Bab 15

228 4 0
                                    

Punah, punah! Punah harapanku!

Semua perancangan yang aku sudah rangka musnah begitu saja tanpa sempat bermula pun!

Aku terbaring lesu di katil menghadap siling. Poof!Bayangan laut, air terjun dan hutan hilang begitu saja. Yang ada hanyalah bayangan kebosanan menerpa dalam kepala.

Bantal aku peluk dengan tangisan yang tak berair mata. Kenapa Aunty Astrid upah bodyguard untuk aku pula?! Kalau ada bodyguard, alamatnya memang tak ke mana lah aku dua minggu ni. Melihat Erna berkemas baju tadi, aku rasa jealous yang teramat sangat.

Aku tumpang gembira mereka semua dapat perlepasan cuti seminggu dari Aunty Astrid tapi pada masa yang sama aku cemburu! Cemburu sebab aku akan kebosanan sorang-sorang walaupun akan ditemani bodyguard yang aku tak kenal langsung! Entah dari mana lah bodyguard upahan Aunty Astrid kali ini. Kalau bekas tentera macam bodyguard yang dulu tu, mahu menangis kebosanan aku dalam villa ni. Strict semacam!

Haih!

Jurnal di atas katil aku renung dengan bibir yang memuncung. Nampaknya aku tangguhkan saja lah dulu semua rancangan yang sudah bertulis dalam jurnal. Ini lah namanya, tak ada rezeki.


Pagi itu aku melangkah lesu ke dapur dengan muka sememeh baru bangun tidur. Terpisat-pisat aku mengisi air ke dalam botol minumanku. Mak Jah kelihatannya sedang sibuk memasak sesuatu di dapur belakang.

Aku terbatuk kecil, membuatkan perhatian Mak Jah teralih padaku.

"Masak apa Mak Jah?"Tanyaku lalu duduk aku labuhkan di kerusi. Wanita itu sempat tersenyum tipis sebelum menjawab soalanku.

"Mak Jah masak mi kari."Tangan Mak Jah lincah mengacau kuah di dalam periuk.

"Pagi-pagi dah masak mi kari? Rajinnya Mak Jah..."Aku sedut air di dalam botol. Mak Jah tertawa rendah.

"Senang aja masaknya, Icha. Mi kari ni Mak Jah masak lebih, boleh Icha makan nanti."

Aku mengangkat tudung saji. Ada kuetiau goreng dan roti canai.

"Dah ada sarapan ni Mak Jah, kenapa masak mi kari lagi?"

"Yang tu untuk sarapan. Mi kari ni untuk Icha makan bila-bila nanti. Bila-bila lapar panaskan aja kuah nya."Kata Mak Jah lalu ke sinki membasuh perkakas yang kotor.

Haih Mak Jah ni, aku yang dah besar tua macam ni pun masih dia anggap macam Isabelle Dhamirah berbelas tahun lepas.

"Susah-susah aja Mak Jah ni."

"Tak susah pun, Cha..."

"Terima kasih, Mak Jah..."Aku tersengih sebelum perhatianku beralih pada Pak John yang masuk ke dapur dengan beberapa beg plastik di tangannya.

"Ni Jah barangnya. Ada semua ni..."Pak John meletakkan beg-beg plastik di atas table top.

"Apa tu Pak John?"Tanyaku lalu air dalam botol aku sedut lagi.

"Barang dapur, makanan sikit untuk Icha sementara kami balik kampung ni."

Tengok? Bukan saja Mak Jah yang anggap aku masih kecil, tapi Pak John pun sama.

Aku tertawa geli hati. Agaknya aku ni berapa tahun di mata Mak Jah, Pak John, dan Aunty Astrid?

"Susah-susah aja Pak John ni. Icha boleh beli sendiri lah Pak John. Macam Icha ni budak kecik pulak Mak Jah dengan Pak John ni."

Mak Jah dan Pak John ketawa besar.

"Memang Icha kecik lagi pada Mak Jah. Macam baru 16 tahun!"Mak Jah ketawa lagi, begitu juga Pak John.

"Dah kahwin nanti baru kami dah tak risau, Cha."Tambah Pak John pula, membuatkan tawa suami isteri itu bersambung lagi. Aku tersenyum segaris.

"Nak kahwin nya tu entah bila lah Pak John. Tunggu keajaiban datang agaknya."

"Tak lama lagi ada lah tu keajaibannya. Mak Jah percaya... tak lama dah."

Kata-kata Mak Jah aku aminkan di dalam hati. Bila ya agaknya keajaiban itu akan berlaku?



