Aku janji

20 0 0
                                    

Percaya pada aku, kelak kau faham akan itu. Tentang apa yang aku fikirkan mengenai kita. Tentang bahagia kamu yang kekal menjadi parioriti doa-doa.

Aku putar, setiap cerita tentang laci kehidupanmu, mereka-mereka yang menyakiti kamu dan mereka-mereka yang kamu sayangi meninggalkan kamu bersama penyesalan. Dan sunyi, sepi , sendiri menjadi teman baik yang tak terpisah dari raga.

Aku juga meninggalkan kamu. Mencabar kamu untuk berdiri. Aku ukir kesakitan yang kelak bawa kesenangan dalam jalan yang kamu lalui.

Ukiran yang menyakitkan aku juga. Kerana kita tahu, bila kita saling sayang, kita tak mampu menyakiti. Dan jika kita tetap berbuatnya, sakit itu sama nilainya.

Berbahagialah. Aku bahagia jika kau bahagia. Aku janji.

Cinta Sang PemujaWhere stories live. Discover now