Bab 12

708 15 2
                                    

Hari ini aku bangun agak lewat dari biasa. Qada' tidur setelah habis paper terakhir. Pukul sepuluh empat puluh lima baru aku turun ke bawah untuk bersarapan.

Tudung saji aku angkat. Ternampak sambal tumis, telur rebus, timun, ikan bilis dan kacang, aku terseringai. Mak Jah masak nasi lemak!

Laju-laju aku mengambil pinggan dan menyenduk nasi. Aku baru mahu duduk di kerusi bila Mak Jah tiba-tiba muncul dari pintu belakang dengan mengelek nyiru berisi bawang besar.

"Baru sarapan Icha?"Tegur Mak Jah lembut. Aku tersengih sambil menggigit timun.

"Aah, bangun lambat Mak Jah. Qada' tidur..."

Mak Jah tertawa. Nyiru diletakkannya di atas meja. Mataku terus terarah ke isi nyiru.

"Banyak nya bawang Mak Jah?"

"Pak John kamu la... Beli bawang banyak sangat! Seguni dibelinya, macam ramai sangat aja dalam rumah ni. Tadi Mak Jah jemur supaya bawang nya tahan lama, tak cepat rosak."Jelas Mak Jah. Wanita itu kemudian ke mesin penapis air, mengisi air ke dalam gelas.

"Icha dah habis periksa la ya?"Tanya Mak Jah lalu menarik kerusi di hadapanku.

Aku mengangguk lalu menyuap nasi lemak.

"Dah Mak Jah. Cuti sebulan sebelum naik semester baru."

Mak Jah mengangguk lalu meneguk air.

"Hari ni Icha tak makan dekat rumah tau Mak Jah. Kereta Icha dah siap, jadi nak pulangkan kereta Nadim."Beritahuku. Semalam pihak bengkel memaklumkan yang kereta aku sudah siap dibaiki.

"Oh, ya lah. Kalau gitu Mak Jah masak simple aja lah. Madam pun tak ada."

"Aunty tak ada Mak Jah? Ke mana?"Soalku ingin tahu.

"Dia ke Jakarta katanya. Empat hari tak silap Mak Jah."Beritahu Mak Jah lalu mengambil nyiru tadi, dibawanya ke tempat simpanan bawang.

Selesai bersarapan, aku naik ke bilik semula. Sehelai sweatshirt warna maroon dan seluar jeans warna biru lusuh aku pilih dari dalam almari. Eyebrow gel, pelembap bibir dan sedikit cream blusher aku kenakan pada wajah. Rambut aku biarkan lepas saja.

Sepuluh minit bersiap, aku pun turun ke bawah. Sempat aku berterima kasih pada Pak John kerana telah membasuhkan kereta Nadim untukku.

Lima belas minit memandu, akhirnya aku sampai di bawah apartment Nadim. Pintu sebelah pemandu dibuka dari luar, Nadim menyapaku ceria.

"Ssup!"Nadim terus memboloskan diri ke dalam kereta.

"Good! Kau? Apa khabar orang Bulgaria?"

Nadim ketawa.

"Well, fine as always. Cuma Malaysia memang panas macam ni ya? Makanan pedas pulak tu."Nadim ketawa lagi. Aku menjulingkan mata ke atas.

"Nama pun 'Nadim', ada 'Raja' lagi. Tak tahan pedas konon..."Usikku. Nadim gelak besar. Tanganku menolak gear ke D dan kereta Nadim aku pandu meninggalkan kawasan apartment.

Selesai mengambil kereta, Nadim mengajakku makan tengah hari di rumah mama nya yang aku panggil Enda Nora. Enda Nora merupakan sepupu papa, yang membuatkan aku dan Nadim adalah sepupu dua kali.

Rumah Enda Nora terletak di pinggir kota, jauh sedikit dari hiruk pikuk bandar. Aku dan Nadim satu kereta sahaja ke sana. Manakala keretaku, aku tinggalkan di parkir sebuah mall. Lebih selamat.

Sesampai sahaja di rumah Enda Nora, aku disambut mesra oleh kaum keluarga Nadim. Rupanya adik beradik Nadim berkumpul di situ hari ini. Patutlah kereta penuh di laman rumah.

CulikWhere stories live. Discover now