🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Aku memerhati gadis bergaun putih di hadapan aku ni. Sebagai seorang lelaki bohong la kalau aku cakap yang dia ni tak menarik perhatian aku. Walaupun dia hantu muka dia still cantik tak sama macam dekat tv. Buruk memanjang...
"Awak" Aku melambaikan tangan aku di wajahnya. Dah jadi kebiasaan aku jadi ramah macam ni. Dah aku nampak, tak salah kalau nak tegur beramah mesra???
"Nama saya Lessa Kim" Aku lihat dia tunduk dan pipi dia blushing?
"Hai Lessa. Nama saya Jimin. Apa awak buat dekat sini? " Soal aku direct selepas kenalkan diri aku. Aku lihat dia seperti tadi still lagi menunduk dengan tangan tu asyik main-main dengan hujung rambut dia.
"I'm already said before, I just want to be friends with you"
"Why me? " Aku berpeluk tubuh. Aku pelik dengan dia ni, dia kan hantu... Apa yang dia takutkan dengan aku? Sepatutnya aku yang takut dengan dia.
"Sebab awak orang pertama yang nampak saya dekat tanah perkuburan tu" Dia memandang aku dengan simpati. Dia memang cantik dan aku sepatutnya tak boleh jatuh hati pada hantu.
"Okay then. "Jawab aku. Tak salah kan. She look lonely... Tapi dia hantu. Tak hairan lah aku.
"Gomawo Jimin-ahh" Dia tersenyum sehingga menampakkan gigi. Aku berdeham sedikit.
"Awak... Takkan awak nak ikut saya 24 jam.. Means when I in bathroom or something " Haish! Yang kau malu-malu ni kenapa! Belakang leher aku gosok. Aku lihat dia ketawakan aku. Heck!
"Taklah 24 jam. Yang awak malu-malu ni kenapa? " Dia menutup mulut dia apabila dia ketawa. Aku pula diam tidak berkutik. Okay memang aku malu.
"Dahla, saya nak tidur... Selamat malam" Aku bangun lalu berbaring. Dia menjauhi sikit tubuh badan aku. Pftt! Aku nampak pipi dia merah. Salah aku juga naik atas katil tak bagi signal. Entah berapa lama kelibat dia semakin menghilang dengan senyuman di bibir. Mata aku pun semakin berat dan beberapa saat selepas itu aku dibuai mimpi.
[ Jae POV ]
"Hyun..." Leher aku garu. Jadi kebiasaan bila aku segan aku akan menggaru leher aku.
"Ya" Baekhyun memandang wajah aku dengan matanya yang redup itu. Sesi aku dengan dia dah tamat. Hari ni aku agak lega bila dia bercakap dengan aku seperti biasa tak seperti minggu yang lepas. Dan sekarang... Aku ajak dia keluar... Aku bukannya desperate sangat okay, kalau boleh aku paksa ja Yoda tu jadi namchin aku.
"Masa... Err... Awak nak keluar dengan saya? " Dengan sekali ucap sahaja. Aku yeoja, dia namja... Sepatutnya soalan ni dia yang tanya bukan aku.
"Okay ja" Auch! Boleh tak aku fangirling dekat sini ja. Senyuman dia! Omo! Entah berapa lama aku berangan sebab aku rasa tubuhku aku digoncangkan.
"Apa yang awak khayalkan? " Aku tersenyum sipu. Dia pula ketawa kecil.
"Tak ada apa. Err... Shall we " Aku bangun sambil mengemas meja aku sebelum langkah kaki aku berada di sebelahnya. Aku cuma paras telinga dia leher dia ja. Aku memang pendek.
"Jae. Awak tunggu sini. Kita pergi naik kereta saya. Wait for me okay" Dia berlari anak meninggalkan aku. Kenapa dia menggoda sangat hari ni! Seriously Park Jae-hyun! Ingat tujuan utama kau...
Sedang aku asyik bercakap dengan diri sendiri kereta Mercedes Benz warna putih berhenti depan aku.
"Come in" Aku menganguk lalu melangkah masuk ke dalam perut kereta. Sepanjang perjalanan hanya bunyi cengkerik sahaja yang kedengaran. Aku ralit memandang ke luar tingkap.
YOU ARE READING
ON||Grey's [S1+S2] OURLOVEBEGIN
RandomSLOW UPDATE Grey's... Tentang Jae masih kelabu/keliru dalam hidup dia.. Dia tak tahu tentang diri dia sendiri. Sejak mndpt mimpi yng pelik dan kejadian yng aneh sering mnganggu dia... Bahkan orang lain lebih lagi...nak tau dsebalik story ini?? Moh...