(Yeah, inilah Kim Vampyr. Dengan mata natural merah dan gayanya bersahaja memang berjaya memikat hati author. Melting! Source from google images)
Petang itu, semua ahli 5 Wave berjalan seiringan di tepi sungai. Derauan bunyi anak sungai menenangkan jiwa mereka yang tengah kusut sekarang.
"Jadi kita semua kena tangkap benda itu daripada ia terus membunuh penduduk Hiluth? Percuma? Ketua tak kasi ganjaran ke?" Olio memulakan bicara. Dari lirikan matanya tampak kecewa. Kerja percuma siapa yang suka?
"Nampaknya kita kena lakukan kerja ini secara percumalah. Lagipun ini melibatkan desa Hiluth dan nyawa penduduk sini." Rex membalas. Tukul dibelakangnya sentiasa dibawa.
Rex tidak mahir dalam sihir penyimpanan seperti yang mampu Enna lakukan. Enna mempunyai sihir dimana dia mampu menyimpan semua jenis pedang miliknya di suatu dimensi. Apabila Enna berhajat untuk menggunakan pedang tersebut maka muncullah pedang itu. Oleh sebab itu dia terpaksa menggunakan kuasa magik yang wujud dalam tukulnya itu.
Beza antara sihir dan magik disini ialah sihir merupakan kuasa elemen yang wujud dari dalam tubuh seorang ahli sihir. Tetapi terdapat juga para ahli sihir menggunakan magik. Magik hanya wujud dalam bentuk objek. Para ahli sihir memerlukan kuasa sihir dalam penghasilan magik. Magik yang terhasil berbeza mengikut sihir masing-masing. Para ahli sihir juga dikehendaki mencari senjata ataupun apa-apa alat dahulu sebelum dibaca mantera sihir bagi menghasilkan magik pada senjata pilihan para ahli sihir. Magik juga memberi banyak kelebihan kepada pemiliknya kerana magik masih dapat digunakan walaupun sudah kehabisan kuasa sihir.
"Kita tak tahu siapa atau apa pun benda yang serang Hiluth. Tapi yang pasti kita kena tangkap benda tu sebelum keadaan jadi lebih parah." Wajah Enna terus memaparkan reaksi serius.
"Ahhh, kena buat kerja lagi~" Tulip merungut. Penat dari misi sebelum ini pun masih belum hilang lagi. Ni ada misi baru pula.
"Dengar sesuatu tak?" Kim bersuara tiba-tiba. Dia pantas berlari mengikut arah dari suara itu.
"Uh? Tulip tak dengar apa-apa pun." Hoodie kucingnya terus berubah persis telinga arnab. Magik Tulip ialah hoodienya. Telinga panjangnya bergerak- gerak sebelum berjaya menangkap satu suara yang kedengaran agak halus. Mungkin sebab sumber suara itu jauh.
"Tolong! Tolong!!"
"Ada orang minta tolong! Ikut Kim!!" Mulanya Enna, Rex dan Olio terpinga-pinga dengan tindakan Kim namun setelah mendapat arahan daripada Tulip semua berlari mengikut jejak Kim walaupun Kim sudah jauh masuk ke hutan.
"Budak Kim ini laju sangatlah!" Olio berhenti selepas seketika berlari. Mereka kehilangan jejak Kim.
"Jangan risau! Kim berada dalam kawasan kegemaran Tulip. Ini hal mudah saja." Tawa Tulip dihujung percakapannya. Hutan memang kawasan kegemarannya.
Telinga arnabnya kini sudah hilang. Tulip pantas membuka kasutnya. Getaran yang Kim hasilkan semasa berlari dapat dia rasai pada tapak kakinya.
Enna tersenyum memandang Tulip. Gadis kecil dengan kuasa yang hebat. Mereka semua tahu, Tulip dari keluarga Heart dan keturunan Heart memang cekap menggunakan sihir flora dan fauna. Flora apabila dia dapat menggunakan kuasa tumbuhan. Fauna pula apabila dia mampu mengubah dirinya kepada bentuk fizikal sesuatu haiwan. Kemahiran merasai getaran pada tanah dan mampu hasilkan getaran yang kuat itu memang kebolehan semula jadi Tulip.
"Ikut Tulip!" Tulip terus mengetuai larian apabila Olio, Rex dan Enna mengikutinya daripada belakang.
Tidak lama selepas itu, mereka dapat melihat api marak dari tengah hutan. Mengetahui itu pasti sihir api milik Kim, mereka mempercepatkan larian.
YOU ARE READING
5 Wave
FantasyTulip, gadis ceria dengan kuasa flora-fauna nya. Rex, bertubuh sasa dan bersaiz besar. Enna, pakar dalam seni pedang. Olio, lelaki dengan kuasa gelap voodoo. Kim, suka bermain dan serius apabila berlawan. Kenapa author terangkan tentang mereka berli...