Mereka berlima berjalan di tengah desa Hiluth. Mata penduduk di situ lebih memerhati Kim. Atau lebih tepat lagi ialah mata Kim yang kelihatan aneh dimata mereka. Yelah, mana ada manusia yang matanya sebelah biru dan sebelah lagi merah.
Kim resah apabila dia menjadi tumpuan ramai.
"Eh, ahli 5 Wave kan tu?"
"Haah, tapi kenapa yang sorang tu mata dia pelik?"
"Mama, mata abang tu pelik!"
"Eh, jangan cakap kuat-kuat!" Mulut budak kecil itu pantas ditekup oleh mama nya setelah ditenung tajam oleh Tulip.
"Kim, janganlah sedih ya? Pedulikan mereka." Tangan Kim kemudian erat dipegang Tulip.
Kedua tangan Tulip dipandang dengan pandangan kosong oleh Kim. Nampak dingin di mata biru manakala ia kelihatan normal bagi mata merah.
Tapi tiada siapa perasan pandangan mata itu kecuali Olio yang memandang sahaja gerak geri Kim daripada tadi.
Kim yang perasan dirinya diperhatikan oleh Olio pantas menukar riak wajahnya.
"Aku okaii. Aku akan cuba biasakan dengan keadaan ini." Sebelah tangan diletakkan di matanya. Senyuman palsu ditayangkan.
"Ala, Kim. Apakata kau pakai penutup mata macam aku ni. Baru rare." Rex menujuk pada penutup matanya.
"Kalau aku pakai sama fesyen dengan kau nanti dah tak rare. Hahaha." Tawa Kim.
Apabila kaki mereka sampai di halaman warung Tok Ayah, mereka hampa. Kedainya tutup.
"Tutup?" Tulip membaca papan yang diletakkan di hadapan kedai.
"Arghh, aku nak makan! Tok Ayah! Bukalah kedai. Wuarghhh!" Rungut Kim sambil peluk dinding warung.
"Maaflah, warung Tok Ayah tutup!" Seorang wanita baya Enna tiba-tiba muncul dari tepi warung itu.
"Arghh, kau siapa? Terkejut aku tadi!" Kim terkejut lalu terjatuh ke lantai jalan.
"Nama saya Yuni. Cucu Tok Ayah."
"Aku tak pernah tahu pulak Tok Ayah ada cucu rupa hantu." Selamba sahaja ayat Kim.
Enna yang berada di belakang Kim pantas memukul kepala Kim.
Mahu sahaja Kim meraung kesakitan tetapi apabila dia memandang wajah Enna yang tajam merenungnya membuatkan perasaan takut lebih tinggi daripada sakit.
Tapi memang ada betul cakap Kim itu, Yuni pada mata kasar memang terlihat seperti hantu. Muka pucat. Rambut hitam yang panjang itu dilepaskan tanpa mengikatnya. Gaun putih yang dipakainya menambah elemen hantu pada dirinya.
"Yuni, Yuni tahu tak mana Tok Ayah pergi? Rasanya dia tak pernah tutup warung dia bukan?"
Yuni memandang ke arah bawah. Pandangan matanya terpaksa ditundukkan untuk bercakap dengan Tulip yang kecil itu.
"Sudah satu hari satu malam Tok Ayah tak balik. Selalunya apabila Tok Ayah keluar berburu pada waktu malam, dia akan balik selewat-lewat subuh untuk buka warung tapi pagi tadi Tok Ayah tak balik."
"Boleh kami tahu dia selalu berburu di mana?"
"Selalunya dia akan berburu di sempadan Hiluth-Vamps Tolonglah! Saya takut kalau terjadi apa-apa pada Tok Ayah."
Mata Kim membulat mendengar nama kawasan itu. Olio lagilah over reaksi nya.
"Kenapa Olio? Tahu sesuatu tentang tempat tu?"
"Sempadan negara Hiluth-Vamps. Itu kawasan puak Vampyr. Hampir kesemua penduduk di negeri tu terdiri daripada keturunan Vampyr."
Olio berkata sambil memandang Kim.
"Jadi senanglah kerja kita kan? Lagipun kita ada salah seorang dari puak Vampyr disini." Rex menunjuk ke arah Kim.
"Hehehe, itu memang betul. Er, tapi.." Kim tersengih mencari akal. Tak akanlah dia nak cakap yang sebenarnya dia bukan keturunan puak Vampyr.
"Kenapa Kim Vampyr? Cuak dengan keturunan sendiri?" Sinis Olio menyindir Kim.
"Mana ada. Cuma aku tak biasa dengan dyeorang. Korang tahukan aku dari kecil dibesarkan di desa ni dan memang jarang sekali keturunan Vampyr yang lain singgah ke desa ni jadi.." Kim cuba mencari alasan.
"Banyaknya alasan kau. Sekarang apa kata kita pergi sana. Kau boleh tolong jadi perantaraan untuk kitaorang tanya keturunan Vampyr yang tinggal di sana tentang Tok Ayah." Ujar Olio.
"Tapi keturunan Vampyr semuanya menakutkan~" Yuni dengan suara sehalus-halis manusia berbicara. Pandangan matanya dijauhkan daripada menghadap mata Kim. Takut.
"Kyaa! Kau lagi menakutkanlah!" Kim geram.
Ada ke patut keturunan Vampyr dikatanya menyeramkan. Tak cermin diri sendiri ke apa ni? Dia pun lebih kurang macam hantu je gayanya.
"Eh, Tok Ayah?!" Tulip yang diam daripada tadi bersuara.
Susuk tubuh Tok Ayah sambil memikul beberapa ekor mangsa buruan hanya memandang pelik apabila 5 Wave dan Yuni ada di hadapan kedai.
"Tok~" Yuni terus memeluk toknya.
"Kenapa ni?" Tok Ayah membelai Yuni.
"Risau. Kenapa Tok tak balik subuh tadi?" Yuni terus mengambil beberapa ekor ayam dan kambing dari belakang Tok Ayah untuk dipikulnya.
"Ahh, malam tadi itu hasilnya kurang memberangsangkan. Jadi Tok pikir untuk menginap lama sikit dalam hutan tu. Hehehe, maaflah buat kamu risau. Dan 5 Wave juga. Minta maaf ya?" Tok Ayah tersengih sambil menunduk meminta maaf.
"Tak mengapa Tok. Kami lega Tok Ayah selamat pulang." Tulip tersenyum.
"Ahh, apa kata Tok Ayah masakkan Mihun Sup untuk kamu semua?!"
"Tapi Tok tak penat ke?" Yuni memandang risau Toknya.
"Tulah~ Tak apalah. Nanti kami datang lagi." Enna terus menolak. Yelah, orang tua itu baru sahaja pulang dari memburu. Tak akanlah nak disuruh memasak pula.
"Hurmm. Esok lusa kalau kamu datang Tok Ayah belanja kamu semua ya?!"
"Yeah, itu yang saya nak dengar tu!" Kim gembira.
"Hahahaha."
Semua orang ketawa sebelum 5 Wave meminta diri untuk pulang.
"Kenapa keluar? Bukan Tok dah larang ke?"
"Yuni risaukan Tok~"
"Ish! Nasib budak 5 Wave semua tu tak perasan apa-apa."
YOU ARE READING
5 Wave
FantasyTulip, gadis ceria dengan kuasa flora-fauna nya. Rex, bertubuh sasa dan bersaiz besar. Enna, pakar dalam seni pedang. Olio, lelaki dengan kuasa gelap voodoo. Kim, suka bermain dan serius apabila berlawan. Kenapa author terangkan tentang mereka berli...