🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Beberapa hari dah berlalu selepas kejadian Baekhyun bertukar agresif dan dengan secara tidak sengajanya aku terjumpa Jimin balik. Serabut kepala aku memikirkan benda ni. Aku menongkat dagu. Bila fikir balik kenapa aku perlu kisah pasal ni sedangkan antara mereka langsung tiada perasaan dekat aku. Kertas conteng aku gumpal menjadi bola dengan kasar sebab terlampau marah punya pasal.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan di muka pintu menarik perhatian aku.
"Masuk" Baekhyun berdiri tegak di muka pintu. Wajah dia macam tak cukup tidur. Selepas ja Junghyun jadi agresif balik aku ajak Baekhyun jumpa aku.
"Dudukla. Kenapa berdiri ja dekat situ" Aku bangun mendekati dia. Orang macam Baekhyun perlukan perhatian sebab masa kecil dia diabaikan. Teori aku,saja nak dekat dengan dia. Mungkin betul.. Entahlah.. Aku malas google.
Aku memimpin lengan dia sehingga duduk di kerusi hadapan aku. Maaflah bilik aku tak ada sofa.
Aku kembali duduk dan memandang dia yang kelihatan kusut."Hyun nak makan apa-apa? Minum ke?" Tanya aku. Cara aku memulakan mukadimah. Satgi aku tanya terus bertukar watak dia pulak dekat sini. Jenuh mengawal aku. Tapi dia menggeleng.
"Kalau Jae tanya Hyun nak jawab tak? " Dia mengangguk. Mata dia nampak kosong.
"Apa jadi malam Junghyun agresif?" Fail miliknya yang terkandung pelbagai maklumat aku letakkan di hadapan aku. Di tangan aku sudah tersedia pen untuk mencatat. Aku dengar keluhan berat daripada mulut dia.
"Takpa. Jae janji tak cakap dengan sesiapa. Trust me" Jari kelingking aku sua ke arahnya. Dia tergelak kecil sambil membalas suaan aku. Yay! Dia dah ceria sikit.
"Jadi? " Tanya aku lagi. Dengan pesakit yang masalah psikologi ni kita kena bersabar rawat diorang kalau tak kita yang jadi gila. Taklah gurau ja. Mestilah dilatih masa belajar bertahun lamanya dulu... Apa yang aku mengarut ni. Pipi aku tampar kuat .
"Jae waeyo?" Aku yang baru tersedar dengan perlakuan aku menggeleng. Sifat berangan aku ni memang takleh nak buang. Aku pandang dia berharap dia menceritakan apa yang berlaku.
"Malam tu selepas habis mandi, Hyun baring-baring atas katil. Entah dari mana datang angin kuat jadi Hyun pandang luar tingkap tanpa bangun dari baring. Tiba-tiba mata jadi berat.. Dan last yang Hyun nampak seorang perempuan bergaun putih dekat luar tersenyum... " Terang dia tanpa emosi. Yang aku nampak hanyalah kosong. Aku meletakkan pen dia dagu aku lalu memandang ke atas, seolah-olah berfikir. Aku mengangguk-angguk tanda faham lalu mencatat. Padahal satu apa aku tak faham. Entah apa aku tulis aku tak tahu.
"Apa yeoja tu buat dekat rumah Hyun? Bilik Hyun bukannya berada di tingkat dua? Bilik Hyun ada balkoni? " Tanya aku lagi. Kali ni serius.
"Tah. Tapi rasa macam pernah nampak yeoja tu tapi tak ingat... Bilik Hyun mana ada balkoni " Jawab dia lagi tanpa perasaan. Aku dah telan air liur. Walaupun aku ada sixth sense, aku ni agak penakut. Kadang-kadang bila aku takut tak bertempat aku paksa Chanyeol tidur rumah aku. Sebab aku hanya ada dia ja sebagai kawan. Lepastu dia mula merungut sebab aku paksa dia tidur bilik sekali dan paksa di tidur dekat lantai.. Agak-agaklah sekatil sekali..
"Takkan hantu plak kan" Aku ketawa bagi menutup perasaan takut. Tiba-tiba peluh menitik di dahi aku. Air cond dalam bilik ni rasanya dah cukup kuat.
"Tak sangka Jae takut hantu" Baekhyun mengetawakan aku. Aku pandang Baekhyun dengan senyuman menyampah. Lagi tawa dia kuat.
"Jae, Hyun terpaksa pergi dulu. Ada kerja lepasni" Dia bangun aku juga bangun. Sebab sekarang bukannya hari sesi dia dengan aku. Sebab aku hairan Junghyun berubah ja. Tangan dia suakan pada aku dan aku membalasnya. Aku menghantar nya dengan mata dan senyuman di bibir.
YOU ARE READING
ON||Grey's [S1+S2] OURLOVEBEGIN
RandomSLOW UPDATE Grey's... Tentang Jae masih kelabu/keliru dalam hidup dia.. Dia tak tahu tentang diri dia sendiri. Sejak mndpt mimpi yng pelik dan kejadian yng aneh sering mnganggu dia... Bahkan orang lain lebih lagi...nak tau dsebalik story ini?? Moh...