↪Chapter ONE↩

33 5 0
                                    

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Fail yang berlambak di atas meja aku tolak ke tepi. Kertas kerja yang baru diterima aku diletakkan di atas meja. Aku membelek kertas kerja yang baru diterima itu sehingga tidak sedar yang siang sudahpun melabuhkan tirai. Belakang leher aku gosok untuk menghilangkan sengal-sengal. Inilah kehidupan aku sekarang.

Aku Park Jae-hyun dan sekarang aku sudahpun berjaya mengecapi impian aku untuk menjadi seorang doktor psikologi... Impian ni pun sebab kejadian yang melanda kehidupan aku 6 tahun lalu. Entah mana datangnya rasa yang kuat dalam diri aku nak kaji mengenai psikologi manusia sedangkan dulu tak terdetik pun aku nak menjadi macam mana aku sekarang.

Aku bangun daripada kerusi empuk yang berwarna biru itu. Meja yang bersepah aku kemas walaupun diri aku sekarang dikuasai rasa malas. Esok mesti bertambah kerja aku kalau hari ni tak kemaskan.

Beg di sebelah disandang dan pintu bilik dikuak. Langkah kaki aku terus menuju ke arah kereta Honda Civic milikku. Okaylah tu, sekurang-kurangnya aku beli kereta ni cash〒_〒

Kereta yang dipandu aku terus meluncur ke atas jalan raya. Badanku sudahpun melekit dengan peluh. Sekarang dalam bayangan aku hanyalah tilamku yang sudah lama aku tak bersama dengannya. Mesti badan aku pun merindukannya.

Pagi

Deringan jam loceng menganggu tidur lenaku. Aku betul-betul rasa malas sekarang, kalau boleh nak ja aku ponteng kerja hari ni tapi aku ada appointment dengan salah seorang patient aku dan... Dia juga merupakah salah satu patient favourite aku . Nampak tak kegatalan dia di situ, tapi nak buat macam mana wajah dia iras sangat dengan orang yang aku sayang suatu ketika dulu.

Walaupun malas untuk bergerak sekarang aku gagahkan juga untuk menyiapkan diri aku. Seperti biasa penampilan aku, seluar slack dan baju kemeja yang di tuck-in. Rambut coklatku paras bahu lebih selesa aku ikat berbanding jatuh mengurai.

Aku berdiri di hadapan cermin dan memandang diriku atas bawah. Hari baru azam pun baru. Seperti biasa aku akan memberikan kata-kata semangat yang sama setiap hari pada diri aku. Dengan senyuman yang terhias di bibir aku melangkah dengan yakin menuju ke tempat kerjaku.

Hospital Happy

Kaki aku melangkah sahaja di hospital, aku terus dihujani dengan kata selamat pagi oleh orang yang terserempak dengan aku. Aku pun tidak lupa untuk mengucapkan selamat pagi kepada mereka. Pintu bilikku dikuak dari luar dan belum kaki aku melangkah aku terkejut melihat manusia yang berada di kerusi tempat untuk tetamu yang berkunjung.

"Dr. Park" Aku menoleh ke arah nurse yang berdiri dengan muka ketakutan. Dia mesti nurse baru dekat sini. Aku memberi senyuman kepada dia berharap dia selesa dengan aku. Garang sangat ke muka aku ni?

"Nae? "

"Patient Dr. dah tunggu dekat bilik Dr.. Saya cuba halang tapi dia berkeras nak tunggu dalam bilik Dr. Maafkan saya. " Nurse di hadapan aku cuba berkata tenang. Tapi aku tahu dia takut.

"Takpa. Awak boleh sambung kerja. Gomawo... "

"Sung, Na Sung-hee" Nurse comel di hadapanku memperkenalkan dirinya. Nampak macam muda daripada aku. Aku terus meluru masuk ke dalam bilik yang memang dikhaskan untuk aku. Kot putih yang tergantung di tepi pintu bilik diambil dan dipakai.

"Hai Baekhyun. Macam mana keadaan awak? " Tegur aku lalu berjalan untuk duduk di kerusi empuk biru ku.

"Ok" Aku tersenyum. Byun Baek-hyun,salah seoang pesakit aku dan dia disahkan menghidap penyakit split personality, dan hampir 2 tahun aku merawatnya,. Bukan tu ja, dia juga merupakan pesakit pertama aku.

"Macam mana awak rasa? Ada apa2 yang elok jadi pada diri awak" Fail peribadi aku keluarkan. Data-data tentang Baekhyun aku teliti. Sejak akhir-akhir ni aku tengok dia punya another personality agak lembut berbanding dulu. Kalau tak setiap masa agresif. Tapi personaliti utama dia... Dia seorang yang dingin dan sukar untuk bergaul pada mulanya aku kenal. Sekarang dia kelihatan lebih selesa bersama aku berbanding dulu.

