Sebasah apa alis matamu
Sesejuk mana hati kering itu
Nanti juga mati;
Kerna ada garis waktu di setiap ciptaan Tuhan
Untuk setiap yang berdegup teruja hingga nanti ritmanya perlahan sayup menghilang
Persis luputnya cinta dia buat kamuDan kamu akan menyembuh
Menyegar di setiap hirupan udara pagi
Dengan membawa sejambak kemungkinan
Bahawa esok kamu akan mencinta lagi.
YOU ARE READING
Cinta Sang Pemuja
PoetryDi sini aku memujanya, yang mungkin tidak kamu nampak. Tapi dirasa bagi yang punya rasa sama. 1825 hari Dan aku masih untuk kamu, meski kau bukan untuk aku