Bab 14

1K 22 11
                                    

Sudah dua hari sejak aku mula bercuti semester. Somewhere I Belong - Linkin Park sedang beralun di corong speaker. Sesekali aku ikut menyanyi perlahan sambil meratakan serum pada hujung rambut yang baru aku trim pagi tadi. Jarum jam baru menunjukkan jam sepuluh pagi. Matahari masih malu-malu menyinar kerana awan yang melindung.

Lagu yang tadinya dimainkan aku matikan lantas terdengar rendah suara Pak John sedang menyanyi di halaman bawah. Lelaki pertengahan abad itu memang gemar menyanyi sambil melakukan kerjanya.

Pintu gelangsar yang terbuka separuh aku buka habis, membiarkan udara-udara luar memasuki bilik. Di bawah sana, kelihatan Pak John sedang memangkas pokok hiasan di susur gajah ke pintu utama villa.

''Cinta apakah tandanya, jika engkau mempermudah kata saja...''

Pak John memang klasik. Lagu yang sudah berabad lamanya masih dia nyanyikan. Lagu ketika zaman hiburan masih monochrome tiada variasi warna, hanya hitam putih. Sesekali, Pak John dan Mak Jah berduet bersama. Bibirku tersungging senyum. Sweet juga mereka berdua ni. Dah masuk usia emas pun mereka masih lagi mesra seperti pasangan muda.

Aku hanya memerhati gelagat Pak John dan Mak Jah dari balkoni bilik. Dari sini, aku dapat dengar dengan jelas perbualan mereka di bawah sana. Almaklumlah, umur mereka sudah lebih dari separuh abad. Kalau bercakap harus dibesarkan volume suaranya, barulah jelas tanpa perlu diulang siaran.

"Jah, jadi kan madam tak ada dua minggu nanti? "Soalan Pak John membuatkan aku semakin menajamkan telinga.

Aunty tak ada dua minggu? Dia nak pergi mana? Kenapa aku tak tahu?

Mak Jah terhenti dari menyiram bunga kertas.

"Katanya jadi. Lusa pagi-pagi lagi bertolaknya."

Wah. Pesta besar aku kalau dia tak ada dalam villa ni. Laju saja aku berlari turun ke bawah, menyertai mereka yang lain di laman.

"Aunty nak pergi mana Mak Jah? "Soal aku terus, membuatkan tiga pasang mata memandang aku serentak. Mak Jah mengerling Pak John sesaat sebelum memandang kawasan sekeliling, seperti mengawasi sesuatu.

"Madam ke luar negara, Cha. Ke London katanya ada urusan penting."Kata Mak Jah dengan suara sedikit rendah, seperti berjaga-jaga sahaja gayanya.

Aku mengangguk perlahan lalu duduk di bangku batu sebelah.

"Aunty ke sana dua minggu, Mak Jah?"Aku tanyakan, ingin kepastian kalau Aunty Astrid betul-betul tiada untuk dua minggu.

"Katanya macam tu lah..."Jawab Pak John lalu duduk di hadapan aku. Riak wajahnya kelihatan sedikit teruja. Barangkali kerana ketiadaan Aunty Astrid nanti.

Aku menoleh ke kiri, ke arah Erna yang duduk di sebelahku dengan penyapu di tangan.

"Cik pasti suka ya, madam nya tidak ada di rumah?"Erna tersenyum memandang aku. Aku tersenyum tipis.

"Ya suka lah, Erna. Saya jadi bebas! Macam burung! Terbang ke sana, ke sini... "Dalam kepala aku sudah terbayang-bayang 'kebebasan sementara' aku nanti. Kena rancang betul-betul! Tak sabarnya!

"Mak Jah, Pak John, Erna tak cuti ke sementara Aunty tak ada dua minggu ni?"

Semua memandang aku.

"Apa bisa Cik?"Tanya Erna. Matanya bersinar-sinar memandangku.

"Ya pasti bisa, Erna! Kampung kamu dekat aja dekat Batam tu. Perjalanan tak sampai sehari dah ada dekat kampung. Tak nak ke cuti? Mak Jah? Pak John? Tak nak balik kampung?"Aku pandang pula Mak Jah dan Pak John.

"Kalau boleh cuti lama, teringin juga nak balik kampung. Pak John dengan Mak Jah pun dah lama tak balik."Ujar Pak John.

"Tapi kalau kami cuti, Icha nak duduk dengan siapa?"Mak Jah berwajah risau, aku tertawa.

CulikWhere stories live. Discover now