Bab 4

1K 22 0
                                    

Hari ini aku pulang lewat sedikit dari kampus walaupun hari ini hari jumaat. Ada kerja tambahan yang perlu diselesaikan bersama Jess di perpustakaan. Sampai sahaja di bilik, beg kanvas aku letak atas meja belajar, lalu aku hempaskan tubuh di atas katil. Penatnya!

Tapak tangan sebelah kanan aku bawa memegang dahi. Hari ini rasa penat betul. Rasa macam habis tenaga kena sedut dengan mesin hampagas. Nak mandi pun rasa tak larat. Kalau tak fikirkan badan yang dah berlengas dan melekit, dah lama aku tidur tanpa perlu mandi dahulu.

Sebelum bangun untuk mandi, pintu gelangsar aku buka luas-luas. Seharian bilik bertutup buatkan aroma lavender berbau tak segar. Rasa macam sedang cium pewangi direct terus ke hidung. Perlukan sedikit udara segar untuk sesuaikan bau di dalam bilik.

Aku kemudian melangkah ke balkoni, nak menjenguk kaktus dan orkid aku.

Sedang menjamu mata dengan pemandangan di balkoni, tiba-tiba baru aku perasan, Audi hari itu ada terparkir di bawah. Tetamu aneh Aunty Astrid datang lagi ke? Tanpa mempedulikan kedatangan tetamu aneh itu, aku terus berlalu ke bilik air. Mandi!

Selepas mandi, badan automatis jadi lebih segar sedikit. Aku berkira-kira hendak turun ke dapur sebelum langkah aku dihalang oleh Erna, pembantu villa.

"Cik Icha, nak ke mana?"Erna memaut lenganku. Erna sahaja yang memanggil aku 'Cik Icha'. Waktu mula Erna bekerja di rumah ini, aku sudah beberapa kali menegurnya agar memanggil aku 'Icha' sahaja. Tapi nampaknya Erna lebih selesa memanggilku 'Cik Icha'.

Erna baru empat tahun bekerja di Villa Khaleeda. Mak Jah tukang masak dan Pak John pemandu merangkap tukang kebun pula sudah bekerja dengan mae dan papa semenjak aku kecil lagi. Jadi mereka berdua sudah biasa memanggil aku Icha. Mak Jah dan Pak John sudah aku anggap seperti mak cik dan pak cik aku sendiri.

"Icah nak pergi dapur, lapar nak makan. Mak Jah masak apa hari ini?"Tanya aku alang-alang si Erna ada di sini.

"Mak Jah masaknya tom yam campur, daging blekpeper, ayam goreng kunyit, telur dadar, sama kailan ikan masin, Cik."Beritahu Erna. Tangannya masih memaut lengan aku lembut. Banyak pula lauk Mak Jah masak hari ni. Makin berkeroncong perut aku jadinya.

"Aunty Astrid tak bagi saya turun ya?"Teka aku. Pasti tekaan aku tepat seratus peratus.

"I...iya, Cik. Katanya, kalau Cik mahu apa-apa, tinggal cakap sama saya saja."Ujar Erna sedikit tergagap dengan telo Indonesia nya. Aunty tak kasi dia turun mesti sebab kehadiran tetamu aneh tu. Takut sangat aku sibuk hal dia.

Telefon di dalam poket seluar Erna berbunyi. Pasti Aunty Astrid yang memanggil. Erna berpamitan dengan aku sebelum dia turun ke tingkat bawah. Sementara menunggu masa untuk turun, aku membelek-belek majalah di atas meja kopi.

"Cik, sudah boleh turun."Beritahu Erna. Aku meletak kembali majalah di atas meja lalu turun ke bawah.

"Icha, nak makan?"Sapa Mak Jah bila terpandangkan aku yang baru masuk ke dapur. Wanita pertengahan abad itu sedang membereskan meja makan.

"Nak! Lapar gila ni Mak Jah. Tadi Aunty makan dengan siapa Mak Jah?"Tanya aku. Mak Jah tidak menjawab pertanyaanku, cuma dihulurkan gelas yang berisi jus lemon kepada aku.

"Madam ada tetamu tadi."Jawab Mak Jah ringkas, lalu berpamitan untuk masuk ke dapur belakang. Mungkin Mak Jah tak mahu bercerita lebih. Special betul ya tetamu Aunty tu? Siap ajak dinner sekali. Bakal suami dia ke?

Lepas makan malam sorang-sorang macam biasa, aku terus naik ke bilik. Rutin aku yang agak bosan. Malam-malam jumaat begini nak keluar lepak dengan kawan pun, aku malas.

Kawan?

