Bab 4

4.5K 61 0
                                    

"NI apasal ni? Tak best betullah Abang Rie ni. Monyok aje. Kalau macam ni Sya balik kampung ajelah." Rasya berpeluk tubuh dengan wajah mencuka. Matanya masih melirik ke arah Syahrie. Dia sekadar mahu menarik perhatian lelaki itu.

Dari tadi lagi puas dia memerhatikan lelaki itu bertekak di telefon. Dengan siapa lagi kalau bukan dengan kekasih hati. Akhir-akhir ini makin kerap pula mereka bertekak. Banyak betul masalah. Pasti ada yang tidak kena antara mereka.

Entah-entah Kak Rita betul-betul dah berubah hati tak? Hatinya berteka-teki sendiri. Rasa belas mula bergayut di tangkai hatinya. Apa agaknya yang akan terjadi pada lelaki itu jika ditinggalkan kekasih yang dicintai separuh mati selama lima tahun itu? Agak-agak terbalik tak rumah ni? Rasya memandang sekitar ruang tamu dari siling hinggalah ke pelosok sudut. Cantik dan kemas!

Syahrie tersenyum hambar. Hati adik nan seorang itu perlu dijaga walau betapa sakit hatinya pada Si Rita. "Aik, Abang Rie yang gaduh dengan awek... dia pulak yang nak merajuk." Syahrie terus meneka detik hati Rasya.

"Orang tetamu kat rumah ni tahu tak? Tapi tak dilayan pun," tingkah Rasya berbaur rajuk. Dia mahu seluruh perhatian Syahrie tertumpu padanya seorang. Biar Syahrie dapat melupuskan sakit di hati.

"Oh, tetamu ya? Kalau tetamu nak kena layan macam mana, eh?" Sinis Syahrie langsung membahang di cuping telinga Rasya.

"Hemmm... let me see first." Rasya mengerutkan dahi seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. "Kita pergi Times Square nak? Bosanlah duduk rumah," usul Rasya seketika kemudian.

"Nak buat apa pergi sana?"

"Eleh, Abang Rie ni buat-buat tak faham pulak. Sediakan poket anda, ya," pesan Rasya seperti kebiasaannya. Syahrie tidak pernah kedekut dengannya. Setiap kali berjalan-jalan dia tidak pernah mengeluarkan duit sendiri.

"Ni nak pergi mana pulak ni?" Syahrie menyoal Rasya yang sudah melangkah laju menghampiri tangga.

"Nak pergi bersiaplah. Abang Rie ni... tak kiralah kena bawak Sya keluar jugak." Syahrie tergeleng-geleng melihat gelagat gadis itu yang terus menaiki anak tangga tanpa menanti bidasannya.

"Tu nak pergi mana pulak tu?" Puan Laila yang baru keluar dari dapur menegur anaknya sambil bibirnya menjuih ke arah Rasya yang sudah menghilang di tingkat atas.

"Rie nak pergi Times Square kejap. Budak manja tu macam biasalah nak menghabiskan duit anak mak ni."

"Hah, pergilah... bawak anak dara orang elok-elok. Tak adanya luak duit kamu tu Rie," sindir Puan Laila yang sememangnya tahu bahawa Syahrie amat menyayangi Rasya seperti adik sendiri.

"Memang tak luak pun mak. Berapa sangatlah Sya tu nak berbelanja." Rasya bukannya jenis yang kuat meminta. Paling kuat pun hanya meminta untuk menonton wayang dan makan di restoran makanan segera. Selebihnya hanya window shopping. Selalunya dia sendiri yang mahu membelikan sesuatu untuk adik sepupunya itu. Puan Laila kembali semula ke dapur untuk meneruskan agendanya memasak buat suami tersayang.

"Abang Rie tercegat kat sini lagi buat apa? Kalau macam ni bila nak sampai!" marah Rasya yang melihat Syahrie masih termangu di sofa tidak berkutik. Melangut melayan perasaanlah tu. Faham sangat dia akan abang sepupunya itu.

"Cepatnya siap," komen Syahrie.

"Orang pergi pakai tudung aje tadi. Bukannya nak make up pun. Tempek bedak sikit jadilah. Orang dah original cantik tak payah nak make up sangat," ujar Rasya mengangkat bakul sendiri.

Cinta 11 SyaratWhere stories live. Discover now