"Ok ja" Aku menggangguk-angguk. Baekhyun menghidap penyakit ni sebab kisah silam dia masa kecil. Faktor utama dia ibu dan ayah dia yang selalu pukul dia setiap kali mengalami tekanan. Pengalaman tu akan menyebabkan dia menjadi trauma dan akan mencipta satu lagi watak yang dapat menyimpan kisah silam dia dulu. Sebab tu personaliti diri dia yang satu lagi agresif.

Dan dia bernasib baik kerana mempunyai pak cik saudara yang baik membawa dia ke sini untuk dirawat. Nasib baik ibu dan ayah dia sedar atas apa yang diorang lakukan atas satu-satunya anak mereka.

"Macam mana hubungan Hyun dengan omma appa? " Aku cuba menariknya untuk bercakap. Dia memang seorang yang dingin, tapi dia selalunya akan bercakap lebih daripada ni.

"Ok"

"Hyun tak ada apa-apa nak cakap dengan Jae lagi? " Aku sedih bila dia dingin dengan aku. Entah kenapa.

"Takda. Boleh saya beredar? " Aku mengganguk dan menghantarnya dengan senyuman di bibir.

"Kenapa pulak dengan dia. Rasanya minggu-minggu sebelum ni okay ja. Apa yang berlaku? " Aku mengurut-ngurut kepalaku yang sakit. Sakit memikirkan Baekhyun. Jam di atas meja ditatap. 30 minit saja perjumpaan kitorang kali ni. Selalunya sejam setengah...

Aku duduk merenung siling yang bercorak pelbagai aneka tersebut...

Bila tengok Baekhyun aku rindukan dia. Kim Tae-hyung, saya rindukan awak tapi saya tahu perkara itu mustahil sebab awak dah tiada di muka bumi ni.

Hujan yang turun lebat di luar seolah-olah sedang menanggisi kehidupan aku. Air mata aku seka kasar.

"No! Listen here Jae! Walaupun kau ada hati pada dia waktu tu... Kau tetap tak akan bersama dia!sebab tu dah melanggar fitrah alam! Dia hantu yang hadir dalam hidup kau dan hanya inginkan pertolongan saja!!! Dan kau manusia yang masih lagi diberi nafas. So fed up " Aku menghamburkan semua apa yang aku rasa di hadapan cermin di atas meja.

"Ehem, " Aku pandang di muka pintu dan kelihatan gerangan manusia yang berkot putih sepertiku juga menghampiri aku dan tanpa segan silu duduk tanpa diundang.

"Kau nak apa? " Tanya aku dingin. Mood aku swing sekarang. Sebenarnya setiap kali aku ingat Taehyung mood aku selalu swing.

"Rindu" Kata manusia di hadapan aku sambil menongkatkan dagunya menggunakan tangan. Ingat comel.

"Chanyeol aku ada banyak kerja ni. Kau datang sini, kerja kau yang melambak tu kau tinggalkan" Aku buat-buat sibuk dengan kertas-kertas yang berselerak.

"Aku bukan macam kau suka tangguhkan kerja. Yup! Sebab aku free aku jumpa kau. Saja nak luangkan masa dengan sahabat tercinta. " Kertas di tangan aku hempas dalam fail hitam yang tebal di depan Chanyeol.

"Tiba-tiba mood kau swing kenapa? Baekhyun tak jumpa kau? " Aku pandang Chanyeol lembut tanpa senyuman. Keluhan dilepaskan.

"Dia cam nak taknak ja cakap hari ni" Aku menyandar sambil berpeluk tubuh.

"Kau swing sebab dia ke Taehyung? Kan kau pernah cakap perilaku dia kadang-kadang kau bayangkan Taehyung. " Chanyeol di hadapan aku memandang aku serius sambil memeluk tubuh juga. Dia Park Chan-yeol iaitu sahabat aku sejak Uni lagi. Dan kitorang ambil course yang sama dan kebetulan kerja di tempat yang sama. Mengenai kehidupan aku suatu ketika dulu aku berkongsi dengannya sebab aku tidak tahan dengan kurniaan yang aku miliki disebabkan kemalangan yang aku tak ingini.

"Entahlah"

"Kalau camtu... Kau bercinta jalah dengan budak eyeliner tu" Selamba ayat-ayat tu keluar daripada mulutnya.

"Aa-ppa? " Aku pandang Chanyeol tak percaya. Aku tak pernah fikir lagi sampai ke tahap tu...

#Tbc

#Bercinta?Seyes ke?

10+ for next chapter🌸↩

ON||Grey's [S1+S2] OURLOVEBEGINWhere stories live. Discover now