Bab 10

709 18 0
                                    

Bunyi orang berbual rendah dan bau antiseptik menusuk ke rongga hidung. Mataku terbuka tapi tersepet semula kerana silau dari cahaya lampu dari atas.

Bau antiseptik? Klinik? Hospital?

Aku segera bangun dari baring. Pergerakan yang secara tiba-tiba dan laju menyebabkan kepalaku berpusing dan pandanganku berbalam-balam. Mataku automatis terpejam semula. Pening!

"Hey girl, slowly!"Satu suara menegurku dan terdengar derapan kaki mendekat. Bahuku dipegang lembut dan aku dibaringkan semula.

"Sudden head move. Pening?"Tanya suara tadi. Seorang lelaki, berkemeja hitam dengan stetoskop tergantung di lehernya.

Aku mengangguk perlahan dengan mata yang tersepet sedikit.

"Let me check..."

Lampu suluh kecil disuluhkan ke mataku, kiri dan kanan. Beberapa soalan ditanyakan sebelum aku bangun dari katil perlahan-lahan.

"She's fine, don't worry."

Dengan siapa doktor ini bercakap? Mati-mati aku ingatkan cuma aku dan doktor di dalam ruangan ini. Aku menoleh ke arah yang dipandang oleh doktor.

Dennis.

Hampir terlupa dia yang muncul sewaktu aku kemalangan tadi. Dennis tarik kerusi untuk aku duduk disebelahnya, menghadap doktor.

"Setakat ini you okey... Cuma kalau ada apa-apa simptom macam sakit kepala, muntah-muntah, segera ke hospital ya?"Ujar doktor tadi. Baru aku perasan. Boleh tahan kacak juga doktor di hadapan aku ini.

Kemeja hitam yang dipakainya terletak elok di tubuhnya yang tegap tinggi. Dari pengamatanku tadi, mungkin tingginya lebih kurang Dennis.

"You microsleeping ke?"

Pertanyaan doktor membuatkan aku memicingkan mata lalu mengangguk perlahan.

"Rasanya. Semalam saya tak tidur langsung. Tadi pun nasib baik ada rider motor yang hon. Kalau tak mungkin saya dah langgar pokok."Suaraku perlahan saja, entah kenapa. Apa ini kesan dari tak cukup rehat? Kepala ringan tapi rasa sedikit melayang.

"Malam sebelum tu you tidur tak? Mata you nampak sangat you tak cukup rehat."

Ya, pagi tadi sebelum ke kampus aku juga terkejut melihatkan bawah mataku yang sudah bertukar menjadi 'mata panda'.

"Err... Malam sebelum tu saya tidur dalam tiga ke empat jam macam tu. Sebelum ni okay aja tak cukup tidur. Tapi tak sangka pula hari ni jadi macam ni."Inilah yang dikatakan malang tak berbau.

"You bernasib baik tau, ada motor yang hon you tadi. Lain kali elakkan pandu kereta kalau you tak cukup rehat. Bahaya memandu dengan keadaan you macam tu. Ingat orang tersayang. Dia mesti sedih kalau jadi apa-apa pada you."Mata doktor memandang Dennis.

"Oh by the way, I'm Luth. Kawan Dennis."Doktor yang bernama Luth itu tersenyum tipis memperkenalkan dirinya.

"So Isabelle... Ingat pesanan I tadi kan? And please get enough sleep after this."Sambung Doktor Luth lagi.

Aku mengangguk tapi kemudiannya berkerut kening.

"Macam mana doktor tahu nama saya?"

"Dennis?"Mata Doktor Luth terarah pada Dennis disebelahku.

"Oh ya, lupa... Kepala tingtong sebab terhantuk tadi agaknya."

"Dan sebab you tu tak cukup tidur. Balik rumah rehat cukup-cukup."Pesan Doktor Luth lagi.

Selesai berterima kasih dan berpamitan dengan Doktor Luth, Dennis menyuruhku menunggunya di luar sebentar. Katanya mahu bercakap sekejap dengan Doktor Luth. Selesai, Dennis ingin menghantarkanku pulang tapi sebelum itu dia mahu membawaku makan dahulu baru ke balai polis membuat laporan.

CulikWhere stories live. Discover now