Heh, kawan aku boleh kira dengan sebelah jari tangan. Itupun tak sampai sepuluh. Jess sajalah pun kawan yang aku agar rapat buat masa sekarang. Ifand juga kawan aku, tapi kawan yang tidak berapa rapat. Aku ni jenis susah sikit nak berkawan dengan orang. Kena ada chemistry dalam hati baru boleh berkawan. Bukannya tak ada kawan lain, tapi mereka semua sudah ada kehidupan masing-masing. Tak macam aku yang tertinggal 'keretapi'.

Di kampus pula, aku bukannya sombong. Tapi tak ada rasa nak menambah kawan.

Kera sumbang? Itu komen biasa... Ada aja mulut-mulut busuk yang mengata aku macam tu. Biarlah, mulut orang. Lantak dia orang lah nak cakap apa pun.

Teringat pasal tetamu Aunty Astrid tadi, aku berfikir sekejap. Tetamu nya yang ini macam istimewa sedikit. Special lain macam. Aunty jarang ajak orang luar untuk makan malam sekali di villa. Setahun sekali, Aunty Astrid akan buat majlis rumah terbuka hari raya di villa. Masa tu lah semua kenalannya akan datang. Kalau setakat makan malam biasa, Aunty memang tak pernah bawa orang makan ke villa. Aku rasa, tetamu Aunty Astrid tu mungkin kekasihnya.

Dia kan muda lagi. Muda ke kalau 38 tahun? Umur kan cuma angka. Lagipun Aunty Astrid tak kelihatan seperti wanita lewat 30-an. Rata-rata orang akan meneka umurnya dalam awal tiga puluhan.

Fikirkan pasal Aunty Astrid, aku jadi risau sendiri. Kalau dia kahwin, maknanya...

Malas nak berfikir, aku segera bangun dari baring lalu segera ke bilik air mencuci muka. Mata dah mengantuk!




Aku baru mahu membayar roti bakar dan cappuccino di kaunter Vols bila terdengar nama aku dipanggil separuh menjerit dari belakang.

"Belle!"

Aku memusingkan tubuh. Dah agak dah Jess yang panggil. Suara lembut Jess tu senang aja nak dikenal pasti.

"Belle! Jangan bayar dulu!"Jess semakin mendekat ke arah aku yang berdiri di depan kaunter.

"Kenapa? Kau nak bayarkan ke?"Aku meneka. Jess memang suka belanja aku. Anak businessman berjaya macam dia tu, setakat belanja makan apa lah sangat. Celah gigi sahaja.

"Ya aku belanja..."Ujarnya dengan nafas yang sedikit tersemput. Nak menuju ke kafe Vols ni harus naik tiga puluh anak tangga dahulu.

"Tambah satu set french toast dengan strawberry milkshake ya. Oh ya! Tambah lagi satu set spicy cheesy wedges."Ujar Jess kepada si juruwang.

Aku dan Jess mengambil tempat di favourite spot kami, di tepi tingkap dan menghadap padang. Sebenarnya itu favourite spot aku. Tapi sejak Jess berkawan dengan aku, Jess juga sudah jadikan tempat itu sebagai favourite spot nya.

"Oh ya! Tadi Ifand cari kau, Belle."Ujar Jess setelah dia melorotkan beg nya di kerusi.

Aku mendongak sedikit memandang Jess.

"Oh."Balas aku pendek. Malas hendak panjangkan topik bersangkut paut dengan Ifand. Rasa rimas.

"Oh je?! Belle, kau tak nampak ke dia suka dekat kau?!"Aku hanya beriak biasa dengan soalan dari Jess yang bernada teruja. Mungkin kerana tak suka dengan Ifand. Maksud nya, untuk suka lebih daripada kawan, aku memang tak boleh.

"Nampak..."Seketika kemudian, bunyi loceng beserta nama Jess dilaungkan dari kaunter. Jess bangun dari duduknya lalu mengambil makanan pesanan kami yang sudah siap. Jess kembali dengan dulang berisi makanan. Aroma roti bakar membuatkan perut aku semakin berkeroncong dan bergendang irama Malaysia dan dangdut! Lapar!

"Then?"Tanya Jess tiba-tiba lalu menarik gelas strawberry milkshake ke arahnya.

Aku memandang Jess pelik. Tak memahami soalan gadis putih gebu itu.

"Apa yang then?"

Jess menepuk dahinya perlahan, sebelum menyedut strawberry milkshake nya.

"Kau tak suka Ifand ke?"Tanya Jess lagi. Aku hanya menggelengkan kepala perlahan dengan sengihan di bibir.

Sebab aku rasa nak suka orang lain.

Siapa agaknya?

CulikWhere stories live. Discover now