Bab 11

735 19 0
                                    

Sebulan yang agak kekok tanpa kereta sendiri. Tapi mujurlah ada Nadim, sepupu dua kali aku. Nadim bermurah hati meminjamkan aku keretanya sementara dia bercuti lama ke luar negara. Mulanya dia menawarkanku meminjam Mazda CX 5 nya tapi aku tolak. Aku memilih untuk meminjam 'King of the Road' nya sahaja. Myvi!

Lagipun aku tak berapa berani nak meminjam kereta nya yang mahal. Kalau ada apa-apa, susah teruk aku nanti.

Berkenaan kereta aku pula, baru semalam pihak bengkel kata, kereta aku mungkin akan siap dibaiki dalam tempoh seminggu lagi. Lega sikit dengar. Bukan apa, aku tak berapa selesa meminjam harta benda orang lain. Lain feel nya dengan bawa kepunyaan sendiri.

Oh ya! Sejak kemalangan tempoh hari, Dennis rajin bertanyakan aku. Dan sejak kemalangan itu juga, hubungan aku dan Dennis menjadi agak rapat. Aku juga agak senang berkawan dengannya.

Kelas tamat. Dewan kuliah sudah mulai lengang. Masing-masing sudah beransur keluar dari dewan.

"Finally, habis juga kelas sem ni!"Ujar Jess riang. Dia nampak gembira betul bila Prof Linda umumkan kelas dismissed tadi.

Tapi kelas Prof Linda hari ini aku mengantuk pula. Mengantuk yang jenis tersengguk-sengguk pula tu! Nasib baik hari ini aku duduk di bahagian tepi dan sedikit tersorok dari pandangan Prof Linda. Dan nasib baik juga Prof Linda tak perasan aku yang sedang syok 'berzikir'. Kalau nama kena panggil tadi tak ke malu berhasta-hasta?

"Nak makan dekat mana ya hari ni?"Jess bertanya kepadaku yang sedang membereskan barang masuk ke dalam beg. Aku memandang Jess sekejap, lalu mengangkat bahu.

"Vols?"Cadang aku. Senang. Tak payah fikir-fikir lagi.

"Kita makan dekat luar nak? Vols dah bosan lah..."Jess pula yang mencadangkan. Aku ikut saja. Asyik makan di Vols pun bosan juga sebenarnya.

Akhirnya aku dan Jess bersepakat untuk makan di Elf, sebuah restoran di dalam pusat membeli-belah jauh sedikit dari pusat bandaraya. Memandangkan sudah melepasi waktu makan tengah hari, jadi orang-orang di dalam mall tidak berapa ramai. Tambahan pula hari ini hari bekerja, suasana dalam mall agak lengang sedikit.

Aku memesan jus epal hijau, nasi goreng tom yam dan popia basah. Jess pula memesan chocolate milkshake, grilled lamb dan garlic mozarella sticks. Kami memilih untuk duduk di sudut restoran, lebih privasi.

"Kau memang tak lari dari nasi goreng tom yam ya kalau datang Elf?"Jess sengih ke arah aku sambil tangannya mengagau sesuatu di dalam begnya. Telefonnya dikeluarkan.

"Nak buat macam mana... Elf punya nasi goreng tom yam paling sedap."Jawab aku. Nasi goreng tomyam Elf memang yang paling sedap aku pernah makan. Pernah juga aku makan di tempat lain, tetapi rasanya agak hambar dan kurang rasa tom yam nya.

"Kau memang old school lah Belle."Puji Jess. Tapi aku tak pasti itu kata pujian atau bukan. Pelayan kemudian datang menghantarkan pesanan air kami.

"Makan nasi goreng tom yam pun old school ke?"

Jess menyedut air chocolate milkshake nya.

"Old school la! Kau kan tak suka sangat makan western food?"

"I'll take that as a compliment."Balas aku selamba. Jess membuat muka menyampah sebelum menyedut air nya lagi.

"Oh ya, apa plan kau cuti semester nanti?"Soalan daripada Jess membuatkan aku terhenti dari membetulkan rambut di dahi.

"Entah, tak ada plan. Kau? Negara mana kali ni?"Tanyaku. Setiap kali cuti semester, Jess selalunya akan menghabiskan cutinya di luar negara. Anak businessman berjaya macam Jess, duit bukanlah satu masalah.

CulikWhere stories live. Discover now