SINOPSIS CINTA 11 SYARAT

17.6K 160 2
                                    

Sinopsis : Cinta 11 Syarat

RASYA pelajar tahun akhir yang bijak. Namun tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus hidup tatkala didapati dirinya berbadan dua. Hidupnya yang tenang dan bahagia terus berputar 360 darjah. KOMENG atau nama sebenarnya Haziq pula adalah lelaki yang sering berbuat dajal, tiba-tiba melamar Rasya biarpun nama itu sudah busuk dijaja, kononnya menyundal.

ANTARA takut, sakit hati dan budi Komeng menyelamatkannya dibelasah teruk oleh si ayah, membuatkan Rasya dalam dilema. Manakan tidak, Komeng si samseng itu pernah menyebabkan dia hampir mati. Bukan sekali tetapi dua kali! Tapi, demi keluarga, Rasya akur perkahwinan ini walaupun cuba menidakkan sebelumnya. Demi satu semester lagi dia juga akur syarat-syarat Komeng biarpun menyesak dadanya. Rimas sangat apabila antara syarat Komeng memintanya memanggil 'abang'!

"Kalau Sya nak minta kebenaran peluk abang tiap-tiap malam... abang setuju sangat. Abang lagi suka." Sengaja dia menyakat isterinya.
Rasya merengus geram. Lelaki ini memang suka menguji kesabarannya. "Hesy! Bukan fasal tulah. Tolong sikit. Erm... Sya..."
"Abang perasan yang isteri abang manja sangat semalam," usik Haziq lagi.
"Abang... boleh tak jangan sebut fasal semalam lagi?"
"Tapi Sya nak cakap fasal semalam jugak, kan?" duga Haziq bersahaja.
"Ini hal lainlah. Fasal semalam tu..."
"Kenapa?" potong Haziq.
"Errr... semalam tu... jangan fikir sebab semalam kononnya kita dah okey. Sya tetap tak suka abang," luah Rasya berani. Ya, benci itu tetap setia dengannya. Dia tidak mahu Haziq menyangka yang mereka sudah boleh berbaik-baik.
"Abang tahu." Dia sudah dapat mengagak itu. Dan dia tidak mengharapkan apa-apa.
"But thanks for last night," ucap Rasya ikhlas sebelum berlari anak masuk ke dalam rumah.

NAMUN, kehidupan Rasya bukan seperti yang diduga. Kebencian umi Komeng juga selalu buat dia serba salah. Dan apa yang akan berlalu apabila lelaki yang menghamilkannya tanpa sengaja tekad mengejarnya?

"Patutnya Rie yang sentuh perut Sya, mak. Kesalahan Rie terlalu besar. Rie takut samseng tu berpura-pura, mak. Rie takut dia buang anak tu nanti dan dideranya Sya. Rie nampak tadi mata dia mak. Dia pandang sinis pada Rie. Dia...dia macam sengaja nak tunjuk dia hebat. Nak bagi tahu Rie yang anak tu anak dia. Tu, anak Rie, mak." -

BENARKAH Komeng berpura-pura seperti yang dikata Syahrie?

Cinta 11 SyaratWhere stories live. Discover now