🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
[ Baekhyun POV ]
Rambut aku yang basah aku lap dengan tuala. Rasa segar satu badan bila mandi. Henfon di atas meja aku ambil. Ada 2 panggilan daripada Jimin dan Jae? Aku gosok mata aku berkali-kali. Betul ke apa yang aku lihat. Perlahan-perlahan bibirku mengukir senyuman. Entah kenapa aku jadi gembira setiap kali Jae care tentang aku. Sebelum ni aku tak pernah rasa camni, sejak Jae ajak aku keluar aku rasa lain.
Aku memandang nama pemanggil tu berulang kali. Rasa macam bahagia sangat. Tapi beberapa saat senyuman aku mati.
Keluhan berat dilepaskan. Bila fikir balik, nak ke Jae terima aku. Aku ni dah la ada masalah perasaan. Macam mana kalau suatu hari nanti aku bertindak agresif? Macam mana watak aku yang satu lagi sakiti dia? Macam mana kalau dia dalam bahaya? Sekarang aku yang suka dia, bukannya Junghyun... Aku meraup wajah aku kasar. Badan dihempaskan di atas katil. Kepala aku jadi sakit tiba-tiba.
Siling aku pandang lama... Layakkah aku untuk dia? Bukan untuk dia ja, mana-mana yeoja lain? Adakah kejadian hitam dulu tidak akan berulang lagi.
Aku melihat kedua-dua belah tanganku. Tanganku yang suatu ketika dulu melakukan perkara yang teruk. .. Oleh Junghyun... Bukan aku.... Argh! Kepalaku berdenyut. Kenapa ni! Junghyun pun dah lama tak muncul, takkanlah.
Angin sepoi-sepoi daripada tingkap bilikku menarik perhatian. Mata aku yang mula kabur melihat gambaran seorang perempuan bergaun putih tersenyum ke arah aku... Dan dia... Adalah orang yang Junghyun bunuh suatu ketika dulu... Dan pandangan aku jadi gelap bila kelibat itu semakin menghilang.
[ Jae POV ]
Kenapa dia tak jawab? Alahai... Ni pun kali pertama aku call dia. Berpuluh kali juga aku fikir nak call ke tak. Jenuh sakit otak dengan hati aku bertengkar.. Tapi bila call tak ada balasan. Aku mencebik sedikit. Apa lah yang dia buat agaknya. Ppap! Aku menampar pipi aku berharap aku tak dibuai perasaan sendiri. Aku memeluk lututku sambil menonton movie kesukaanku. Sejak aku bekerja aku tinggal sorang sebab omm appa tinggal dekat Busan. Lagipun peluang kerja dekat Seoul ni memang aku takkan lepaskan. Sekaligus nak lupakan kisah lalu aku yang menyakitkan tu.
Tapi tak sangka boleh jumpa Suga sunbae tadi. Dah lama aku tak jumpa dengan diorang, tak sangka boleh ada dekat Seoul. Tapi sebelum ni, sekalipun aku tak pernah terserempak... Agak-agak Jimin buat apa sekarang?? Park Jae-hyun! Berhenti ingatkan dia! Kau ni kenapa banyak sangat namja dalam kepala otak kau! Aku menggosok mukaku berkali-kali sehingga merah dibuatnya.
Namja yang dengan Suga Sunbae tadi, aku rasa macam kenal. Bau dia... Bau Park Ji-min. Tapi takkan dia sorang pakai perfume tu. Kau pun Jae. Dah kemaruk sangat dengan dia ke apa! Kejap fikir Taehyung, kejap Baekhyun, kejap Jimin. Boleh botak aku macam ni.
Telefon di sebelah berdering. Tertera nama Ahjumma Byun dekat situ. Ni yang buat kening aku berkerut seribu. Tiba-tiba call aku memalam.
Tangan aku capai dan menjawab panggilan itu."Yoboseiyo ahjumma. Waeyo? " Omma dia yang suruh aku gelar. Jadi aku tak ada halang tentang tu.
"Jj-ae. H-yyun" Hah? Kenapa dengan dia.
"Wae? " Dada aku tak berhenti berdegup. Jangan cakap yang dia jadi agresif semula. Jangan. Jebal.
"Dia jadi tak terkawal. Semua barang dilontar dia. Kami ni dia tak hiraukan" Panjang lebar Ahjumma Byun terang. No! Macam mana Junghyun tiba-tiba dengan perangai lama dia ni.
"Okay. Ahjumma duduk situ dan awasi Hyun. Nanti Jae sampai" Selepas panggilan diletakkan, nombor Chanyeol aku dail. Aku tak mampu lawan Junghyun dengan kudrat aku.
"Wae? "
"Teman aku ke rumah Baekhyun. Aku tunggu kau dekat sana" Panggilan terus aku letakkan. Kunci kereta aku capai dan terus aku masuk ke dalam perut kereta. Kereta Honda Civic aku meluncur laju atas jalan raya. Aku harap semuanya baik-baik saja.
***~
Kereta aku pakirkan di hadapan rumah Ahjumma Byun. Aku berlari anak terus ke dalam rumah keluarga Byun tu.
"Ahjumma. " Ahjumma dan Ahjussi Byun menghampiri aku. Kelihatan riak risau di wajah mereka berdua.