Sedang bermalas-malasan di atas katil setelah makan tengah hari, telefonku berbunyi pesanan masuk. Aunty Astrid memaklumkan dia baru mendarat di Lapangan Terbang Heathrow dan dia juga menghantarkan Whatsapp kepadaku maklumat ringkas tentang bodyguard yang akan menemani aku seminggu ini.

Name: Razeen
Age: 32 years old
Race: Malay
Height: 185 cm
Weight: 80 kg
Ex-army officer, paratrooper (airborne unit, 10th Para Briged Royal Malaysian Army)
Last designation: Lieutenant

Mataku membulat sedikit. Ini maklumat bodyguard atau maklumat model? Siap ada berat dan tinggi? Tapi baris terakhir tu buatkan aku rasa mahu mengamuk. Kenapa bekas tentera lagi?! Bekas chef tak ada ke? Boleh aku suruh dia buka kelas memasak seminggu ni. Sekurang-kurangnya boleh juga aku mantapkan skill memasak aku.

Tapi sekejap. Paratrooper tu apa? Airborne unit? 10th Para Briged? Para Para Sakura aku tahu lah.

Laju saja jariku membuka Safari, mencari maklumat tentang istilah-istilah asing itu. Sekelip mata saja sudah terpapar maklumat yang aku cari.

Oh, Encik Razeen bodyguard ni bekas tentera dari pasukan elit tentera darat rupanya. 10 Briged Para, pasukan elit payung terjun.

Dari pasukan elit, orangnya mesti garang dan bermuka bengis. Lagi-lagi dia bekas ahli pasukan elit payung terjun. Terjun dari langit merupakan 'makanan' nya dulu. Orangnya tentulah berani dan berjiwa 'keras'. Entah-entah lagi garang dari Ali bodyguard yang lama tu. Yihhh! Seram pulak!

Agaknya ada harapan tak untuk aku bebas sedikit dengan bodyguard bernama Razeen ni? Dulu waktu aku dijaga Ali, memang strict minta ampun. Jangan harap lah nak duduk jauh lebih lima meter dari dia. Rimas, memang tak selesa betul bila asyik diekori saja. Aku nak komplen lebih-lebih pun, Ali kan hanya menjalankan tugasnya.

Kalau bodyguard kali ini bagaimana agaknya ya? Ah! Malas lah nak fikir! Lagipun hanya seminggu, tak lama.

Selepas solat Asar, dengan malas-malas aku turun ke tingkat bawah setelah diberitahu oleh Mak Jah yang bodyguard upahan Aunty Astrid sudah sampai. Aku ke dapur dulu sebelum ke ruang tamu, meneguk segelas air. Mak Jah aku lihat sudah bersiap cantik bertudung. Wanita itu sedang membancuh air di dalam jag.

"Wah cantik dah Mak Jah."Tegurku. Mak Jah tersenyum tipis. Sekejap lagi Mak Jah dan Pak John akan bertolak ke terminal bas untuk pulang ke kampung. Erna pula awal pagi tadi sudah bertolak pulang ke kampungnya di Batam.

"Ada-ada aja Icha ni..."Mak Jah tertawa.

"Bodyguard nya dekat gazebo luar tu. Mak Jah dah ajak masuk tadi tapi dia kata nak duduk luar."Beritahu Mak Jah lalu mengambil ketulan ais dari dalam peti sejuk beku.

"Orangnya macam mana Mak Jah? Macam Ali bodyguard dulu tu tak? Muka bekeng sokmo."Aku tertawa kecil teringatkan Ali bekas pengawal peribadiku. Apa khabar agaknya dia sekarang.

"Eh tak... Yang kali ini handsome! Macam artis!"Mak Jah tertawa sambil mengacau air oren yang sudah diletakkan ais.

Amboi Mak Jah. Macam artis ya? Kacak sangat ke?

Aku berjalan menuju ke gazebo yang dimaksudkan Mak Jah. Dari pintu gelangsar aku dapat melihat orangnya. Sedang berdiri membelakangi aku, bercekak pinggang sambil meninjau keadaan sekeliling. Wow, belum mula kerja lagi tapi sudah meninjau villa? Bagus ni, nampak bersemangat orangnya.

"Ehem!"

Dehemanku membuatkan lelaki itu berpaling menghadapku. Mataku membulat setelah beberapa saat memandang wajahnya.

"Cik Isabelle Dhamirah?"

Aku mengangguk perlahan.

"Razeen?"

Keningku berkerut.

CulikWhere stories live. Discover now