↪Chapter NINE↩

27 3 0
                                    

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

[ Lessa POV ]

Kereta Honda Civic warna hitam milik aku dipakirkan di hadapan kediaman rumah keluarga Byun. Sebab apa aku pilih warna hitam,.. Warna hitam ni nampak mewah sikit.

Pintu kereta aku buka dan langkah kaki aku ke dalam perkarangan rumah. Loceng pintu dibunyikan banyak kali. Beg sandang yang ada disandang di bahuku aku tepuk sementara nak tunggu orang dalam bukak pintu. Hoodie purple dekat badan aku buka zip menampakkan baju belang putih hitam di dalam. Hari ni cuti jadi aku kasual je lah datang sini. Aku pandang halaman rumah keluarga Byun ni... Kosong. Mungkin Baekhyun dengan Ahjussi Byun ada dekat pejabat sekarang.

"Jae" Pintu dikuat dari dalam dan muka Ahjumma Byun tersembul. Aku membalas pelukan yang diberinya. Langkah kakinya aku ikut hingga sampai di ruang tamu. Sebab aku selalu sangat datang rumah Baekhyun jadi aku tak rasa kekok sangat.

"Jae duduk dulu, ahjumma nak buatkan air" Aku tersenyum ke arah Ahjumma Byun dan bangun membuntuti langkah Ahjumma Byun ke dapur.

"Eh Jae duduklah. Kenapa ikut ahjumma ni" Soal Ahjumma Byun sambil tangannya ligat menyusun beberapa biskut ke dalam pinggan. Coklat my favourite.

"Takpalah. Bukannya Jae tak pernah datang rumah ahjumma pun sebelum ni. Lagipun Jae mesti bosan dok sengsorang dekat depan tu" Ahjumma Byun menggeleng sambil ketawa kecil. Nak pikat anak kena pikat omma dia dulu. Hohoho... Gatal kau Jae. Aku membalas senyuman Ahjumma Byun.

"Ikut suka kamu la. " Aku pun dengan rela hatinya membantu Ahjumma Byun di dapur. Walaupun aku selalu sibuk dengan kerjaya aku sebagai seorang doktor, kerja rumah ni serba serbi aku tahu... Omma aku garang gila. Dulu masa cuti sekolah aku dipaksanya belajar buat kerja rumah. Tapi aku bersyukur sekarang omma paksa aku belajar kalau tak setiap hari makan luar. Selesai semuanya aku dan Ahjumma Byun ke ruang tamu. Aku menatang dulang yang berisi biskut. Perlahan-lahan diletakkan di atas meja. Kami berdua sama-sama duduk di sofa. Aku membetulkan rambut aku yang terjuraian ke depan dan menyelitkannya di tepi telinga.

"Ahjumma sihat? " Aku memulakan perbualan.

"Sihat ja Jae. Macam ni lah" Aku mengangguk... Aku tak boleh lengahkan masa takut tiba-tiba Baekhyun ada depan rumah. Sudah gagal plan aku.

"Jae kata nak tanya pasal Hyun kan? " Aku mengangguk lagi. Bagus Ahjumma Byun.

"Ada apa-apa yang ahjumma tak beritahu Jae? Masa silam Hyun? " Soal aku. Riak wajah Ahjumma Byun bertukar sikit.

"Hyun beritahu Jae sebelum Junghyun menguasai diri dia, dia ada nampak seorang perempuan dekat luar tingkap" Tambah aku lagi. Baik aku berterus terang daripada masing-masing dalam persoalan yang perlu dirungkaikan. Kelihatan Ahjumma Byun mengeluh berat.

"Sebelum tu ahjumma nak minta maaf dekat Jae sebab tak berterus terang" Aku mengangguk tanda it's okay ahjumma...

"Masa Hyun umur 17 dia pernah... Bunuh seorang perempuan." Terperanjat aku mendengar...

"Tapi Hyun kata dia tak ingat dia bunuh sapa jadi ahjumma buat kesimpulan yang dia ada masalah mental sebab kadang-kadang dia bercakap sorang diri. Kejap ketawa,menangis... Ahjumma sedih sangat waktu tu... Tiba-tiba terselit perasaan bersalah kami suami isteri sebab mungkin sebab ni gara-gara kami yang selalu mendera perasaannya. " Ahjumma Byun menangis. Terpancar dekat mata dia perasaan bersalah. Aku memeluk Ahjumma Byun untuk menenangkannya.

"Pihak polis tutup kes tu sebab Hyun ada masalah mental. Kemudian ahjussi dia bawa dia jumpa doktor psikologi untuk merawat dia, waktu tu ahjumma bersyukur sebab masih lagi ada orang yang ambil berat pasal Hyun selepas apa yang ahjumma dengan ahjussi buat dekat dia. " Aku menghulurkan tisu ke arah Ahjumma Byun. Rasa bersalah menerjah ruang hati aku. Sebelum sempat aku bersuara Ahjumma Byun menyambung kembali. Tangannya aku genggam erat berharap dapat mengurangkan kesedihan.

ON||Grey's [S1+S2] OURLOVEBEGINWhere stories live. Discover now