"Mana Hyun? " Mereka memandang atas. Aku mengangguk lalu naik ke atas. Mana Chanyeol ni, nak aku mati dulu baru sampai. Sampai ja tangga terakhir aku terdengar perbualan Baekhyun dan seseorang. Suara itu suara seseorang yang aku kenal sangat. Takkanlah.
"Junghyun dengar tak apa yang aku tanya? Kenapa kau jadi macam ni tiba-tiba? Sebelum ni omma appa kau kata kau dah tak agresif" Ya. Itu suara Park Ji-min. Orang yang aku nak elak. Tapi Baekhyun lebih penting sekarang. Aku masuk ke dalam bilik Baekhyun. Bersepah.
"Hai Junghyun. Do you remember me? " Tegur aku tiba-tiba. Aku dapat nampak riak terkejut Jimin. Aku lagi terkejut okay! Macam mana dia boleh kenal Baekhyun. Kereta mewah dekat luar tu milik dia la tadi. Jae!
"Arhh, dah lama aku tak jumpa kau" Junghyun berkata sinis pada aku. Serius aku rasa macam nak koyak-koyak ja mulut dia.
"Kenapa Junghyun tiba-tiba berubah karakter ni? " Aku cuba mendekati dia. Aku tahu tu Junghyun sebab dia tak menidakkan nama dia. Dan bukannya karakter yang baru. Jimin hanya mendiamkan diri...
"Kenapa tak boleh? " Dia mencerlung aku tajam sambil memeluk tubuh. Aku mendekati dia lagi. Aku menggengam erat picagari yang berisi cecair itu. Tadi aku sempat ambil dalam beg yang aku bawa. Nasib baik ada,kalau tak jenuh kawal.
"Kau nak buat apa? Nak suntik aku? " Aku diam. Memang setiap kali dia jadi agresif macam ni aku suntik dengan ubat penenang. Lepas bangun dia akan jadi Baekhyun. Kerap juga dulu, cuma sejak akhir-akhir ni kurang sikit tapi tah kenapa malam ni tiba-tiba ja agresif. Sebelum ni aku jumpa Junghyun yang lembut tapi malam ni Junghyun yang dulu. Fenomena ni selalu jadi pada waktu malam dan aku tak faham kenapa... Tapi aku dapat rasa sejak aku rawat dia lagi, Junghyun ni ada aura membunuh. Sebab tu aku suruh omma dengan appa dia jauhkan diri dari dia kalau dia jadi agresif macam ni. Aku takut dia boleh bunuh orang sekeliling atau dia pernah membunuh?
Aku pandang Jimin. Jimin yang faham maksud tenungan aku menghampiri Junghyun. Memandangkan dia dah tahu apa yang aku bakal buat aku keluarkan picagari tu depan dia.
Jimin memeluk erat lengan dia dari belakang dan aku cuba sedaya upaya untuk menyuntik dia bila dia meronta-ronta. Jimin aku lihat cedera bila Junghyun tak habis-habis memukul Jimin dengan sikunya. Aku pula cuak bila tengok darah di bibir Jimin. Kuat gila dia ni. Jimin yang badan sasa tu pun tak mampu tahan. Aku pula leka sebab perhatian aku hanya nak suntik dia dan tak sedar Junghyun menendang pasu bunga ke arah aku. Ingatkan arwah dah tapi nasib baik Chanyeol memeluk aku daripada tercedera. Pheww! Aku pandang dia tajam. Dia hiraukan aku dan terus mengcengkam lengan Junghyun... Dengan bantuan jejaka idaman aku berjaya menenangkan Junghyun. Dia mulai lena selepas cecair itu meresap masuk ke dalam badannya.
Aku melepaskan nafas lega. Jimin dan Chanyeol sudah termengah-mengah.
"Gomawo Jimin-ssi sebab bantu" Aku pandang Chanyeol dengan riak tak percaya. Ok! Macam mana Yoda ni boleh kenal Jimin.
Jimin tengok aku. Aku blush sebab dah lama dia tak tenung aku macamtu.
Aku bangun dan memandang mereka berdua yang tersandar di dinding. Penat.
"Korang tolong angkat Baekhyun atas katil" Arah aku.
Mereka berdua hanya mengikut dan mengangkat Baekhyun ke atas katilnya."Gomawo" Ucap aku.
"Aku turun bawah dulu nak tengok Puan dengan Encik Park" Chanyeol terus meninggalkan aku. Aku kekok seketika. Dan aku nampak Jimin menyelimutkan Baekhyun. Apa hubungan dia dengan Baekhyun?
Aku yang ingin melangkah keluar berhenti bila nama aku disebut.
"Nak ikut saya tak? " Tanya Jimin... Aku pula diam tidak berkutik.
#TBC.
YOU ARE READING
ON||Grey's [S1+S2] OURLOVEBEGIN
RandomSLOW UPDATE Grey's... Tentang Jae masih kelabu/keliru dalam hidup dia.. Dia tak tahu tentang diri dia sendiri. Sejak mndpt mimpi yng pelik dan kejadian yng aneh sering mnganggu dia... Bahkan orang lain lebih lagi...nak tau dsebalik story ini?? Moh...