🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Lie Cafe
"Ehem" Aku berdeham berkali-kali bila lihat Jimin hanya diamkan diri. Dia yang ajak aku datang sini dan dia senyap ja. Ingat senang aku nak kuatkan hati jumpa dia. Dan Park Chan-yeol! Siap dia esok. Selepas Baekhyun reda tadi dia terus tinggalkan aku selepas chek keadaan Ahjumma dengan Ahjussi Byun. Lepastu macam mana dia kenal Jimin! Aku memang cerita dekat dia pasal Jimin tapi aku tak pernah tunjuk langsung rupa Jimin macam mana dekat dia.
"Jae. Saya minta maaf atas apa yang saya buat dekat awak dulu" Aku diam ja. Senangnya kau minta maaf. Selepas kau curi hati aku sepenuhnya kau minta putus.
"Takpa saya tak kisah" Tak kisah! Aku kisahlah! Malu tau sebab aku ja yang iya iyakan sayangkan kau tapi kau tak boleh nak move on dengan Seol kau tu. Tanpa sedar aku asyik gigit bibir aku
Dulu selepas kes V selesai aku dengan Jimin kata nak try bersama. Dia yang minta. Aku seorang yang loyal sebab tu aku usaha lupakan Taehyung dan hati aku mula terima dia. Hampir 3 bulan kami bersama tiba-tiba dia kata dia tak boleh nak move on. Jadi dia minta putus. Agak-agak apa perasaan korang bila hati ni dah mula jatuh cinta, sayang tapi ditolak sebab dia tu tak boleh move on!
Tapi aku tak meradang masatu sebab aku tahu dia sayangkan Seol sangat-sangat. Jadi aku dengan muka pasrah dan reda ja dia minta putus padahal hati aku dah meletup masa tu. Berapa hari aku menangis sebab dia. Lagi sedih bila dia dengan hyung-hyung dia pindah tanpa beritahu aku.
Sejak tu aku cakap dekat diri aku supaya jadi kuat dan usaha demi masa depan aku sekarang. Pasal cinta tolak kebelakang dulu. Dan aku berjaya jadi apa yang aku jadi sekarang.
Lepas aku dah diterima dekat sebuah hospital ni aku terus dapat pesakit. Dahla muka dia iras Taehyung. Siapa lagi kalau bukan Baekhyun pesakit pertama aku. Selepas tu aku rindu Taehyung balik sebab setiap kali tengok Baekhyun aku teringatkan Taehyung. Terus Jimin aku lupa. Kalau jumpa Baekhyun je lah.. Konflik perasaan sendiri...
Dah lama tak jumpa dia, dia muncul depan aku balik. Sekarang aku pula yang ada masalah jiwa. Kejap Baekhyun, kejap Jimin kejap Taehyung. Pening! Apatah lagi Baekhyun sejak akhir-akhir ni jadi charming semacam. Perasaan dekat Jimin pula masih bercambah lagi. Taehyung? Setiap kali aku tengok Baekhyun aku rindu Taehyung. Jadi aku takut suatu ketika rasa sayang aku dekat Baekhyun sebab Taehyung.
"Jae" Aku tersedar bila bahuku digoncang sedikit. Aku menjauhkan tubuh badan aku sikit dari Jimin. Tiba-tiba dia beberapa inci ja depan aku.
"Maaf. Awak okay? " Aku mengangguk. Aku takda mood nak bercakap dengan dia.
"Saya tahu awak masih lagi marahkan saya" Jimin memandang aku dengan pandangan sayu. Saja nak pikat aku balik ke apa. Terus aku pandang luar. Tak boleh! Aku tak boleh biar perasaan ni bercambah lagi walaupun dia tengah bercambah sekarang. Aku rasa aku kena suruh Chanyeol rawat aku jugak ╥﹏╥
"Hmmm. Macam mana awak kenal Baekhyun? " Pandangan aku tala ke arahnya.
"Dia sepupu saya." Aku mengangguk sekaligus agak terkejut la. Memang antara kami kekok.
"Awak kenal Junghyun?" Dia mengangguk. Mesti Ahjumma dengan Ahjussi Byun yang beritahu. Lagipun nama tu aku yang bagi. Nama abang kembar aku dulu.
"Macam mana awak sekarang? Deria keenam awak? " Soal dia pula.
"Okay ja. Sekarang dah kurang. Tak macam dulu sangat" Aku menggaru leher. Gelisah aku bila tengok dia senyum macam tu.
"Baguslah. " Dia bermain-main dengan sudu di atas meja. Masing-masing diam. Dah sekian lama tak jumpa.
YOU ARE READING
ON||Grey's [S1+S2] OURLOVEBEGIN
CasualeSLOW UPDATE Grey's... Tentang Jae masih kelabu/keliru dalam hidup dia.. Dia tak tahu tentang diri dia sendiri. Sejak mndpt mimpi yng pelik dan kejadian yng aneh sering mnganggu dia... Bahkan orang lain lebih lagi...nak tau dsebalik story ini?? Moh...