Bab 1 part 2

6.3K 90 4
                                    

"KALAU I rindu you macam mana?" Jaslene menyoal manja. Haziq sekadar tersenyum sinis. Perempuan yang seorang ini memang tidak kenal erti penolakan. Sudah puas dihalau tetap juga menggesel di kaki. Rimas!

"Please don't," pendek sahaja jawapannya.

Dia kemudiannya melangkah ke arah Dato' Baki, seorang lelaki yang sudah terlalu banyak memberinya peluang dan tunjuk ajar. Dia sudah lama bekerja di sisi lelaki itu. Lelaki separuh abad itu cukup baik dengannya. Sudah dianggapnya seperti ayah sendiri. Malah majlis perpisahan ini juga diaturkan oleh lelaki itu.

"Ziq... Haziq!" Jaslene melaung apabila Haziq terus pergi, malah langsung tidak mempedulikannya.
"Thank you so much, Dato'. Dato' dah banyak bagi saya peluang," ucap Haziq. Dia berjabat tangan dengan Dato' Baki. Budi lelaki tua itu tidak mampu dibalasnya.

"Saya cuma bagi peluang. Tapi awak sendiri yang ambik peluang tu dan majukan diri. Kalau awak sendiri tak berusaha, peluang tu akan jadi sia-sia. Tak payah nak merendah diri sangat. Sebenarnya, berat hati saya nak lepaskan pembantu terbaik saya ni. Tapi saya takkan halang awak untuk terus maju, Haziq. Itu yang harus ada dalam diri anak Melayu. Saya sebagai pembimbing, tak akan sesekali hancurkannya." ujar Dato' Baki.

"Ziq..." Suara rengekan manja Jaslene menyelinap ke halwa pendengaran langsung menjelikkannya. Jaslene tanpa silu memaut lengannya.
"Dato'... I nak curi Haziq sekejap," pinta Jaslene manja. Wajah Haziq berubah, dia terasa serba salah. Ikutkan hati mahu sahaja dia menolak. Namun di hadapan Dato' Baki dia terpaksa juga melayan kerenah Jaslene.

"You nak apa ni?" Haziq menyoal keras setelah mereka berada agak jauh daripada Dato' Baki.

"I nak you!"

Mendengar sahaja jawapan itu, senyuman sinis terpamer lagi di wajahnya. Dasar perempuan tidak faham bahasa.

"Cukuplah, Lene. I'm sick of you. You dengar baik-baik. I tak suka perempuan macam you ni!" tegas Haziq. Nada suaranya tetap terkawal. Tidak mahu menarik perhatian yang lain. Dia muak melayan kerenah Jaslene. Penat!

"Kenapa? I tak cukup cantik? Tak cukup seksi untuk you?" Jaslene tidak berpuas hati, memohon kepastian. Belum ada lelaki yang berani menolak kehadirannya. Lelaki yang seorang ini pula pandang sebelah mata pun tidak. Itu yang membangkit kehairanannya. Sekurang-kurangnya jika tidak menyentuh, memandang tetap ada.

"Memang tak cukup. Semuanya tak cukup. Kain pun tak cukup!" sindir Haziq tegas.

"You!" Membuntang mata Jaslene melampias marah.

"Kenapa? Tak betul ke apa yang I cakap? Kalau dah tak ada apa-apa... I pergi dulu." Haziq sekali lagi meninggalkan Jaslene. Jaslene mengetap bibir geram.

Dia bukan jenis lelaki berhidung belang. Perempuan seperti Jaslene tidak mungkin menarik perhatiannya. Baginya ciri-ciri gadis yang ideal perlulah manis di matanya. Imej Jaslene yang selalu dengan mini skirt ketat lagi pendek langsung tidak manis di matanya. Menyakitkan mata adalah.

Jelak dan mual dengan sikap segelintir gadis di akhir zaman ini. Hilang sudah perasaan malu yang sepatutnya menabiri lahiriah mereka. Mulalah fitnah tersebar bertaburan di sana-sini. Hanya gara-gara gadis yang tidak tahu menjaga aurat yang amat dituntut dalam Islam.

HONDA Civic berwarna putih menjalar masuk ke pekarangan Mentari Kondominium yang terletak di kawasan Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Kedudukan kondominium yang tinggi melangit itu menjadi pilihan kerana statusnya yang masih bujang. Jika sudah berkahwin kondominium bukanlah tempat yang sesuai bagi majoriti pasangan. Suis lampu dipetiknya. Barulah terang-benderang suasana di dalam rumahnya itu. Dia merebahkan diri di sofa. Penat melayan kata-kata ucapan daripada teman-teman sekerja. Semuanya mendoakan yang terbaik untuknya. Semoga doa itu dimakbulkan-Nya.

Tinggal bersendirian di kondominium ini membuatkan hatinya terdetik mahu mencari seorang teman. Seorang isteri yang akan menantinya tika pulang dari kerja. Namun hingga ke hari ini belum terbuka hatinya untuk menerima mana-mana gadis.

Kebanyakan gadis yang berada di sekelilingnya hanyalah yang tahu mendedahkan paha gebu mereka. Rambut pula sudah dicelupkan dengan pelbagai warna. Dia tidak suka sama sekali gadis-gadis begitu. Dia mahukan gadis yang masih ada nilai kemelayuan dalam diri. Bukannya minah salih celup. Langsung dia masih bersendirian hingga kini.

Puan Saodah pula bukannya mahu tinggal bersamanya. Tidak suka tinggal di kondominium katanya. Kalau rumah teres seperti Syairah mahulah dia. Baru kaki boleh pijak tanah. Hati terasa tenang melihat sekeliling rumah. Tetapi, bila diusulkan mahu pulang ke kampung halaman mereka, tahu pula uminya mahu turut serta. Umi... umi...

Sebenarnya dia sudah bosan tinggal di kota serba sibuk ini. Dia rindukan ketenangan dan kesegaran kampung halaman mereka. Dialah penyebab mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke ibu kota. Kalau tidak pastinya mereka masih terus menetap di Kampung Padang Menora.

Memorinya tentang kampung halaman masih utuh. Di situlah dia membesar. Di situlah kenakalannya bermula. Dan di situlah juga dia diberi pelbagai gelaran. Bibirnya menguntum senyum tanpa sedar. Mewah sungguh kenangan masa lalu.
Tanpa dipinta wajah yang sudah lama menghantui hidupnya seakan-akan bermain di layar matanya.

Wajah masam mencuka itu tidak pernah hilang dari layar ingatan. Masih segar seperti sembilan tahun yang lalu sebelum dia melangkah keluar dari kampung halaman.

Wajah itu ibarat bayang-bayang yang mengekorinya ke mana sahaja. Wajah yang menunjukkan seribu kebencian. Wajah yang tidak pernah tersenyum tatkala bersua muka dengannya. Dan dia yakin wajah itu akan terus begitu walaupun setelah sembilan tahun berlalu.

Cinta 11 SyaratWhere stories live. Discover now