya menangis. Telan ubat beratus biji pun, tak akan hilang berat di dada.

Perlahan tangan aku lingkarkan pada tubuh Dennis. Malu aku tolak tepi. Aku perlu seseorang untuk dipeluk dan disandarkan kepala.

"I just miss them."Gumam aku perlahan. Dennis mengusap-usap belakangku, menenangkan aku yang sedang beranak sungai di pipi. Usapannya secara tidak langsung menenangkanku.

"Tahu, saya faham...."Dia memang mengerti. Bukankah dia juga seperti aku, sebatang kara? Pastinya dia tahu apa yang aku rasa saat ini. Sepi tak berpenghujung.

Entah berapa lama aku memeluk Dennis di tepi keretanya sebelum aku tersedar yang perbuatan kami itu salah. Aku kelam kabut melepaskan pelukan. Hangat segera menyerbu ke wajah.

"Sorry. Tak pasal-pasal baju awak basah dengan air mata saya."Ucapku, malu. Baju Dennis aku sentuh, mengesat bajunya seolah-olah bekas air mata aku akan kering dengan hanya berbuat begitu.

Dennis menangkap tanganku, membuatkan mataku pantas tertancap pada matanya. Canggung terasa bila tatapan kami bertembung.

"Dah okay?"

Aku tersenyum tipis, tawar. Kepala mengangguk perlahan.

"Temankan saya dinner?"

Soalan Dennis membuatkan ruang canggung antara aku dan dia terhapus perlahan-lahan. Aku tersenyum segaris lalu mengangguk.

CulikWhere stories live. Discover now