Connection??

87 18 0
                                    

Kitaorang berborak mengenai tajuk drama yang bakal dipentaskan. Aku sememangnya sebagai heroin... Sepanjang perbincangan kami. Aku tidak melihat langsung kelibat V.

"Jae? Sayang.. Taknak makan ke? "aku tersedar dari lamunanku apabila Ommaku menegur.

Hmmm.

Kenapa aku memikirkan V pulak.aku menjamu selera. Tetapi tidak seselera sebelum ni. V yang tidak2 muncul sampai sekarang agak merisaukan.walaupun dia bukan manusia.. Tetapi dia meminta pertolongan aku. Aku pun berjanji untuk menolongnya.
TaeHyung. Awak kat mana??

(V POV)
Aku melihat kolam di hadapanku. Aku menitiskan air mata. Dada aku sakit. Terlalu sakit. Masa silam membuatkan aku begini. Aku sangat merindui dia. Terlalu. Orang yang selalu berada di sisi aku...

(JAE POV)
"Hmmm.. Mana V ni?? Selalunya waktu macam ni dia sibuk mengacau aku."

Jae melihat kertas di tangannya. Skrip untuk pementasan. Drama ni menyeramkan bagi aku. Dua sahabat yang suka pada perempuan yang sama.. Tetapi salah seorang dari mereka sanggup mengorbankan perasaan itu demi sebuah persahabatan. Hmm... Mati dekat dalam kolam berhampiran sekolah. Kenapa drama ni macam apa yang V ceritakan?? V kata dia kenal orang yang baru aku kenal. V kenal mereka 6 orang ke?? Arhh!! Bila difikirkan balik. Sebab apa diorang pilih aku sedangkan banyak lagi perempuan dekat dalam kelas. Kenapa? Mereka tak tahu kemampuan aku dalam lakonan. Sebab apa diorang pilih aku?? Kena mengena dengan V ke? Aku keliru.. Sangat keliru. Serius...
Aku perlukan penjelasan dari V. Aku penat sudah nak berteka teki bagai.
V... Awak kat mana???!!!

(V POV)
V melihat keadaan sekeliling kawasan tersebut. Dia masuk ke dalam kawasan tersebut. V melihat pentas yang dilengkapi cukup dengan prop.

"TaeHyung"V terkaku.

Suara yang dia rindu.

"Tae..kau ke tu? " V senyap.

Dia menoleh ke belakang. Dia berhadapan dengan gerangan suara yang memanggilnya itu.

"Jimin"Kata V.

"Kau sihat? "

"Sihat... Aku memang sihat. Terlalu sihat. "Jimin menundukkan wajahnya.

Perasaan bersalah mula menguasai. Jimin menitiskan air mata apabila melihat senyuman sinis V. Dia tahu yang berada di hadapannya bukanlah V yang hidup... Kejadian di kolam berhampiran sekolah...

*flashback*
"Tae sampai hati kau. Aku dah lama sukakan Seol. Macam mana kau boleh niat nak rampas dia dari aku??!"Jimin berkata marah.
"Chim aku tak bermaksud pun la... "

"Dah la kau!! Camni kawan. Kau tikam belakang aku. Aku percayakan kau . Aku cerita apa yang aku rasa dekat kau sebab kau sahabat aku. Tapi kau ambil kesempatan!!!"TengkinG Jimin.

"Jimin!! "V bertindak untuk memegang tangan Jimin.

Tetapi Jimin menepis menyebabkan V tidak dapat mengimbangi badan dia lalu jatuh ke dalam kolam. Jimin panik. V tidak pandai berenang. Dia terjun ke dalam kolam untuk selamatkan V. Tapi malangnya V hilang dari pandangannya. Dia mencari sekeliling... Jimin ketakutan lalu meninggalkan V tanpa mencarinya. Beberapa hari kemudian berita mayat V dijumpai tersiar di TV. Jimin yang melihat mengalami masalah perasaan. Tetapi dengan pertolongan rakan mereka yang lain Jimin kembali seperti biasa. Semasa mereka selesai melawat keluarga V dan menjenguk V... Ketika dalam perjalanan secara tidak sengaja van yang dinaiki mereka melanggar seorang pelajar perempuan sekolah. Mereka semua panik. Apatah lagi Jimin apabila matanya mula nampak benda yang luar kebiasaan. Jimin melihat V melambainya....
*end flashback*

"Tae.. Aku tak bermaksud nak... "

"Aku tahu... "V memotong percakapan Jimin.

Dia meninggalkan Jimin keseorang..benda yang luar biasa yang berlaku padanya itu ialah.. Penampakan roh yang tidak tenang.
Jimin menangis lagi. Dia tidak malu air mata lelakinya jatuh.

-JAE SIDE-
Jae bersiap sedia untuk ke sekolah. Hari inilah hari pementasan drama. Sepanjang latihan dia berusaha untuk memberikan yang terbaik. Dia melihat sekeliling. Sudah nak dekat 2 minggu.. Tapi V tetap tiada. Dia sudah balik ke alam sanakah? Penyesalan dia dah selesai? Tapi kenapa dia tak ucapkan selamat tinggal??
Jae terus bergerak ke sekolah...

#Tbc
#don't copy paste
#by mysterious author

ON||Grey's [S1+S2] OURLOVEBEGINWhere stories live. Discover now