↪Chapter EIGHT↩

14 3 0
                                    

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Hospital Besar Seoul

Aku mengikut langkah Chanyeol daripada belakang.

"Jae! Cepatlah! " Chanyeol menggengam tangan aku selepas aku kelihatan terpinga-pinga.

"Jimin kau okay" Tambah Chanyeol. Dia macam tahu tahu ja apa yang aku rasa.

•Wad 391 : Park Ji-min•

Langkah aku berhenti. Chanyeol pandang aku meminta penjelasan.

"Aku tak ganggu ke? " Muka aku gelisah. Aku tak tahu kenapa aku berperasaan macam ni. Chanyeol memegang kedua belah pipi aku. Matanya merenung tepat mata aku.

"Boleh tak kau jangan mengada dan ikut ja" Dengan sepantas kilat tangan aku mencubit pinggangnya. Menjerit dia dekat situ. Biar padan dengan muka. Orang serius dia main-main. Kami berdua jadi perhatian orang ramai selepas si Chanyeol ni terlompat-lompat macam monyet.
Tangan dia aku tarik dan terus masuk ke dalam bilik... Park Ji-min.

"Jae! " Aku pandang Jhope. Apa yang aku buat ni! Tadi punya la takut nak masuk... Omma tolong Jae.. Semua perhati aku dan aku perasan Baekhyun pun ada juga... Dia pandang aku dengan wajah keliru.

"Jimin! Kau okay" Chanyeol berlari ke arah Jimin. Tangan Jimin digenggam. Dia dah mula dah...

"Hey! " Jhope menghampiri aku dan aku memeluknya. Aku agak rapat dengan Jhope. Satu-satunya orang yang aku tak gelar sunbae walaupun dia tua setahun daripada aku.

"Dah lama tak jumpa! Jae tak rindu Hope dengan yang lain ke?" Jhope memegang bahu aku. Mukanya dicebikkan. Aku ketawa kecil.

"Mana ada. Semua orang saya rindu" Balas aku. Dalam bilik ni ada Jhope, Suga,Jin dengan Rapmon sunbae. Diorang memang sehati sejiwa betul. Tak lupa Baekhyun, aku dan Chanyeol. Baekhyun masih lagi memandang aku... Aku sempat hadiahkan dia senyuman. Chanyeol tengah borak dengan Jimin. Tah apa la yang dia bualkan.

"Jimin pun sama" Sambung Jin sambil memeluk bahu aku. Semua mata terarah pada aku. Chanyeol dah tersenyum senget ke arah aku. Mula lah idea dia nak menyakat aku nanti. Pipi aku lagi merah bila Jimin turut pandang.

"Sunbae-sunbae semua sihat? Dah lama kita tak jumpa. Cuma beberapa hari lepas terserempak dengan Suga sunbae. " Topik terus aku tukar. Mata aku melirik sedikit ke arah Jimin yang sambung sembang balik dengan Chanyeol. Aku agak terasa dekat situ.

"Sihat ja. Pergilah duduk. Dok berdiri apa depan pintu ni" Arah Rapmon lalu aku berjalan ke arah satu kerusi kosong sebelah Baekhyun.

"Hi Hyun" Aku melambai ke arah Baekhyun. Dia tersenyum ke arah aku semula.

"Jimin, hyung semua nak balik dah. Kitorang ada kerja. " Jimin mengangguk. Sebelum diorang berempat keluar mereka melambai ke arah aku. Aku bangun menunduk 90 darjah.

Dalam bilik ni hanya bunyi suara Chanyeol dengan Jimin yang berbual. Aku dengan Baekhyun macam patung tak bercakap mahupun bergerak.

"Chim aku terpaksa gerak dulu" Baekhyun bangun menghampiri Jimin. Tangan dia menepuk bahu Jimin.

"Eh,kau baru ja datang. Aku tak puas borak dengan kau lagi" Jimin membalas tangan yang Baekhyun sua.

"Maaflah" Aku menekup mulut menahan tawa bila Chanyeol meminta maaf. Sebab dia yang sibuk tadi nak bercakap dengan Jimin.

"Takda apalah Chanyeol. " Jimin tersenyum. Aku memandang Chanyeol lalu berkata perlahan 'padan muka'. Dia terus mencebik.

"Gotta go. Selamat tinggal Jae" Aku yang tengah senak perut sebab tahan gelak tersentak bila Baekhyun menegur aku. Aku bangun dan menunduk ke arahnya.
Dia pun berlalu pergi.

ON||Grey's [S1+S2] OURLOVEBEGINWhere stories live. Discover now