↪Chapter TWO↩

35 5 0
                                    

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Aku menghenyakkan badanku atas sofa biru di ruang tamu. Warna biru merupakan warna kesukaanku sebab ia menenangkan aku. Tangan aku letakkan di atas dahi. Perbualan aku dengan Chanyeol tadi bermain di kotak fikiran aku semula.

[Flashback]

"Apa salahnya? Sekaligus kau boleh rawat dia sekali" Chanyeol merenung aku lama dan tajam. Dahla mata bulat macam bola.

"Tapi... Takkan aku nak ada relay dengan dia sebab muka macam Taehyung ja. Mestilah kena ada perasaan sayang kan" Aku menongkat dagu dan memandang Chanyeol yang tak lelah melihat aku.

"Bukannya kau sayangkan dia? "

"Haih, kau ni. Semua pesakit aku, aku sayang. Maksud sayang yang boleh bawa hubungan tu jauh. Kau faham kan. " Chanyeol ni pun satu. Benda tu pun tak boleh faham. Aku terus memerhati dia.
Tapi dia mendiamkan diri begitu juga aku. Suasana hening seketika.

"How abt Jimin? " Aku terpempan mendengar soalan Chanyeol.

"Aku tak tahu. " Terus aku bangun meninggalkan dia... Bila mengingatkan Jimin hati aku jadi sakit.

"Kau nak pergi mana? Jae! " Chanyeol mengikuti langkah kaki aku. Langkah yang entah ke mana akan aku jejak. Memikirkan Park Ji-min seolah-olah memikirkan soal hidup dan mati aku ja. Hiperbola ja lebih.

[End Flashback]

Park Ji-min... Nama tu daripada hospital sampailah dekat rumah masih melekat dekat kepala otak aku. Ni semua gara-gara Chanyeol yang tiba-tiba menyebut tentang dia.

Aku tak tahu... Sebenarnya perasaan aku masih kabur lagi. Bila nama Jimin disebutkan dada aku berdegup macam nak gila...

Kenapa dengan hati aku? Siapa yang aku suka? Sayang? Cinta?

Aku meraup wajah aku. Fikir soal hati ja boleh buat kepala aku sakit. Ni semua salah Chanyeol sebab sebut nama dia! Dengan Baekhyun, pesakit aku yang lain. Nak ja aku jerit biar makhluk dekat bumi ni dengar apa yang aku rasa.

Aku bangun dari sofa dan panjat tangga untuk ke tingkat atas. Badan aku melekit ni siapa yang nak bersihkan kalau bukan aku.

***~

[ Jimin POV ]

Cermin mata hitam dibuka dan mata aku memandang sekeliling kawasan airport yang aku jejak sekarang. Banyak yang berubah, tak sama seperti 5 tahun dulu sebelum aku meninggalkan tanah air aku untuk sambung belajar di Canada. Badan aku yang sengal-sengal sebab lama dalam kapal terbang aku patah-patahkan. Bunyi kriuk yang dihasilkan menyegarkan aku sikit.

"Jimin!" Aku memandang sekeliling mencari manusia yang memanggil nama aku.
Senyuman di bibir terukir bila wajah omma aku terpampang di hadapan aku.

Tubuh tuanya aku peluk erat. Bertahun lamanya aku tinggalkan dia. Betapa rindunya aku pelukan hangat daripada manusia yang bergelar omma ni.

"Makin hensem anak omma sekarang. Jom kita balik, omma ada masakkan makanan kegemaran Chim. Kaja" Aku mengangguk seperti burung belatuk. Tangan aku digenggam erat oleh omma. Omma,Chim janji takkan tinggalkan omma dah selepas ni.

***~

"Jimin! Kitorang rindu kau" Kaki aku jejak ja dalam sebuah cafe aku dipeluk erat oleh Jhope. Kemudian hyung-hyung aku yang lain menghampiri kami dan memberikan pelukan yang sama.

"Kau sejak tinggal dekat negara omputih,tak pandai nak balik sini ke hah? " Suga memeluk bahu aku.

"Sekarang Chim dah balik kan" Rapmon dan Jin juga tidak lupa memberikan pelukan. Mereka bertiga tua setahun ja dengan aku. Sungguh aku cakap, aku betul-betul rindukan diorang semua. Lagi-lagi dua orang antara kami yang dah pergi tu.

ON||Grey's [S1+S2] OURLOVEBEGINWhere stories live. Discover now