•Opening•

8.1K 261 6
                                    

190 tahun dahulu....

(Ketika Syaz dan Syah berumur 9 tahun..)

"WARGHHHH!!"

Kedengaran sergahan beribu-ribu ekor Orc dari luar pintu gerbang kota.Sungguh nyaring dan membingitkan telinga sesiapa yang mendengarnya.

Pintu masuk utama itu dirempuh hebat dari luar.Begitu ramai Jeneral dan satria menghadang pintu besar itu dengan menggunakan tubuh mereka sendiri.

Orc diluar semakin lama semakin mengganas.Kini mereka mulai merempuh pintu gerbang itu dengan mengunakan beberapa kayu balak gergasi yang telah tumbang.

"Satria-satria beta sudah tak boleh nak bertahan lagi! Sediakan senjata! Bersedia untuk bertempur dengan si penceroboh ni!" Titah seorang raja kepada askar-askarnya.

Arahan diterima.Masing-masing menarik pedang yang tersisip di pinggang,bersedia untuk bertempur.

Semakin lama,pintu itu semakin terbuka. Kesemua Orc yang cuba menyelinap masuk,ditikam mereka sehingga mati.

Gedebakkk!!

Kini pintu gerbang itu terbuka luas sepenuhnya.Beribu-ribu Orc berhimpit-himpit,datang menyerbu kesemua askar yang ada.

Askar-askar,Herbalist,Magician,Witch mahupun kesemua Alchemist, berkerah tenaga melawan musuh yang satu itu.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"ARGHHH!!"

Gedebukkk!!

Syah tersembam diatas tanah.Ini adalah kali ke-40 dia terjatuh akibat tersadung akar kayu pokok.

"Syah! Bangun! Kita mesti lari! Orc tu dah semakin dekat!" Syaz mengingatkan.Tangan Syah ditarik supaya adiknya bingkas bangun.

Terbongkok-bongkok Syah berdiri.Kakinya sakit.Satu badannya calar balar kerana terjatuh.

"Abang..Sakit.." Adu Syah bersama esak tangis.Terjingkit-jingkit dia berlari sambil dipapah abangnya.

"Abang tahu! Abang tahu! Tapi kita mesti lari jugak! Kita tak boleh mati dekat sini! Adik nak jumpa ayahanda,kan? Kan? Jadi,jangan mengalah!" Ucap Syaz,sebagai pembakar semangat untuk diri mereka berdua.

"Emm!!"

Syah mengangguk laju.Ya! Dia tak nak mati di sini! Dia masih nak jumpa ayahanda dia!

Dari jauh Orc yang mengejar mereka,melaung.

"Hei! Berani kau lari dari aku,hah?! Kau tunggulah nasib kau lepas ni!"

Busur diambil,anak panah ditarik.Targetnya pula adalah si Syah.

Shuppp!!

Anak panah dilepaskan oleh Orc tersebut.

"Arghhh!" Jerit Syah,penuh kesakitan.Tangan yang ditembusi anak panah,dipegangnya.

Syaz juga turut merasakan kesakitan itu.Namun,dia masih tetap bertahan.

Dengan tangan yang terketar-ketar,Syaz menghalakan tapak tangannya kearah Orc tersebut.

"Inzirena!!" Spell dibaca.

Gedebushhh!!

Satu berbola api yang keluar dari tapak tangan Syaz,mengena tepat ke tubuh Orc tersebut.

"Warghhh!!" Jerit Orc itu,ketika dia terpelanting jauh ke belakang!

Peluang keemasan ini diambil.Syaz pantas melarikan adiknya sejauh mungkin dari situ.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now