🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
[Author POV]
Jimin membelek kertas putih yang berisi dengan data-data peribadi bakal setiausahanya. Waktu pagi tadi dia mengadakan interviu dengan beberapa orang yang hadir untuk dijadikan setiausahanya.
Dia tidak sangka yang dia akan jadi sibuk sangat dalam beberapa hari dia bekerja di company appanya.Jimin mengusap lehernya. Seolah-olah ada angin di belakang tengkuknya. Bulu romanya berdiri tegak dan dia juga berasa seram sejuk. Jimin memandang sekeliling dan tiada apa pun di bilik tempat dia bekerja. Dia meneliti kertas-kertas tersebut. Angin kuat yang menerpa ke arahnya menerbangkan kertas-kertas yang berselerak di atas meja.
Jimin mengeluh. Agak-agak la kertas dia boleh terbang sebegini banyak. Dalam bilik ni mana ada tingkap, mana datangnya angin.
"Lessa" Jimin memandang gerangan yang berdiri di hadapannya dengan senyuman di bibir. Dia dah agak. Lessa sejak akhir-akhir ni kerap menemui dia.
"Awak marah? "Lessa mendekati Jimin. Serba sedikit dia bersalah sebab buat keadaan bilik Jimin bersepah.
"Awak duduk la. Biar saya kutip ok" Lessa mengangguk dan punggungnya menghenyak kerusi empuk yang sedia ada di situ. Jimin mengutip kertas-kertas itu sambil matanya mengerling Lessa.
"Kenapa jumpa saya ni? "Jimin duduk di tempat duduknya semula dengan kertas yang dikutipnya di tangan. Nasib baik dia diberikan bilik asing kalau tak orang sekeliling mesti cakap dia gila sebab cakap sengsorang.
"Tak boleh? " Lessa menemukan jari telunjuknya kiri dan kanan.
"Cuma pelik. Macam awak boleh ada dekat sini lagi sedangkan sudah bertahun lamanya awak meninggalkan dunia ni. Ada apa yang awak nak buat ke? " Jimin memandang Lessa
yang sedang menggigit bibir. Riak wajahnya berubah."Lessa?" Panggil Jimin lagi. Dia bukannya tahu sangat pasal roh ni, tapi kalau setakat macam kes dia sekarang dia tahu la. Mesti dia ada apa-apa pertolongan macam kes V dulu dengan dia... Lessa masih lagi mendiam. Tidak jangka soalan Jimin hari ni. Sebelum ni Jimin tak pernah lagi menanyakan hal ni selepas kali pertama diorang bertemu. Lessa memandang Jimin yang masih lagi memandangnya. Berharap dia dapat memberi jawapan.
"Jimin" Jimin memandang muka pintu. Dia tersenyum dan bangun mendekati orang yang sudah sekian lama dia tidak bertemu.
"Baekhyun! Lama tak jumpa kau" Mereka berpelukan seketika.
"Kau tu, seminggu balik sini bukannya nak jumpa aku. Aku jugak yang datang" Baekhyun memandang sepupu yang paling rapat ini. Appa Jimin lah yang membantu dia dalam memulihkan penyakit psikologi dia ni. Sebab itu dia agak rapat dengan keluarga Jimin.
"Maaflah. Niat tu dah ada, tapi tak kesampaian" Jimin mengusap lehernya dengan senyuman sumbing. Dia berkata benar. Baekhyun cuma tersenyum saja.
"Jom lah duduk dulu" Ajak Jimin. Baekhyun bergerak ke tempat di mana Lessa duduk dulu. Jimin melihat sekeliling, kelibat Lessa sudahpun tiada. Pelik. Sebelum ni walaupun ada ja tetamu yang bertemu dengan dia, Lessa ada ja dengan dia. Siap kacau orang yang jumpa dia lagi. Tapi sekarang menghilang.
"Kau kenapa? Apa yang kau cari? " Baekhyun memandang Jimin yang masih berdiri di belakangnya.
" Tak ada apa lah" Jimin menuju ke kerusinya dan duduk.
"Kau sihat? " Tanya Jimin. Dia tahu sepupu dia ada masalah jiwa sikit.
"Okay. Aku sihat. Berkat appa kau dan doktor yang merawat aku tu. " Baekhyun tersengih lebar.
"Yang kau senyum macam kerang busuk ni kenapa? Kenapa dengan doktor tu? " Tanya Jimin sambil tangannya membaling pen ke arah Baekhyun. Pen itu berjaya ditangkap oleh Baekhyun dengan gelakan.
YOU ARE READING
ON||Grey's [S1+S2] OURLOVEBEGIN
RandomSLOW UPDATE Grey's... Tentang Jae masih kelabu/keliru dalam hidup dia.. Dia tak tahu tentang diri dia sendiri. Sejak mndpt mimpi yng pelik dan kejadian yng aneh sering mnganggu dia... Bahkan orang lain lebih lagi...nak tau dsebalik story ini?? Moh...