Mereka semua tiba juga di rumah milik Luke. Rumah banglo dengan sentuhan klasik yang indah dipandang mata itu mencuri perhatian mereka.
"Terima kasih ya semua!" Ucap Luke.
"Ala, kerja mudah aja ini." Tulip tersengih.
"Dahlah, jom kita balik. Sudah lewat petang ini. Satu hari ini aku tak makan lagi Mihun Sup Tok Ayah." Ujar Kim seraya mereka berempat meminta diri untuk pulang daripada situ.
"Kim, tiap-tiap hari kau nak makan Mihun Sup Tok Ayah tu. Tak nak cuba makanan lain pulak ke?" Soal Tulip. Dia pelik melihat Kim. Tiap-tiap hari asyik makan mihun sup sahaja. Tulip tak pernah melihat Kim makan makanan lain selain mihun sup. Tak bosan ke?
"Cukuplah aku makan satu jenis makanan aja. Aku takut kalau aku makan makanan lain nanti ketagih pula. Aku kalau dah suka memang itu aja makanan yang aku hadap." Selamba tapi ada makna dalam disebalik ayat itu. Kim merenung seorang demi seorang. Semuanya tenang. Langsung tak memahami makna sebenarnya ucapannya itu.
Baguslah~
"Habis tu kalau kau ratah manusia? Kau makan orang jelah ini?" Enna bersuara.
Kim memandang tajam ke arah Enna tapi riak pada wajahnya terus diubah. Diubah menjadi ceria.
"Hehehe." Kim hanya ketawa dan gigi taringnya jelas kelihatan.
"Ish, suka sangat tayang gigi taring dia tu. Mentang-mentang keturunan Vampyr ada gigi taring. Saja nak menunjuk." Sindir Olio. Menyampah pula dia melihat senyuman petak milik Kim ditambah lagi dengan dua gigi taring yang jelas kelihatan itu.
"Aku bangga dengan keturunan aku. Daripada keturunan D'clio, asyik dengan ilmu sihir yang aneh dan menyeramkan. Semua ahli keluarga pakai baju gelap-gelap saja." Balas Kim.
"Keturunan kau itu jauh lagi menyeramkan! Dengan mata berwarna merah ditambah lagi dengan gigi taring! Persis makhluk mitos pontianak!" Tulip dan Enna mengigit bibir masing-masing. Nada Olio sudah semakin tinggi. Nampaknya berlakulah pertikaman lidah sebentar nanti.
"Sekurangnya keturunan aku semuanya kacak dan muda. Bukan seperti kau yang suka menyembunyikan wajah disebalik kain itu. Aku rasa keturunan kau pasti sama sahaja dengan kau. Suka pakai baju berlapis-lapis sedangkan di Hiluth musimnya selalu panas." Kim membalas ditambah dengan jelingan tajam.
"Ish, kenapa gaduh pasal keturunan ini?" Tulip merungut. Sambil itu dia menolak agar Kim dan Olio menjauhi antara satu sama lain.
"Semua keturunan ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Contoh, keturunan Stone semuanya handal bertempur tapi kami tidak pandai merawat orang." Datar sahaja suara Enna. "Rex pula berketurunan Strongheal. Semuanya berbadan besar dan sasa serta mampu menyembuhkan diri ketika luka. Tapi mereka tidak mahir dalam sihir. Mereka terpaksa menggunakan kuasa magik daripada senjata kerana itulah Rex sentiasa membawa tukulnya." Sambung Enna lagi.
"Keturunan Tulip pula semuanya mahir sihir flora dan fauna. Kelemahan kami pula ialah badan kami yang kecil dan kurus. Kadang-kala, ia menyukarkan kami untuk berlawan dengan musuh yang jauh lebih kuat dan besar." Tulip berbicara.
"D'clio juga ada banyak kelebihan. Mereka dahagakan ilmu dan sentiasa mendalami ilmu yang sedia ada. Mungkin sebab itu kadang kadang mereka nampak aneh. Mereka belajar sesuatu melebihi orang lain. Tapi mereka semua agak dingin dan suka menyendiri." Enna memberi keterangan mengenai keturunan D'clio.
Olio menatap dingin ke arah Enna namun Enna membalas dengan pandangan mautnya membuatkan Olio tersentak.
Okayy, Enna memang menakutkan bila dia buat pandangan maut itu.
"Vampyr juga ada banyak kelebihan! Meskipun mata kami berwarna merah dan memiliki gigi taring. Kami kelihatan muda daripada usia sebenar." Ujar Kim semangat. Sengaja mahu menunjuk dihadapan Olio bahawa keturunannya awet muda.
Tapi katanya langsung tidak diendahkan oleh mereka bertiga. Semua sibuk bersembang dengan Rex yang kebetulan baru sahaja tiba daripada menghantar Wan ke hospital.
"Okay, semua abaikan aku." sob..sob
.
.
.
.
.Vean: Jadi antara semua keturunan ini mana yang menjadi pilihan kesukaan readers?
Tulip: Pilihlah keturunan Heart. Keturunan kami semua comel-comel tau. = ̄ω ̄= /acting cute/
Enna: Aku tak kisah kalau readers tak pilih keturunan aku sebagai kesukaan diaorang. Aku tak suka memaksa orang. /tak kisah/
Olio: Keturunan aku semua lebih baik dan lagi hebat daripada keturunan Vampyr.
Kim: Kau memang sengaja cari pasal dengan aku kan? /marah/
Olio: Tengok. Keturunan Vampyr semuanya panas baran.
Kim: /Kejar Olio/
Olio: /Lari daripada Kim/
Vean: Er..apakah semua ini?
Rex: Abaikan mereka. Wahai readers semua!! Keturunan Strongheal lah yang paling kuat dan paling sado. /Buka baju/ Tunjuk abs/
Vean: Okay, sesi bual bicara bersama author Vean berakhir disini. Babai. /pening kepala/
YOU ARE READING
5 Wave
FantasyTulip, gadis ceria dengan kuasa flora-fauna nya. Rex, bertubuh sasa dan bersaiz besar. Enna, pakar dalam seni pedang. Olio, lelaki dengan kuasa gelap voodoo. Kim, suka bermain dan serius apabila berlawan. Kenapa author terangkan tentang mereka berli...