↪Chapter ELEVEN↩

3 1 0
                                    

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Stereng kereta aku hempap dengan kepala aku... Mutiara jernih mengalir dari tubir mata aku. Jam kereta menunjukkan 11:47 .. Lagi 13 minit jarum pendek akan menginjak pukul 12 malam... Aku sedih sebab Jimin tak muncul-muncul pun dekat cafe tu. Aku ni dahlah sensitif sikit dengan perasaan aku ni. Sekurangnya kalau dia ada hal beritahulah aku! Janganlah buat aku macam orang bodoh tunggu dia dekat situ! Bercawan-cawan kopi aku minum nak tahan mengantuk aku sebab nak jumpa dia... Air mata aku lap menggunakan belakang tangan... Cermin kereta aku diketuk. Terperanjat aku melihat Baekhyun di luar dengan senyuman... Tapi senyuman tu... Bukannya Baekhyun... Junghyun! Aku terus kunci kereta bila Junghyun ingin membuka pintu... Dia mengetuk berkali-kali dengan kuat cermin kereta aku.. Aku bergerak ke belakang apabila cermin kereta aku hampir retak dan terdapat darah dekat cermin retak tu.. Darah Junghyun.

"Junghyun!! Berhenti! " Jerit aku kuat. Terketar-ketar tangan aku mencari henfon aku. Senyuman Junghyun yang macam psiko tu menakutkan aku. Aku pakai dail ja number yang dalam senarai memanggil aku.. Junghyun semakin memberontak.

Prang!

Cermin tingkap pecah. Junghyun membuka kunci pintu begitu juga aku... Terus aku berlari tanpa pandang belakang sebab aku tahu Junghyun pasti akan mengejar aku. Aku dapat dengar derapan tapak kasut dia yang pantas di belakang.. Aku memandang henfon aku semula dan mendail lagi.. Air mata aku dah jatuh.. Aku tak sangka yang aku boleh lari daripada pesakit aku sendiri..

"Jae-ahh baik kau berhenti sebelum aku dapat tangkap kau.. Kalau tak nanti aku bunuh kau macam Lessa!!" Kaki aku terus berlari... Aku cuba mengalihkan pandangan ke belakang dan Junghyun sudah jauh daripada aku di belakang sana. Tak sangka yang aku boleh berlari dengan sepantas ni... Aku masuk salah satu lorong untuk menyembunyikan diri... Nombor siapa yang aku tekan tadi aku dail.. Lencun baju aku dengan peluh

'Yoboseiyo'

'Jebal..tolong saya' Aku tak dapat tahan tangisan aku.. Aku menekup mulut bila mendengar derapan tapak kaki..

"Jae.. Jae dekat mana? Tak rindu Hyun ke? Jae-hyun-ahh.... Keluar la.. Jom kita main sama-sama nak..." Mulut aku tekup kuat lagi.. Mata aku pedih dengan air mata..

' Jae kenapa ni? Maaflah sebab tak datang tadi.. Omma tiba-tiba pengsan.. Jimin lupa nak inform.. Jae! '

'Jimin tolong'

"Gotcha! " Junghyun memandang aku dengan senyuman gila dan di tangan dia ada pisau lipat.. Dia cengkam kolar baju aku dan menekup mulut aku... Bila aku meronta-ronta dia tekankan pisau lipat tu dekat kulit di tangan aku yang terdedah. Cecair merah yang mengalir membuatkan air mata aku turut turun laju. Henfon di tangan dia ambil.

' Hello Jimin'

' Baek kau ke tu? '

'Cuba teka? ' Soal dia dengan senyuman sinis sambil memandang aku... Baekhyun yang satu lagi ni betul-betul gila!! Kenapa aku tak sedar langsung..! Aku doktor dia!

' Shit kau Junghyun! Apa yang kau nak hah?! Lepaskan Jae!' tengkingan Jimin aku dapat dengar.

'Tsk Tsk... Aku ada hal yang perlu diselesaikan dengan dia.. Ops Jimin.. Aku dah gunakan banyak masa bercakap dengan kau.. So I gotta go dear.. Bye'

' Woi!! ' Henfon milik aku Junghyun lempar ke tanah.

"Kenapa nampak takut ni.. Jangan risau aku tak makan orang.. Tapi aku rindukan suasana yang penuh dengan darah" Kata Junghyun sambil tangannya bermain pisau lipat di muka aku.

"Shuhhh.. Jangan nangis.. Kalau tak aku bunuh kau dekat sini" Dia tarik aku secara paksa sampai ke kereta milik dia. Junghyun ke bonet kereta dan mengambil tali dan mengikat seluruh badan aku. Ketat. Lalu dia tolak aku masuk ke dalam bonet.. Sebelum sempat aku bersuara dia ikat mulut aku pakai kain. Selepas tu suasana gelap... Dalam hati aku berharap dia akan tukar jadi Baekhyun balik sebab aku tahu Baekhyun tak akan buat aku macam ni. Kesan torehan di lengan aku dapat rasa lagi....

ON||Grey's [S1+S2] OURLOVEBEGINWhere stories live. Discover now