(Image of Tulip's. Heroin in this story. Well, korang boleh imagine Tulip as everyone else but to me; This is Tulip Heart. Source from google images.)
Dari jauh, penduduk desa Hiluth dari negara Riloex bersorak riang kerana mereka sudah nampak 5Wave kemari. 5Wave ialah kumpulan yang terdiri daripada lima ahli kumpulan yang handal menggunakan sihir.
"Hai!!" Tulip, si gadis berambut merah jambu terloncat-loncat melambai ke arah penduduk kampung.
"Tulip dengan perangai budak-budak dia tu. Memang tidak boleh dipisahkan." Enna menggelengkan kepalanya melihat telatah Tulip.
"Tulip masih lagi budak. Masih boleh diterima. Tapi masalahnya Kim ini budak lagi ke?" Olio, jejaka misteri dengan mulutnya tertutup dengan kain menunjuk ke arah Kim. Enna dan Rex hanya diam memerhati kerenah Kim. Kim, jejaka dengan kemeja. Nampak kemas ditambah dengan rambut hitam berkilatnya.
"Wah, tak sabarnya! Dapatlah lepaskan rindu dekat Hiluth! Dapat makan Mihun Sup di Warung Tok Ayah! Ketua ini suka bagi misi yang makan masa kan-kan-kan?" Kim meloncat-loncat persis anak kecil. Baju yang sepatutnya kemas terselit di dalam seluar tetapi sudah terkeluar dibiarkan sahaja.
"Haah, selepas itu kita kena tinggal di kawasan itu! Lecehlah." Tulip terus menyilangkan tangannya. Konon itu tanda protes. Namun, Kim ketawa kerana hoodie kucing milik Tulip sudah menutup keseluruhan wajah Tulip.
"Hahaha. Lain kali pakai baju ikut saiz badan. Ini suka sangat pakai baju besar-besar! Ingat Tulip, kau itu budak kecil aja." Pesan Kim sambil menyerabaikan rambut merah jambu milik Tulip. Kemudian dia ketawa. Seronok dapat mengenakan Tulip.
"Suka hati Tulip lah!" Pipi dikembungkan. Tangan masih lagi disilangkan. Tapi kini ditambah dengan hentakan kaki menyebabkan bunyi burung berkicauan kuat. Nampak sangat hentakan tadi itu kuat walaupun nampak perlahan. "Tulip bukan budak kecil lagilah! Umur Tulip tahun ini sudah masuk 18 tahun! Tulip sudah sebaya dengan Rex!" Olio seakan terkedu dengan pernyataan daripada Tulip sebentar tadi. Kim buat muka blur dia.
Sebaya Rex? Rex yang badannya besar sebaya dengan Tulip yang kecil molek ini?
"Betul ke Rex?" Soal Kim. Dia tidak percaya bahawa Tulip yang kelihatan 12 tahun itu sebaya Rex.
"Haah. Kira aku dengan dialah yang paling tua dalam kumpulan ini. Eh, Enna lah! Dia sudah 20 tahun! Olio baru 17 tahun dan kau lah yang paling muda sebab kau baru 15 tahun." Terang Rex dengan suara garaunya itu.
"Kenapa aku tak tahu mengenai hal ini?" Soal Olio sendirian.
"Sebab kau tak pernah peduli pun tentang hal ini." Jawab Enna, sinis.
"Ala, aku ke yang paling muda? Urm, tak sukalah macam ini! Kena paling Tulip dengan gelaran 'Kakak' lah macam tu. Selepas itu, Enna pula dengan gelaran 'Mak Cik'. Hahahaha. Kakak Tulip. Mak Cik Enna. Sesuai!" Kim ketawa manakala Enna sudah marah. Pedang gergasi muncul di tangan Enna dan Enna terus mengejar Kim.
"Jangan lari Kim Vampyr!" Jeritan Enna bergema seluruh desa Hiluth. Tulip pula hanya ketawa.
"Cubalah kejar Mak Cik Enna Stone!" Kim sengaja memanggil Enna dengan gelaran mak cik sebelum melarikan diri dengan pantas.
"Enna ni garang sangat. Hahaha tapi Kim lah suka sangat bermain-main." Rex juga ketawa melihat telatah Enna dan Kim.
"5Wave memang tidak akan lengkap kalau tidak ada huru-hara." Ucap Olio sebelum meneruskan perjalanan pulang ke desa Hiluth.
YOU ARE READING
5 Wave
FantasyTulip, gadis ceria dengan kuasa flora-fauna nya. Rex, bertubuh sasa dan bersaiz besar. Enna, pakar dalam seni pedang. Olio, lelaki dengan kuasa gelap voodoo. Kim, suka bermain dan serius apabila berlawan. Kenapa author terangkan tentang mereka berli...