Bab 2

1.3K 23 1
                                    

SELEPAS sarapan, aku berkira-kira mahu pulang saja memandangkan ada urusan apa lagi aku harus tinggal di rumah Dennis.

"Dennis... Saya rasa saya balik dulu lah."Ujarku kepada Dennis yang sedang menilik sesuatu pada skrin telefonnya. Dennis mengangkat kepala, memandang aku.

"Dah nak balik?"

Aku mengangguk. Rasa janggal pula duduk berdua dengan lelaki yang baru aku kenali beberapa jam ini. Tak pernah aku buat!

"Stay la sekejap. Lunch dulu?"Pelawa Dennis. Aku berlawan dengan kehendak diri sendiri. Aku mahu balik rumah, tapi pada masa yang sama terasa nak duduk lama sikit dengan Dennis. Ah, kalau aku pulang rumah pun, bukannya ada benda nak dibuat. Lagi-lagi bila terbayang muka Aunty Astrid, makin aku terasa malas nak balik. Pasti banyak soal nya nanti kenapa tak balik rumah semalam.

"Errr... Saya rasa dah banyak susahkan awak. Mungkin lebih baik saya balik dulu."Dalih aku. Lagipun, tak elok untuk seorang gadis duduk berdua-duaan dengan seorang jejaka. Tak manis.

Dennis memandang aku dengan senyuman senget. Hish dia ni! Menggoda pula.

"Apa yang awak merepek ni, Dhamirah. Tak menyusahkan langsung. Lunch dulu dengan saya, nanti saya hantar awak balik rumah."Dennis dah meletak telefonnya nya di atas meja kaca lalu mengangkat punggung dari beanie bag gedabak tu.

"Saya nak ke dapur. Preparing for lunch."Dennis dah berjalan beberapa langkah melepasi aku, sebelum aku pantas mengejar langkahnya yang panjang. Dengan tinggi mungkin sekitar 185 cm, satu langkahnya mungkin bersamaan dengan tiga langkah kaki aku.

"Nak ikut?"

"Sure! "

Aku dan Dennis kemudian sama-sama masuk ke dapur rumahnya yang agak besar tu. Beberapa barang dikeluarkannya dari peti sejuk.

Melihat lelaki itu mulai bekerja, aku agak kagum dengan Dennis. Tangan dan jari-jemarinya sangat cekap dan teratur dalam membuat kerja di dapur. Aku jadi malu sendiri. Skill memasak aku tak adalah sehebat Dennis. Potong bawang saja hentam keromo asalkan yang di potong itu bawang, bukannya lobak. Menurut aku, bawang tu sesuatu yang tak berapa nampak di dalam satu masakan, jadi tak perlulah nak dipotong cantik-cantik. Buang masa sahaja bukan? Hah, dasar pemalas!

Berbeza pula dengan Dennis. Caranya memotong bawang membuatkan aku mengelamun sekejap. Potongannya kemas dan teratur. Oh ya, juga pantas. Dia menghiris bawang nampak macam sedang menghiris angin sahaja gayanya.

"Awak nampak cekap buat kerja dapur."Aku memuji ikhlas. Tak ada unsur penipuan mahupun tokok tambah.

"Ini kan basic skill. Semua orang pun boleh."Jawab Dennis, sambil memotong lada benggala pula. Cantik dan kemas potongannya.

"By the way, awak nak masak apa?"Tanya aku. Mata aku larikan ke arah kaunter pulau. Ada bebola daging, daging cincang, parsley dan banyak lagi yang aku tak sempat tilik. Macam nak masak spaghetti bolognese.

"Makan spaghetti bolognese kan?"Tanya Dennis yang dah sudah dengan potongan lada benggala. Lada benggala yang sudah siap dipotong dimasukkan ke dalam mangkuk kaca kecil.

"Makan!"Spaghetti bolognese, makanan yang paling mudah disediakan dengan adanya sos pasta segera. Tapi dulu mae sering menyediakan sos bolognese sendiri. Aku saja yang malas mahu masak sos bolognese walaupun resipi mae tersisip kemas dalam kepala.

"Itu favourite saya. Awak pun?"Tanya Dennis. Aku menganggukkan kepala laju.

"Nak saya tolong apa-apa tak?"Tanyaku. Tak sedap pula kalau jadi penonton saja di dapur. Dah macam 'mem' besar pula kalau macam tu.

"Tak perlu. Awak tu tetamu. Biar saya aja yang masak."Ujar Dennis. Tangannya sudah mencapai peket bebola daging di sebelah sinki.

"Saya rasa tak proper."Aku mendekati Dennis di tepi sinki. Ternampak bekas kecil berisi tomato ceri, aku terus ambil dan bawanya ke tepi sinki.

"Okey kalau macam tu, awak boleh tolong basuhkan tomato ceri tu."Arah Dennis, mungkin memahami aku yang tak selesa berdiam sahaja sedangkan dia sibuk hendak memasak.

"Awak nak berapa banyak, Dennis?"Tanyaku kepada Dennis yang sedang memanaskan kuali. Dia mengerling aku sekejap, lalu menjawab.

"Ikut suka awak, saya tak kisah."Dia senyum lagi. Sepanjang empat jam aku mengenali Dennis, aku boleh simpulkan lelaki itu seorang yang pemurah dengan senyuman. Sangat pemurah, jika nak dibandingkan dengan diri sendiri.

Aku membasuh tomato ceri sebanyak yang aku rasa cukup. Mungkin terlebih sikit, sebab aku memang suka tomato ceri.

Dennis mula menggoreng bebola daging tanpa minyak. Aku hanya duduk memerhati di seberang dapur elektrik. Perhatikan satu-satu apa yang lelaki itu buat. Segalanya tentang Dennis, aku tiba-tiba rasa menarik. Aduh! Apa kena dengan kau ni Isabelle?

Tak sampai setengah jam, spaghetti bolognese sudah siap terhidang di atas kaunter pulau. Kami memutuskan untuk makan di situ sahaja.

Suapan pertama spaghetti ke mulut, aku terdiam kejap sambil perlahan-lahan mengunyah. Spaghetti buatan Dennis... Sedapnya! Nampaknya lelaki ini memang berbakat dalam masakan. Termalu sekejap dengan Dennis kerana aku yang perempuan pun tak hebat sangat memasak.

Masa makan pula, mata aku nakal asyik curi-curi memandang Dennis. Biasalah, manusia kan suka memandang sesuatu yang cantik.

Aku memerhatikan cara dia memusing spaghetti dengan garfu lalu garfu dibawa ke mulut. Spaghetti nya dikunyah perlahan. Sisa sos bolognese yang comot di tepi bibir, dia bersihkan dengan ibu jari kirinya. Kan bagus kalau dia bersihkan sisa sos di tepi bibirku macam tu juga.

Nampaknya Isabelle memang sudah tercicir akal!

CulikWhere stories live. Discover now